Assalamualaikum, 

 YDP Agung murka perhimpunan haram?? 

 Saya apabila mendengar berita2 dari golongan fasiq, saya akan cuba mentakwil 
atau mendapatkan sumber yang lain juga sebagai perbandingan atau tidak 
menjadikan kita taksub dengan satu sumber pendapat... 

 dalam tv tak tunjuk pun tok agung kata murka tapi sekadar ayat yang di katakan 
tok agung ucapkan.. 

 atau sekadar raja baca teks sahaja atau memang tidak sebegitu sebenarnya tapi 
di perbesar2kan benda yang sebenarnya tidak ditekankan oleh raja.. !!!

 Tengok sahaja berita tentang kelantan mundur di katakan sultan kelantan 
mengucapkan sebegitu.. tapi sebenarnya sultan ada sebut kelantan pesat 
membangun dari segi lahirnya begitu banyak pusat membeli belah di sebabkan 
kuasa beli di kelantan sangat hebat.. !!?? Tapi adalah sikit2 sultan kelantan 
tegur ada lagi kemiskinan tegar di kelantan.. tapi kalau dengar berita kat tv 
dia tak sebut langsung tentang pujian sultan kelantan kepada kemajuan tapi yang 
sebut yang negatif di tambah lagi ayat2 sendiri untuk menampakkan teruknya 
kelantan ini..

YDP AGUNG ARAH JANGAN TANGKAP RAKYAT!!

 Kalau tok agung murka sudah tentu dia membiarkan rakyat2 di tangkap tapi 
sebenarnya takde seorang pun di tangkap pada perhimpunan 10 november.. yang 
ditangkap hanyalah pelakon2 dr sb untuk nampak seolah polis bertindak.. YDP 
Agung telah mengarahkan jangan menyekat perhimpunan itu sehingga ke pintu pagar 
Istana.. kalau takde kebenaran YDP Agung sebenarnya begitu mudah untuk polis 
menyekat jalan itu dengan meletakkan trak2 polis dan melemparkan gas pemedih 
mata.. sudah tentu akan bersurai punya perhimpunan itu.. 

 tapi kenapa boleh sampai ke pintu pagar istana.. ?? Kerana arahan YDP agung 
lah..

 Ada percanggahan arahan antara YDP Agung dengan arahan pak lah dan polis di 
sini.. pak lah dan ketua polis suruh tangkap tapi tiba2 arahan YDP Agung yang 
dikatakan murka?? suruh jangan tangkap walaupun seorang pun.. selepas YDP agung 
kata suruh bersurai.. dalam masa sekejap sahaja perhimpunan itu bersurai dengan 
aman.. 

 Sebelum perhimpunan lagi telah ada maklumat yang menyebutkan bahawa siapa yang 
pakai baju hitam sahaja di tangkap.. iaitu pakaian SB..  oleh itu setiap yang 
mengikuti perhimpunan di larang sama sekali pakai baju hitam.. kenapa?? kerana 
ada arahan dari atasan lagilah yang melibatkan campur tangan YDP Agung...

SB BERMAHARAJALELA?

Setiap bas yang pergi ke perhimpunan telah ada seorang SB yang cuba 
memprovokasikan perhimpunan itu dengan cuba membuat perkara2 yang ingin 
membocorkan rahsia...

 Setiap bas yang di carta di sekat tengah jalan dan tak boleh pergi.. 

 Dari kelantan sahaja ada 15 road block nak sekat perhimpunan ini..  Di KL 
sahaja penuh dengan sekatan.. 

HUKUM?

 Hukum seperti kita sebutkan sebenarnya bergantung kepada bentuk demonstrasi 
itu.. adakah ada unsur haram atau sebenarnya tidak mencapai maqasid atau tanpa 
pertimbangan yang jelas.. maka bolehlah nak kata haram.. jangan terburu2 dan 
ghuluw seperti mana yang telah dilakukan oleh Ust MAZA..

 Ust MAZA seolah2 rajin sangat mengaitkan pas dengan ghuluw dan seolah2 dirinya 
bersih dan suci dari sifat ghuluw.. Ghuluw ada dalam setiap golongan tapi 
mestilah dibuang dan dikurangkan dan bukan sekadar di tuduh dan dituding kepada 
golongan tertentu.. 

 Ust MAZA kata penceramah pas memaki.. benarkah?? seorang dua tu benarlah tapi 
sebahagian besar penceramah pas adalah golongan yang tidak suka memaki dan 
sekadar menggunakan fakta ilmiah seperti Husam Musa, Saifuddin Nasution.. tapi 
kalau Mat Sabu, salahuddin Ayub dan ust Badrul Amin (ingat ust ini bukan dasar 
perjuangannya islam tapi darah perjuangannya adalah Anwar Ibrahim).. dan 
seumpamanya memang kaki maki.. dan kata huduh.. 

 Ust Hamid bekas orang no 2 Mustapha Mohd juga mengatakan dalam UMNO sebenarnya 
sangat kuat dan jauh lebih kuat memaki, ucapan kasar dan kotor dan tak seperti 
sangkaan Mufti Perlis.. 

wassalam
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke