Yayasan Amal Malaysia Pasukan Pertama Bantu Mangsa Perang  
KAHERAH, 17 Jan (Hrkh) - Misi Kemanusiaan ke Gaza oleh Yayasan Amal Malaysia 
hari ini mula mengorak langkah apabila menjadi pasukan bantuan pertama dari 
Malaysia yang meninjau dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa keganasan 
Yahudi. 

Antara yang dirawat di hospital ini adalah Yahya, anak saudara kepada Perdana 
Menteri Palestin, Ismael Haniyeh . 

Presiden Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail (Cikgu Husin) sebelum itu dengan 
diiringi pimpinan tertinggi pertubuhan amal tersebut iaitu Timbalan 
Presidennya, Jamaluddin Elias; Naib Presiden I, Dr Abdul Rani Osman; Naib 
Presiden II, Dr Hamdan Mohamed dan Pengerusi Yayasan Amal Selangor, Dr Ahmad 
Yunus telah menyampaikan RM100,000 yang merupakan sebahagian sumbangan yang 
diberikan oleh pelbagai pihak kepada Persatuan Perubatan Arab untuk menguruskan 
bekalan perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin di Gaza. 

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa kekejaman keganasan 
Yahudi melalui Yayasan Amal Malaysia atau Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri 
Sembilan sila dapatkan maklumat lanjut di laman web berikut :

Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net 
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com 




      

Kirim email ke