Bole terangkan secara terperinci mengenai perkara yang saya birukan di bawah. Wassallam -----Original Message----- From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On Behalf Of Abu Heakal Sent: Thursday, December 24, 2009 7:00 AM To: Ikhwanul Muslimun; Abu Heakal Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : 7 Yang Disuruh dan 7 Yang Dilarang
Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya: Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus. (Riwayat Muslim)