Assalamualaikum warahmatullah...

Note this quote:

"Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia
seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin
dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana
akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang2) akan mengejar kita."

Seorang guru saya pernah bagitau. Betapa untung kita orang Islam. Tak perlu
sibuk mencipta teknologi. Biar si kafir yang cipta. Kita perlu pakai je. Si
kafir tu bekerja untuk kita. Perasan tak? Jadi boleh la kita tumpukan pada
kerja2 yang Allah perintahkan.

Saudara pakai handphone? Jenis apa? Harga berapa? Kenape tak beli yang
harganya RM80k tu? Nak buat pe eh? Yang ada ni dah cukup? Aik? Kenapa kata
cukup lak? Kata kena buang perkataan cukup tu? Sebenarnya saudara salah
faham perkataan cukup tu...  Saya dulu berfikiran seperti saudara.
Bersyukur itu wajib tetapi cukup tu tak boleh. Hinggalah Allah berikan
kefahaman agama yang lebih mendalam sikit. Baru saya tau. Orang yang tak
kata cukup tu adalah orang yang tak bersyukur.

Apa jadik kalau orang yang tak merasa cukup berkerja sebagai engineer? Dia
mesti nak naik ke manager plak. Kan? Camne nak naik? Kena la panjat tangga
demi tangga. Tau siapa yang jadik 'tangga' dia? Rakan sekerja. Itulah
manusia yang tak tau erti cukup.

Tapi manusia yang tau erti cukup, tau bersyukur kepada nikmat Allah, tak
perlu pasang cita2 yang melampau. Dia hanya perlu jujur dan amanah. Ikhlas
bekerja kerana Allah. Tanpa rasa nak naik, dia takkan iri hati kepada orang
lain, insyaAllah. Tapi dengan izin yang Maha Pencipta, dia akan naik juga
kerana kejujurannya akan mengangkatnya lebih tinggi.

Siape kata orang yang berkata cukup tak boleh maju? Kalau begitu,
Rasulullah saw tak maju? Sedangkan Rasulullah saw sentiasa bersyukur dengan
apa yang ada dan malu hendak bermohon lebih lagi. Malu nak bermohon lebih
lagi kerana Baginda saw yakin apa yang baginda perolehi telah pun mencukupi
atau melebihi dari yang sepatutnya. Mundurkah Baginda?

Pernah Hazrat Umar bertanya kepada Baginda saw mengapa sanggup hidup dalam
kemiskinan sedangkan Raja Majusi dan Nasrani hidup kaya raya. Baginda saw
dengan nada marah menyebut yang Raja Majusi dan Nasrani tu telah
menggunakan semua nikmat di dunia sedangkan Baginda mahukan nikmat di
'sana'. Baginda risau terlalu banyak meminta di dunia ini nanti yang
tinggal sedikit saja nikmat di sana.

Mari kita berbalik kepada konsep penciptaan manusia. Adakah Allah
menciptakan manusia untuk mencipta teknologi baru? Atau untuk mencari
harta? Atau untuk apa? Tidak Allah ciptakan manusia selain dari semata2
untuk beribadah terhadapNya. Sedangkan teknologi yang kita gila2kan ini
dipanggil oleh para Malaikat sebagai kerosakan di muka bumi. Lihat masalah
global warming sekarang. Kerana apa?

Saya tak minat nak berdebat. Saudara ada pemahaman saudara dan saya ada
pemahaman saya. Saya tak paksa saudara ikut. Kefahaman Agama tu milik
Allah. Dia akan beri kepada sesiapa saja yang Dia suka. Dan saya bukan
orang 'alim ulama. Tak semestinya saya betul. Tapi belum tentu saya salah.
Fikirkan balik quote yang saya pastekan di atas. Ok?

Wassalamualaikum warahmatullah...



                                                                                
                                                        
                      "Fairu Zamir"                                             
                                                        
                      <[EMAIL PROTECTED]          To:      <[EMAIL PROTECTED]>  
                                         
                      net>                           cc:      <[EMAIL 
PROTECTED]>                                            
                                                     Subject: Re: 
[warga_kilang] FW: Bismillah [hidayahnet] Belajarlah Untuk Berkata    
                                                       'Cukup'.                 
                                                        
                      08/01/2005 06:30 PM                                       
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        



Saya mendapat email sdr dari group yahoo...

Hmmm...membaca mengenai email yang sdr hantar...membuat saya terfikir
banyak kali. Sememangnya benar seperti email yang sdr tuliskan, tetapi bagi
saya...harap ini bukanlah suatu alasan untuk umat Islam daripada berhenti
melangkah lebih jauh serta berhenti melangkau lebih tinggi daripada
umat-umat yang lain.

Bagi saya, keinginan untuk lebih sepatutnya disertakan dengan niat untuk
berbuat kebajikan. Ini adalah lebih afdhal daripada sekadar berniat tanpa
apa-apa dan itulah yang menjerumuskan kita kedalam situasi seperti yang
dinyatakan diemail sdr.

Sekarang umat Islam memerlukan satu perubahan dimana kita harus mampu
bertapak sendiri tanpa memerlukan pergantungan dari bangsa lain dalam
menentukan hala serta tuju kita. Sememangnya umat Islam sekarang masih
bergantung pada bangsa serta agama lain untuk terus hidup. Kita seperti
tiada kekuatan untuk membina sendiri empayar kita. Tidak kiralah apa juga
tetapi yang terutama sekali adalah dalam sektor ekonomi.

Azam kita seharusnya tinggi untuk membela umat Islam agar tidak terlalu
bergantung pada umat yang lain. Jadi, dalam bahagian ekonomi, kita
sepatutnya lebih kuat. Perkataan 'cukup' harus dibuang untuk kita sama-sama
berganding bahu membina empayar umat Islam kita sendiri. Ini merupakan juga
satu 'jihad' bagi kita umat Islam.

Memang benar kita harus berkadaran dalam setiap apa jua, tetapi biarlah
berkadaran bersesuaian dengan keadaan kita. Kita tidak mahu bangsa lain
lebih maju dan lebih berwibawa dari kita sehingga suatu masa nanti kita
akan dipijak, diperlekehkan dengan mudah. Sampai pada masa itu, agama Islam
mungkin akan lebih diperkotak katikkan seperti mana yang berlaku di
Palestin.

Bagi saya...kemajuan untuk diri sendiri, agama mahupun bangsa tiada had.
Tetapi biarlah diiringi dengan niat serta iktizam kita untuk maju demi
agama dan bangsa kita.


Sekian...


 ----- Original Message -----
 From: faizul
 To: [EMAIL PROTECTED]
 Sent: Monday, August 01, 2005 4:11 PM
 Subject: [warga_kilang] FW: Bismillah [hidayahnet] Belajarlah Untuk
 Berkata 'Cukup'.

 Just something to share..learn how to say enough


 -----Original Message-----
 From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
 Behalf Of ruzaihan.junit
 Sent: Monday, July 25, 2005 6:18 PM
 To: hidayahnet@yahoogroups.com
 Subject: Bismillah [hidayahnet] Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'.

 Assalamualaikum warahmatullah...

 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
 bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
 sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
 Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
 keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
 & orang2 yang beramal soleh...

 Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
 disiarkan
 di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak
 kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya
 ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,
 Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang
 businessman yang sibuk.

 Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
 belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
 pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
 terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
 maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,
 datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

 Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
 Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
 "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
 tadi
 ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu
 keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
 menunggang
 basikalnya.

 Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
 dari
 kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.
 Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan
 melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta
 Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what
 to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

 Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
 selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal
 tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir
 kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu
 (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya
 terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

 Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
 berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang
 macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita
 apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
 berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita
 pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

 Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
 berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
 yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
 dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
 dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
 dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

 Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
 terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah
 orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
 Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?
 Jika
 begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala
 sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

 Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
 Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang
 kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia
 dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
 Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya
 tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

 Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan
 Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
 keadaan
 saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar.
 Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah
 hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta
 saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

 Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
 Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
 berdoalah
 semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.
 Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga
 saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,
 Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

 Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang
 terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat
 melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita
 untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other
 side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih
 baik dari apa yang kita miliki.

 Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.
 Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak
 bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar
 peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri
 mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
 Siapa yang taknak gaji besar, kan?

 Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
 hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang
 metal
 stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah
 RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah
 motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan
 makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

 Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
 Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
 cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai
 trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa
 tu
 saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila
 dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

 Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,
 ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali
 ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut
 mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
 panjang,
 bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat
 hanya dalam masa 5 minit sahaja.

 Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
 beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
 semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang
 penting
 bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw
 kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok
 kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam
 hati saya.

 Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia
 seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin
 dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari.
 Kerana
 akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
 (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada
 Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin
 dariNya.

 Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran
 rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,
 tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat
 kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak
 cari
 kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan
 umur pun dah makin lanjut.

 Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
 besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin
 dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga
 kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2
 dia
 dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung
 tak
 rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

 Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
 Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
 Ahad
 je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid
 pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh
 dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan
 dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah
 telah
 menunaikan...

 Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
 pasti,
 saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya
 nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2
 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru?
 Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur
 dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

 Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
 kita
 bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat
 nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah
 berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang
 tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang
 lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya
 Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

 Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami
 lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.
 Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang
 tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

 Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

 Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
 adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

 Wassalamualaikum warahmatullah

 -Abu Naqibah-
 Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
 [EMAIL PROTECTED]






 --------------------------------------------------------------------------

 All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
 in
 any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
 approved otherwise.

 If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
 daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
 change
 your mail delivery settings or email the moderators at
 [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

 Yahoo! Groups Links












 Quote WK: "Too many people spend money they haven't earned, to buy things
 they don't want, to impress people they don't like"
 [Wargakilang adalah sebuah diskusi group tertutup (private mailing list)
 untuk sekumpulan rakan-rakan dalam sektor industri]



                            YAHOO! GROUPS LINKS

        Visit your group "warga_kilang" on the web.

        To unsubscribe from this group, send an email to:
        [EMAIL PROTECTED]

        Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service
       .











--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke