Mengeluh itu adalah satu perkara biasa dalam kehidupan seharian kita.  Orang yang mengeluh biasanya ingin meluahkan suatu perasaan kurang senang yang bermain di hati mereka tanpa mengetahui apa yang harus dilakukannya.
 
Adakalanya orang mengeluh kerana tabiat itu sudah menjadi satu kebiasaan padanya. Ada saja yang dikeluhkan, termasuk perkara-perkara kecil yang selalunya boleh diatasi sendiri. Keluhan seperti ini, seringkali lahir dari sikap seperti malas, bosan, keengganan atau tidak bersyukur dengan apa yang ada. 

Dalam kehidupan yang semakin mencabar hari ini, kita tidak pernah terlepas dari didatangi pelbagai keluhan.  Mungkin orang yang paling banyak kita dengar mengeluh adalah pasangan kita, anak-anak, saudara mara atau ibubapa kita, begitu juga dengan rakan-rakan termasuk rakan sekerja dan sesiapa saja yang mungkin kita tidak kenali.  Apa saja keluhan yang kita dengari, janganlah kita pula berkecil hati kerana kita mungkin mempunyai keluhan sendiri.
 
Untuk menghadapi keluhan, cuba fikirkan, mengapa kita mengeluh?  Kita perlu bertindak bijak dengan mengenal-pasti punca keluhan tersebut.  Mungkin ada suatu kebenaran di sebalik keluhan tersebut.  Dengan mengkaji keluhan sendiri, kita mungkin akan dapat mengasah kepekaan terhadap diri sendiri. 

Berdepan dengan keluhan orang lain tidak semudah yang disangka. Namun jika kita cukup peka kita akan dapat mengenali emosi orang lain dengan cuba untuk menghargai perasaan mereka. 
 
Jangan berpura-pura memperhatikan, jika kita yakin bahawa keluhan mereka harus diberi perhatian, maka berikan perhatian yang tulus dan ikhlas. 
 
Adakalanya seseorang yang mengeluh tidak bermaksud mencari nasihat, mereka hanya sekadar ingin meluahkan perasaan mereka dan ingin kita memahami perasaan & keluhan mereka itu.  Jika kita tahu apa yang sedang dihadapi oleh si pengeluh ini, mungkin kita tahu apa yang baik untuk dijadikan saranan atau nasihat.
 
Semua ini mestilah bertujuan untuk mengelakkan tindakan negatif yang menyekat tindakan positifnya. Namun, hakikatnya jarang sekali kita benar-benar memahami apa yang terjadi. Oleh yang demikian, jika kita tidak pasti apa saranan atau nasihat yang patut diberikan, cukuplah sekadar kita menjadi pendengar yang baik sahaja.
 
Apa yang perlu kita fahami, setiap keluhan tidak akan berhenti di situ saja, jika kita sendiri enggan melakukan sesuatu yang positif untuk menghadapinya.  Dengan itu, apabila kita mengeluh janganlah sekadar duduk diam dan tidak berbuat apa-apa.
 
Sekurang-kurangnya, cubalah bersyukur dengan apa yang kita ada dan cubalah melihat sesuatu perkara dari sudut yang positif, jauh dari segala pandangan negatif atau buruk sangka.
 



by,
Myelina Tashiro & JimatDuit.


Do you Yahoo!?
Get on board. You're invited to try the new Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke