For your info.....

Assalamualaikum
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama,
kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit,
baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom
Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk
menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia,
Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup
tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri
daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang
Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun.

Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa
slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin
sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,
laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar,
bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain
tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak
tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya
tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk
molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti
berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik.

Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel
air apakah ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini"
Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada
betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah
sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam
dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan
kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua
hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral
masing-masing.

Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air
yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul
air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg
panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah,
Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti
berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh
oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka
nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu
merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna
maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Wassalam.

(See attached file: molikiul_air_zam_zam.jpg)



> ATTACHMENT part 2 image/jpeg name=molikiul_air_zam_zam.jpg


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!

Kirim email ke