Note: forwarded message attached.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Domains - Claim yours for only $14.70/year
--- Begin Message ---


Note: forwarded message attached.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Domains - Claim yours for only $14.70/year
--- Begin Message ---
Pelajaran dari Cicak 
 
Anda tahu cicak? Tentu sahaja tahu kan, hampir disetiap rumah ada
cicak. Cicak mempunyai keistimewaan boleh berjalan di siling rumah
dengan badan terbalik, tetapi bukan itu yang ingin saya lihat pada
ketika ini, justeru yang akan saya tonjolkan ialah "kelemahan" cicak
yang tidak boleh terbang, sementara makanan cicak boleh terbang.

Dari sini dapat kita ambil pelajaran, meskipun cicak tidak boleh
terbang tetapi mereka masih dapat memakan nyamuk. Ini menunjukkan
bahawa cicak sudah di atur rezekinya oleh Allah.

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di
bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan
mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya
itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada
malaikat-malaikat yang berkenaan)."
Q.S Hud : 6

Begitu juga manusia dan makhluk yang lainnya. Allah telah
menetapkan rezekinya masing-masing.

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan
hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan
untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan
kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan
perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu
(mengambil manfaat darinya)."
Q.S Ibrahim : 32

Rezeki adalah pemberian Allah, bukan dari tempat anda bekerja
sekarang, bukan dari bisnes anda, bukan dari simpanan anda. Semua
itu hanyalah perantaraan anda mendapatkan rezeki, kerana memang
Allah yang memerintahkan kita untuk mencari rezeki tentu sahaja
dengan berbagai perantaraan.

"Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga
yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia
Maha Mendalam PengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-
hambaNya."
Q.S Al-Israa' : 30

Seberapa besarnya gaji anda, jika Allah telah menetapkan bahawa itu
bukan rezeki anda, maka itu mudah bagi Allah. Mungkin sahaja rezeki
itu menjadi rezeki doktor yang mengubati penyakit anda. Mungkin
sahaja semua gaji anda habis dirompak dan berbagai kemungkinan
lainnya. Bahkan makanan yang tinggal sedikit yang bakal disuap
kemulut anda masih boleh jatuh menjadi rezekinya semut.

Meskipun rezeki sudah di atur oleh Allah, tetapi kita tetap dituntut
untuk berusaha sendiri. Cicakpun berusaha, mendekati tempat terang
dimana di sana banyak nyamuk.

"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar,
lagi Maha Mengetahui."
Q.S Al-Anfaal : 53


Wallahua'lam bishawab


 

 




Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
 
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu,
dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah " 

salam persaudaraan


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

Buat kengkawan Khalib semua :)
Jadikanlah group kita ini group yang terbaik utk berkongsi ilmu, info, artikel dan segala-galanya..
Ada info menarik, antar mai !!

Ingin hantar info, antar kepada: [EMAIL PROTECTED]
Jika mahu keluar daripada group ini, antar kepada:
[EMAIL PROTECTED]

sudahkah anda layari halaman ini ( http://www.andaboleh.com/main.php?ab=5707 )
layarilah dan jumpa daddy di [EMAIL PROTECTED]

antar kepada :

[EMAIL PROTECTED]
- berkongsi info, artikel, madah2 indah dll

[EMAIL PROTECTED]
- berkongsi pengalaman pahit/manis, lucu, ngeri, perlancongan dan xtvt anak2 daddy

[EMAIL PROTECTED]
- anak2 daddy ber popet.. mesra giler.. boring2 boleh sembang di sini..

dan ada lagi.. menambah pendapatan bersama daddy
[EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links


--- End Message ---

--- End Message ---

Kirim email ke