Note: forwarded message attached.


Do you Yahoo!?
Win a $20,000 Career Makeover at Yahoo! HotJobs
--- Begin Message ---
Kisah seorang bayi berusia enam bulan yang masih hidup dengan hanya
menghisap susu mayat ibunya selama 10 hari terperangkap dalam runtuhan
bangunan akibat gempa bumi pada 27 Disember lalu menggemparkan penduduk di
Bam,Iran

Peristiwa yang meyayat hati dan dianggap luar biasa ini diceritakan oleh
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Jengka,Pahang ketika mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Iran baru2
ini untuk melihat sendiri kesan akibat gempa bumi yang mengorbankan lebih
40,000 nyawa penduduk Bam.

Menurut Tuan Ibrahim apa yang menggemparkan penduduk di situ pada mulanya
mereka menyangkakan mayat bayi bersama ibunya yang dijumpai selepas kerja2
menyelamatkan dijalankan pada hari ke-10 akibat bencana itu,tetapi ketika
diangkat bayi itu rupanya masih bernyawa sambil mulutnya menghisap susu
ibunya yang sudah meninggal dunia.

Alangkah ajaibnya kejadian yang hendak ditunjukkan Allah Taala yang
berkuasa menentukan ajal seseorang hamba itu. Katanya Dia berkata:
Sepatutnya pada tempoh itu susu ibu itu sudah lama kering selepas dia mati
tetapi ketika bayi yang hidup itu diangkat keluar susu dari payudara ibunya
masih mengalir.

Sebaik saja megetahui cerita itu daripada rakan saya di Bam tanpa disedari
air mata saya menitis mengenangkan nasib bayi itu.Kami dibawa melawat
tempat kejadian oleh Setiausaha Agung Pembebasan Palestin(PLO)yang
mengiringi saya bersama Ahli Parlimen Kuala Kedah,Mohammad Sabu dan
beberapa rakan lain. Percaya dengan tidak apabila saya mendengar kisah
mengenai kejadian aneh itu tetapi kuasa Allah ajal dan maut semuanya di
tangan Allah,ujarnya

Tambahnya,kalau mengikut adat,bayi itu sudah lama mati bersama ibunya
tetapi apa yang nyata masih terselamat bahkan tidak mengalami sebarang
kecederaan yang teruk walaupun dihempap dengan runtuhan bangunan.

Kisah bayi dan perempuan tua sesungguhnya memberi iktibar betapa manusia
wajib mempercayai kekuasaan Allah Yang Maha Besar yang mampu melakukan
sesuatu perkara luar biasa yang dekehendaki-Nya,katanya

Sepanjang berada di bumi Bam itu dia berkesempatan melihat beberapa lagi
kejadian pelik di mana Zaibul Zaman yang berdiri gagah tanpa sedikitpun
terjejas akibat gempa itu.Di sebaliknya bangunan2 lain yang berada di
sekitarnya semuanya ranap menyembah bumi.

Begitu juga dengan pokok2 kurma dan limau serta tiang elektrik yang tidak
terjejas dalam kejadian yang dasyat itu.

Beberapa kejadian pelik itu sungguh menginsafkan saya selama saya berada di
bumi Bam.Manakala rakyatnya yang masih hidup nampak tenang dan tidak pun
merungut dengan apa yang menimpa mereka,katanya.









--- End Message ---

Kirim email ke