Assalamualaikum... 
  
Kita sentiasa kecoh dan risau dengan peristiwa yang
bakal berlaku dan belum tentu bila dan masanya. Kita
sentiasa bimbang akan kehidupan selepas sesuatu
malapetaka berlaku dan fenomena yang bakal dihadapi.
Kita jarang sedar alam kedua yang wajib kita singgahi
- alam barzakh. Kematian bukan khusus untuk yang tua,
yang sudah maghrib. Ia bakal menjemput sesiapa sahaja
apabila tiba masanya dan tidak akan ditangguh atau
dipercepatkan walau sesaat sekalipun. Sudah
bersediakah kita untuk hadapi kematian dengan segala
amalan sebagai bekal? Atau kita masih lalai dan leka
dengan kemewahan dan kehendak hidup mengikut citarasa
hati tanpa rasa kesederhanaan dan kesyukuran?   
  
Anda atau saya, siapa yang akan ucapkan, "Maaf ya! I
kena pergi dahulu. Jaga diri you baik-baik"? Wallah
huaqlam. 
  

  
----- Original Message ----- 
Subject: Gunung berapi gergasi ancam Bumi 


LONDON: Ancaman terbesar terhadap makhluk Bumi
terbongkar beberapa hari lalu berikutan hasil
penyelidikan mendapati sebuah gunung berapi terbesar
yang kini hanya menunggu masa untuk meledak. 


Gunung berapi itu terletak di sebuah taman negara yang
dianggap antara yang terkenal di dunia.

Pakar gunung berapi menyatakan medan seismik itu hanya
menunggu masa untuk meletup dan akan menjadi
malapetaka terbesar pernah dicatatkan di planet ini,
mengatasi malapetaka lain sebelum ini.

Amaran mengenai peristiwa hitam itu muncul seminggu
selepas ahli kaji bintang mendakwa satu asteroid
sedang menghala ke arah bumi dan dijangka bertembung
dengan planet ini pada Mac 2004.

Impak dan gegaran akibat pertembungan itu dikatakan
cukup kuat sehingga dapat memusnahkan seluruh hidupan
di bumi ini.

Bagaimanapun kini, makhluk Bumi kelihatan menghadapi
ancaman yang lebih buruk dalam waktu terdekat. Gunung
berani terbesar ini mempunyai kawah sehingga 84.8
kilometer dengan lebarnya mencecah 48 kilometer.

Ia terletak di perut bumi di bawa Taman Yellowstone,
Wyoming Amerika Syarikat.

Jika gunung berapi ini meletup, ia bakal menjadi
letupan gunung berapi paling kuat di bumi sejak 73,000
tahun Sebelum Masihi.

Letupan amat kuat itu akan menyebabkan lahar batu
panas terpelanting sehingga beberapa kilometer ke
atmosfera.

Daratan di dunia pula akan dilimpahi lautan lahar
panas, berserta dengan awan debu besar yang dapat
menghalang seluruh muka bumi daripada pancaran
matahari. Keadaan itu menyebabkan suhu dunia menjadi
tidak tentu hala.

Pakar gunung berapi sudah lama mengetahui mengenai
potensi dan bahaya letupan gunung berapi ini.

Selepas gunung berapi ini meletup, planet ini akan
musnah sama seperti keadaan tempat yang diserang
dengan bom nuklear musim sejuk (nuclear winter).

Semua hidupan akan menghadapi apa yang katakan tempoh
mustahil untuk terus hidup kerana hujan asid akan
melanda dunia.

Amaran terbaru mengenai letupan gunung berapi itu
muncul selepas Profesor Bill McGuuire dari Pusat
Penyelidikan Benfield Greig Hazard, Kolej Universiti
di London, mendedahkan perkara ini.

Beliau berkata, kebiasaannya setiap 600,000 tahun,
gunung berapi Yellowstone akan meletup. Letupan
terakhir adalah pada 640,000 tahun lalu.

"Oleh itu, letupan kali ini sudah lama tertangguh dan
hanya menunggu masa.

Sukar untuk meramalkan apa yang akan terjadi jika ia
meletup. Apa yang pasti ia adalah malapetaka terbesar
sehingga menyebabkan batu panas terhumban sehingga 48
kilometer ke atmosfera.

"Satu ribu kilometer padu lahar akan memancut dari
gunung berapi itu, cukup untuk menenggelamkan seluruh
Amerika dengan sekurang-kurangnya kedalaman 12.5
sentimeter," katanya.

Gunung berapi Yellowstone hanya dikenal pasti 35 tahun
lalu apabila imejnya dikesan oleh satelit. Pada musim
panas ini, ahli gunung berapi mengesan pergerakan kuat
di bawah bumi di taman itu dan satu gempa bumi kecil
berlaku hanya 14.4 kilometer ke selatan Yellowstone.

Pada Julai lalu, satu bahagian di taman negara itu
ditutup selepas berlaku peningkatan pancutan wap
panas.

Kali terakhir bumi mengalami letupan gunung berapi
yang kuat adalah di kawasan berhampiran Sumatera,
75,000 tahun lalu.

Pakar menyatakan, kesan letupan gunung berapi di
Sumatera itu hampir memusnahkan seluruh manusiawi
dengan jumlah penduduk di Eropah ketika itu, susut
kepada hanya beberapa ribu orang.

Penemuan terbaru yang mengejutkan ini muncul selepas
pakar pada awal tahun ini mendedahkan sebahagian
daripada gunung berapi yang sebelum ini dianggap
sebagai tidak aktif, sebenarnya masih aktif.

Penyelidik terkejut dengan penemuan bahawa bumi masih
bergerak di bawah empat gunung berapi di Amerika
Selatan, meskipun sebelum ini, gunung berapi itu sudah
disahkan tidak lagi aktif. –Agensi 

__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! SiteBuilder - Free, easy-to-use web site design software
http://sitebuilder.yahoo.com
_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke