*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Asalamualaikum wm..wb... Saya ingin memohon kerjasama hizbi.net untuk memanjangkan maklumat tentang sebuah pementasan yang pada pendapat saya patut ditonton oleh semua. Saya telah menontonnya malam tadi (22-3-2000) dan pementasan itu ialah tentang sejarah hidup Rasulullah S.A.W. Amat menarik sekali dan banyak memberikan pengetahuan kepada kita tentang liku-liku hidup jujungan kita itu. Pementasan yang dibuat secara kreatif diselang-seli dengan deklamasi puisi oleh pendeklamator seperti Marzuki Ali,Syukri Abdullah, Rasdi Daud, Sabri Yunus dan Marlia Musa. Lagu-lagu puisi pula dinyanyikan oleh Penyanyi Ramli Sarip dan Kumpulan Kopratasa dan nasyid oleh Kumpulan Rawdah dan Alif. Persembahan ini dinamakan persembahan Persona Sastera Al-Amin berdasarkan buku puisi Al-Amin -Riwayat hidup Rasulullah S.A.W dalam puisi karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Buku inipun baru sahaja dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agung sehari sebelumnya. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah ini: Tempat pementasan : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Jalan Raja Laut) Tarikh : 21 Mac 2000 hingga 25 Mac 2000 Masa : 8:30 malam (pementasan selama lebih kurang 2 jam) Tiket : RM20.00 sahaja (Untuk pelajar ada diskaun..?) Tiket boleh dibeli di Dewan Bahasa dan Pustaka tel 03.2481011 sambungan bahagian Kewangan 412 atau datang ke Dewan Bandaraya sebelum persembahan (ada jual di lobi).(Hasil jualan tiket khabarnya akan didermakan kepada rumah-rumah anak-anak yatim. Sekian untuk maklumat semua semuga ada manfaatnya,inshaalah... ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "A.Ghafar Abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>