Assalamualaikum netters,
 
"Pengumuman Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga mengiktiraf kedudukan
pondan hampir tiga bulan lalu yang diterajui menterinya, Datuk Paduka Shahrizat Abdul Jalil,
mengundang pelbagai permintaan khususnya daripada pertubuhan wanita bukan kerajaan
(NGO) untuk meminda dan menambah dasar berkaitan hak wanita.
Laporan The Star tidak lama dulu memetik, sekumpulan transeksual ataupun pondan,
memohon kementerian baru itu mengiktiraf mereka supaya diterima dari sudut perundangan
dan masyarakat kerana menurut kajian ada 50,000 pondan di negara ini."
 
Petikan di atas adalah dari Berita Harian (Wanita & Keluarga), muka depan, Isnin 09-Apr-01.
 
 
iktiraf  Ar; mengiktiraf, mengiktirafkan  1.
(sanggup) menerima atau mengakui sesuatu
sbg suatu kebenaran atau kenyataan, menerima
(menganggap) sbg sah, mengakui;  Malaysia
tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg
tidak berpelembagaan;  satu usul mendesak
kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas ke-
bangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah
menengah; 2. mengakui serta memberi atau
menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan
menghargai;
 
Petikan di atas adalah dari KAMUS DEWAN, Cetakan keempat (Edisi Baru) 1993, mukasurat 445.
 
Masalah saya sekarang adalah...:
 
1. Saya terkejut dengar berita ni sebab pengiktirafan dah berlaku 3 bulan yang lalu....kut kalau
   ada netters yang tahu lebih awal lagi dari saya tolonglah bagitau dari sumber mana.....kalau
   geng pondan ni hantar wakil jumpa Shahrizat minta pengiktirafan tu adalah saya dengar dalam
   Berita TV3 dulu.
 
2. Kalaulah mengiktiraf kedudukan pondan bermaksud seperti yang katakan oleh KAMUS DEWAN,
    ia juga bermakna mengiktiraf cara hidup berserta segala keperluan lain bagi mereka. Adakah
    ianya secara tidak langsung bermaksud mengiktiraf hubungan sesama jenis (homoseksual). Ini kerana
    kita tidak dapat memastikan apakah benar kesemua 50,000 orang pondan ini adalah 'KHUNSA'
    seperti pandangan ulama Fiqh.
 
Di harap para netters dapat memberikan sedikit buah fikiran untuk meredakan confuse saya tu....
 
Terima Kasih.

Kirim email ke