*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya akur benar kata saudara walau pun saya tidak bersetuju dengan bahasa
saudara i.e. cis, kepala hotak etc. Namun Saudara ada hujah.........syabas.

Terima kasih kerana menulis dan saya mohon kebenaran untuk save file ini
bagi kegunaan akan datang.

Wassasalam
Kamruldzaman



----- Original Message -----
From: "Ahmad Baharudin Kasbi" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, January 23, 2001 4:40 PM
Subject: H-Net* ULASAN ISU SEMASA


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Mengulas isu semasa, antara isu-isu menarik yang dirasakan layak
diperkatakan
> untuk tempoh seminggu yang lalu ialah ulangtahun ke-25 kematian
Allahyarham
> Tun Abd Razak, isu Perpaduan Melayu  dan sedikit ulasan mengenai rombakan
> kabinet negara.
>
> Kematian Tun Razak tanggal 14 Januari 1976, walau pun mungkin hanya dikira
> sebagai satu sejarah politik bagi kebanyakan kita, tapi entah kenapa untuk
> diri saya ini, saya ditakdirkan punya nostalgia yang agak tersendiri
mengenai
> kematian beliau ini; seolah-olahnya saya ditakdirkan untuk menjadi saksi
> sejarah, membawa memori hari kematian beliau itu hingga bila-bila.
>
> Saya ketika itu masih budak lagi, saya tak begitu pasti samada sudah
pandai
> mengeja atau belum; yang saya ingat sebelum hari kematian beliau itu, saya
tak
> pernah pun mendengar nama beliau. Mungkin dek kesibukan saya bersama
> rakan-rakan seangkatan mengejar serindik di rimba atau pun menangguk
haruan di
> permatang menyebabkan saya tak pernah peduli dengan semua itu; lagi pun di
> kampung saya ketika dek kemiskinan keluarga, kami tak mampu memilik peti
TV
> (zaman hitam putih ketika itu), jadinya saya memang tak pernah kenal siapa
itu
> Tun Razak.
>
> Perkenalan saya dengan manusia yang bernama Tun Abdul Razak ini bermula
pada
> pagi hari kematian beliau; saya tak berapa pasti sama ada hari itu  memang
> hari sekolah cuti atau pun sekolah bercuti kerana berkabung dengan
pemergian
> beliau; tapi yang pastinya hari itu saya tidak ke sekolah.
>
> Saya masih ingat, pagi itu saya bersama ibu ke pinggir sungai; sambil ibu
saya
> membasuh kain baju, saya pula sibuk bermain air dan lumpur sungai; entah
macam
> mana, antara ingat, saya rasa ibu saya bercerita mengenai kematian Tun
Razak;
> kata ibu ramai orang menangis bila Tun Razak meninggal. Saya tanya kenapa?
>
> Jawab ibu:
>
> "Orang semua sayang kat dia"
>
> Sejak itulah nama Tun Razak mula terpahat di memori saya. Lama sesudah
itu,
> apabila berada di bangku menengah, saya mula mengenali manusia bernama Tun
> Abdul Razak ini secara lebih mendalam melalui subjek kegemaran saya iaitu
mata
> pelajaran Sejarah.
>
> Hari ini, 25 tahun sesudah itu; ulangtahun kematian allahyarham Tun
disebut
> semula. Maka, berkesempatan itu, izinkan saya menulis apa yang sejarah
kata
> mengenai manusia agung bernama Tun Abdul Razak ini:
>
> Kata Sejarah, Tun banyak jasanya kepada negara terutamanya kepada
orang-orang
> Melayu. Kata Sejarah juga, Tun bertanggungjawab membangunkan
kawasan-kawasan
> luar bandar, Tun bertanggungjawab mengasaskan FELDA di mana berjuta-juta
ekar
> tanah Pertanian getah dan sawit telah dibuka dan diberikan kepada
orang-orang
> Melayu yang miskin tidak bertanah. Tun bertanggungjawab memberi kemudahan
asas
> hingga di desa terpencil dan  pedalaman melalui rancangan luar bandar yang
> dimulainya pada tahun 1959. Kata Sejarah lagi, Tun yang merupakan Menteri
> Pendidikan Malaysia yang pertama,  beliau bertanggungjawab merangka dasar
> pendidikan yang menitik beratkan pencapaian anak-anak Melayu dan memberi
> penekanan kpd penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara;
sebagai
> contohnya Tun adalah pengasas kepada kewujudan MARA yang telah memberi
> biasiswa kepada ratusan ribu anak Melayu yang hari ini rata-ratanya sudah
> menjadi golongan kelas menengah di Malaysia, dan melalui Penyata Razak
pula
> bahasa Melayu telah mula dinobatkan. Kalau kita terus tanya Sejarah;
banyak
> lagi yang Sejarah kata mengenai Tun yang tak mampu kita guriskan di sini.
>
> Melihat kepada senarai jasa beliau di atas; maka dari sudut politik
perjuangan
> bangsa Melayu, wajar benarlah Allahyarham Tun  Abdul Razak digelar Sejarah
> sebagai "Bapa Pembangunan Negara"
>
> NAH- SEKARANG SUDAH 25 TAHUN BERLALU, APA PULA KATA SEJARAH MENGENAI
KERAJAAN
> YANG ADA HARI INI?
>
> Melihat dari kacamata saya sebagai seorang anak kecil yang pernah
bergelumang
> dengan lumpur sungai di hari kematian Tun Abdul Razak; dan kemudian
> ditakdirkan menjadi penghuni kota; saya merasakan untuk membanding jasa
Tun
> Abdul Razak dengan Dr Mahathir dari sudut mendaulatkan ketuanan Melayu
baik
> dari segi pemilikan hartanah, perancangan masa depan pendidikan anak-anak
> Melayu mahu pun dari segi kemajuan tamadun bahasa Melayu sebagai lingua
franca
> adalah ibaratkan langit dengan bumi. Tun Razak lebih dekat di hati orang
> Melayu tak kira apa generasi. Sedangkan Dr Mahathir, lebih ramai orang
Melayu
> yang mencaci berbanding sekerat dua yang memuji.
>
> Terus terang saya katakan, dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas,
saya
> memberi undi kepada pembangkang faktor utamanya ialah kerana hati 'budak
> kecil' dalam diri saya itu cukup terhiris melihat apa yang telah UMNO di
bawah
> kepimpinan Dr Mahathir lakukan terhadap peninggalan besar Allahyarham Tun
> Abdul Razak ini.
>
> Kalau dulu, Tun Razak mengambil tanah kerajaan untuk diberi kepada rakyat
> seperti Felda contohnya; tapi kini cerita orang masuk Felda  sudah jadi
> lipatan sejarah. Bilakah kali terakhir anda mendengar Felda baru dibuka?
Kalau
> ada pun mungkin sekitar tahun 1980an iaitu saki baki tanah-tanah rancangan
> baru yang dirancang sejak zaman Tun Razak.
>
> Hari ini, keadaannya sudah terbalik; tanah orang-orang Melayu seperti
tanah
> rezab simpanan Melayu makin hari makin susut, makin berkurangan atas nama
> pembangunan; kerana itu tak salah kalau kita katakan,  dari sudut isu
> pemilikan tanah orang-orang Melayu, Sejarah sedang berkata:
>
> ZAMAN TUN RAZAK, KERAJAAN AMBIK TANAH NEGARA, BAGI KEPADA RAKYAT.
> ZAMAN DR MAHATHIR, KERAJAAN AMBIK TANAH RAKYAT BAGI KEPADA NEGARA - UNTUK
> PEMBANGUNAN!!!
>
> [Pembangunan kepala hotak hangpa; tengoklah bandar-bandar baru di Pulau
Pinang
> baik di sebelah Pulau mahu pun di sebelah Perai, setiap kali naik bandar2
baru
> seperti di Bukit Jambul atau pun di Pacific Mall; rumah-rumah kedai yang
> sejauh mata memandang, cukup susah nak jumpa orang berkulit sawo matang!!]
>
> Itu dari segi tanah; lihat pula isu lain seperti isu pendidikan misalnya.
Ada
> dua isu di sini, satu isu Biasiswa, dan yang kedua isu Bahasa.
>
> Semua orang tahu, Sejarah telah memberitahu kita bagaimana MARA yang
diasaskan
> oleh Allahyarham Tun Razak telah bertanggungjawab mewujudkan golongan
menengah
> dlm masyarakat kita melalui skim biasiswa pendidikan yang diperkenalkan;
tapi
> hari ini biasiswa sudah tidak ada lagi!!
>
> Saya teringat perbualan saya dengan seorang rakan pemegang pinjaman
pelajaran
> MARA, yang enggan membayar pinjaman balik MARA sehinggalah nama beliau
tersiar
> di dalam akhbar; alasan beliau mudah sahaja:
>
> "PINJAMAN/BIASISWA PELAJARAN ADALAH DUIT ROYALTI POLITIK KEPADA ANAK-ANAK
> MELAYU HASIL PERSETUJUAN AHLI-AHLI POLITIK MELAYU TERDAHULU MENYERAHKAN
TARAF
> KERAKYATAN KEPADA BUKAN MELAYU SEBAGAI SYARAT MENDAPATKAN KEMERDEKAAN!!"
>
> Inilah yang diperkatakannya kepada saya yang menyebabkab beliau enggan
> membayar balik wang pinjaman berkenaan; tapi beliau terpaksa bayar juga
kerana
> melibatkan penjamin-penjamin yang terdiri daripada kenalan rapat orang
tuanya.
>
> HARI INI BIASISWA SUDAH TIDAK ADA LAGI!!
>
> Sebaliknya, hari ini isu biasiswa sudah jadi isu politik murahan; GPMS
> budak-budak upahan Pak Lah sebagai contohnya telah menggunakan isu
biasiswa,
> iaitu menuntut dikembalikan semula biasiswa kpd semua pelajar2 Melayu
sebagai
> salah satu daripada 100 tuntutan mereka  sekiranya Suqui enggan menarik
balik
> tuntutan tersebut.
>
> Apabila Suqui menarik balik (bukan tarik balik, cuma put aside - letak
tepi)
> tuntutan mereka; GPMS pun turut menarik sama tuntutan mereka, termasuklah
> menuntut dikembalikan semula BIASISWA kepada anak-anak Melayu!
>
> GPMS - PEJUANG MELAYU KEPALA HOTAK HANGPA!!
>
> Dari sudut bahasa pula, juga melihat dari kacamata budak kecik yang pernah
> bergelumang dengan lumpur sungai di hari kematian Tun Abdul Razak (budak
kecik
> ini akan terus bersama saya hingga bila-bila); jiwa saya benar-benar
terhiris
> dan hiba dengan apa yang telah UMNO lakukan terhadap kedaulatan bahasa
Melayu
> ini.
>
> REFORMASI dalam bidang pendidikan dengan niat untuk mendaulatkan bahasa
Melayu
> telah berjalan rancak semasa Tun Razak dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana
> Menteri. Lihatlah sejarah gemilang ini:
>
> 1970 sek aliran inggeris ditukar jadi aliran k'saan.
>
> 1970, darjah 1 sek rendah aliran Inggeris jadi darjah satu aliran
Kebangsaan.
> 1971, darjah 2 jadi aliran kebangsaan
> 1972, darjah 3 jadi aliran kebangsaan
> 1973, darjah 4 jadi aliran kebangsaan
> 1974, darjah 5 jadi aliran kebangsaan
> 1975, darjah 6 jadi aliran kebangsaan
>
> 1976, Ting 1 jadi aliran kebangsaan
> 1977, Ting 2 jadi aliran kebangsaan
> 1978, Ting 3 jadi aliran kebangsaan
> 1979, Ting 4 jadi aliran kebangsaan
> 1980, Ting 5 jadi aliran kebangsaan
> 1981, Ting 6 jadi aliran kebangsaan
> 1982, Tingk 6 Atas jadi aliran kebangsaan
>
> 1983, Univerisiti gunakan bahasa Kebangsaaan sebagai bahasa pengantar..
> 1988, Selesai apabila Tahun Enam (akhir) Fakulti Perubatan guna BM sebagai
> bahasa pengantar.
>
> [*UKM sudah gunakan BM sebagai bahasa pengantar sejak tahun 1971 lagi]
>
> TU DIA - LAPAN BELAS TAHUN LAMANYA!
>
> SELAMA 18 TAHUN PARA CENDIAKIAWAN KITA BERTUNGKUS LUMUS DAN AKHIRNYA
BERJAYA
> MENDAULATKAN BAHASA MELAYU SEHINGGA KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI; TIBA-TIBA
ENTAH
> APA BALANYA, PADA TAHUN 1993, DR MAHATHIR TANPA MEMPERDULIKAN USAHA
> ORANG-ORANG TERDAHULU, TELAH MENGELUARKAN ARAHAN SUPAYA BAHASA MELAYU
> DIGANTIKAN DENGAN BAHASA INGGERIS UNTUK KURSUS 2 TERTENTU DI UNIVERSITI2
> TEMPATAN!!!
>
> TAIK KUCING PUNYA DR MAHATHIR!!!
>
> Secara ironiknya pula, arahan Dr Mahathir ini telah dilaksanakan secara
rasmi
> oleh Anak Tun Razak pada 22 June 1995.  Perjuangan Tun Razak untuk
menegakkan
> ketuanan Bahasa Melayu ini kemudiannya terkubur buat selama-lamanya dengan
> wujudnya Akta Pendidikan 1996 yang dibentangkan di parlimen pada bulan Dis
> 1995.
>
> AL-FATIHAH BUAT TUN RAZAK!
>
> SO, SIAPA KATA UMNO HARI INI MEMPERJUANGKAN KETUANAN MELAYU???
>
> Yakinlah tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan, UMNO bukanlah pejuang
> ketuanan Melayu. Perjuangan mereka adalah bermusim dan sentiasa mempunyai
> muslihat politik di sebaliknya.
>
> Sebagai contohnya; apabila reda isu Suqui yang memberi nafas baru kepada
> Pergerrakan Pemuda UMNO; kini kita boleh lihat di depan mata, mereka mula
> mencanang isu Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya. Tak payahlah kita
menari
> mengikut rentak mereka; isu ini dicanang sedemikian rupa kerana matlamat
akhir
> mereka ialah menunjukkan kepada orang-orang Melayu bahawa di akhir cerita
UMNO
> lah yang akan menjadi penyelamat kepada maruah Melayu.
>
> Buktinya; isu yang pada asalnya boleh diselesaikan di peringkat Universiti
> telah melalut-lalut hingga ke peringkat Menteri, MT UMNO dan akhir sekali
> (Utusan 23/1) ke tangan Perdana Menteri. Dan, seperti kes Suqui juga, UMNO
> menggunakan Utusan dan budak-budak Pak Lah dalam GPMS untuk turut sama
memukul
> canang.
>
> Lihatlah keratan Rencana Utusan Malaysia di bawah mengenai isu Pusat Asasi
> Sains ini:
>
> "Ingat bahawa pengalaman telah mengajar kita bahawa bangsa yang gagal
> mempertahankan bangsanya akan tersungkur di tanah air sendiri.....Ingatlah
> bahawa kerajaan ingin menggalakkan anak-anak Melayu maju dalam sains dan
> teknologi....Inilah yang sedang berlaku di Universiti Malaya sekarang.
> Anak-anak Melayu dipinggirkan. Bangsa lain diagungkan....Wahai bangsaku di
> Universiti Malaya sedarlah dan bangunlah mempertahankan Pusat Asasi Sains
> Universiti Malaya ini daripada ditutup." [Utusan 20/1/01]
>
> Presiden GPMS pula dipetik sebagai berkata:
>
> "Pusat berkenaan sebenarnya cukup bermakna kepada orang Melayu dan
> penutupannya sama seperti menggadaikan maruah bangsa.....kami akan lakukan
apa
> saja untuk mempastikan Pusat tersebut terus kekal" [Utusan 20/1/01].
>
> TU DIA, NAMPAK DAK TUAN-TUAN?
>
> [UMNO cuba mempergunakan isu Pusat Asasi ini untuk menaikan darah orang2
> Melayu supaya kembali bersatu di bawah UMNO; kononnya jika tidak UMNO,
tidak
> ada orang lain yang akan bangun mempertahankan hak-hak orang Melayu]
>
> Mungkin selepas ini, selepas berakhirnya isu Pusat Asasi Sains UM;
bolehlah
> pula mereka cipta dan cetuskan isu-isu lain yang lebih sensasi dan serupa
> bentuknya.
>
> SAPA TAHU, SELEPAS INI AKAN KELUAR CADANGAN SUPAYA NAMA RAMD (Rejimen
Askar
> Melayu Diraja) DIHAPUSKAN, KONONNYA TAK SESUAI DENGAN CITARASA NASIONAL!!
>
> Maka pada ketika itu nanti, bekas-bekas askar dan ahli-ahli politik
veteran
> dan orang-orang Melayu kebanyakan pun akan muncul di muka 2 Utusan
Malaysia
> mencurahkan pandangan!!!
>
> [UMNO sekarang sudah gila; mereka sanggup lakukan apa saja untuk terus
kekal
> berkuasa!]
>
> Akhir sekali, isu rombakan kabinet negara; yang ini saya tak ingin
mengulas
> panjang kerana ramai sudah yang mengulas mengenainya; saya cuma ingin
mengulas
> dari sudut yang sedikit berbeza. Bagi saya, berita di sebalik rombakan
kabinet
> kali ini membuktikan bahawa kata-kata Dr Mahathir memang tak boleh
dipakai;
> beliau adalah pembohong negara no wahid, dulu kini dan selamanya. Lihatlah
> bukti nyata di bawah:
>
> Muka depan Utusan Malaysia 16/1/01:
>
> Rombakan kabinet tiada kementerian baru - PM
> "Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad membayangkan rombakan
> kabinet yang akan diumumkan kelak, tidak melibatkan pembentukan sebarang
> kementerian baru."
>
> Lihat pula muka depan akhbar yang sama dua hari kemudian 18/1/01:
>
> Dua menteri baru -- Shahrizat naik pangkat ketuai Kementerian Hal Ehwal
Wanita
> "Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini melantik dua
> menteri baru dalam barisan kabinetnya dan  mewujudkan Kementerian Hal
Ehwal
> Wanita."
>
> CISS -  PEMBOHONG BESAQ!!
>
> SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI; BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI PERDANA
> MENTERI!!
>
> Kerana itu, melihat sedikit ke dalam kita berharap Datuk Fadzil Noor dan
pucuk
> pimpinan PAS sedar dan tahu dengan manusia jenis apakah mereka sedang
> berhadapan sekarang; dan kita berharap pihak PAS sudah punya senjata dan
> strategi yang tersendiri untuk berhadapan dengan manusia pembohong sehebat
Dr
> Mahathir ini; moga pertemuan PAS-UMNO yang dirancangkan itu tidak akan
> mengecewakan PAS dari sudut perjuangan parti untuk jangkamasa panjang.
>
> Ada baiknya kalau pihak PAS mulakan mukadimah pertemuan itu dengan membaca
> salah satu ayat berkaitan bab Munafik sebagai permulaan....
>
> Wassalam,
> Ahmad Baharudin Kasbi
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kamruldzaman Said <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke