*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua.
Saya menuntut disekolah melayu hingga darjah 6 tetapi
masuk ke pengantar Inggeris  selepas itu - tahun 70'an
jadi ambil remove class. Rasa nya mula belajar bahasa
Inggeris pada peringkat menengah tidaklah membebankan
- malahan decision bapa saya untuk menghantar saya ke
sekolah bahasa penghantar Inggeris jadi advantage
apabila saya melanjutkan pelajaran ke UK selepas SPM.
Pada pandangan saya adalah jadi advantage pada kita
apabila biasa dengan subject tersebut dalam bahasa
Inggeris kerana bahan rujukan (journal, thesis dsb )
adalah kebanyakan nya dalam bahasa Inggeris - terutama
bagi saya yang buat engineering.

Sekarang ni saya ada 4 orang anak yang bersekolah di
antara darjah 2 ke tingkatan 4. Mereka belajar Sains
dan Matematik dalam bahasa melayu - tapi apabila
mereka mengikut saya melanjutkan pelajaran ke US
sekarang mereka terpaksa belajar semua nya dalam
bahasa Inggeris - saya tanya ana-anak saya samada
mereka menghadapi sebarang masaalah dan semua mereka
merasa senang belajar dalam bahasa Inggeris. 

Oleh kerana keputusan telah dibuat ada baiknya kita
memikirkan macam mana nak bantu adik,anak, saudara
mara yang mungkin akan bermasaalah bertukar bahasa. 

Mungkin mereka yang berumur diperingkat 40 an keatas
macam saya boleh bantu kerana rasanya kebanyakan nya
belajar dalam bahasa Inggeris dulu. Kalau yang berada
dikampung boleh cuba beri tuition percuma pada
anak-anak kampung sendiri. Semoga kita mendapat
manafaat dari nya. Nak argue lebih-lebih pun rasa nya
tak akan menukar pendirian pihak berkuasa.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: roslina abdul rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke