Date: Tue, 14 Nov 2000 08:42:56 +0800

www.detik.daily.tripod.com
'Biarkan Mahathir
menggali kuburnya sendiri'

Oleh - DR SYED HUSIN ALI
'Biarkan Mahathir menggali kuburnya sendiri' Oleh DR SYED HUSIN ALI
Jikalau Dr Mahathir menyangka Reformasi sudah mati, beliau tersilap besar.
Sebabnya, Reformasi masih sihat segar bugar. Buktinya, perhimpunan 100,000
berjaya. Beribu-ribu rakyat, tua muda dan lelaki perempuan membanjiri
Lebuhraya Kesas dekat Kemuning, walaupun polis membuat pelbagai gertakan
serta ugutan, kepungan serta sekatan dan melakukan keganasan serta
kekejaman.
Sehari sebelum perhimpunan, saya berada di Kuala Terengganu menyertai
kolokium sebelah siang dan ceramah di sebelah malam, mengenai royalti
minyak. Sebelum majlis ceramah, Ruslan Kassim memberitahu dia mendapat
panggilan telefon enam orang keADILan ditangkap. Ada orang lain pula
memberitahu kawannya yang hendak ke Kuala Lumpur terpaksa melalu! i enam
sekatan polis.
Tempat ceramah sudah penuh sesak dengan beribu manusia. Apabila saya
bertanya, Ustaz Abdul Hadi Awang menjawab: "Alhamdulillah. Sejak kes royalti
minyak ini muncul, kita mengadakan ceramah di merata tempat boleh katakan
setiap malam. Yang hadir pun lebih ramai sekarang. Beberapa bulan sebelum
isu ini timbul, sambutan ceramah kita sudah mulai sejuk."
Pagi 5hb saya pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan terawal. Saya sudah
berjanji kepada Saari Sungip, Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan 100,000,
saya akan menghadirinya. Tetapi saya beritahu juga mungkin terlambat sedikit
kerana terpaksa menghadiri kenduri arwah Tun Suffian dulu.
Di majlis kenduri itu ramai yang bertanya, "Jadikah perhimpunan hari ini?"
Saya menjawab, "Mengapa tidak?" Salah seorang berkata, "Tetapi polis tidak
memberi kebenaran." Saya menjawab, "Itu biasalah, bukan? Kita datanglah
beramai-ramai. Buat dia jadi." Mereka semua ketawa sambil mengan! gguk-angguk
kepala.
Tidak lama selepas saya pulang ke rumah beberapa orang Pemuda PRM datang.
Saya tidak menduga mengapa begitu ramai. "Kita terpaksa jaga keselamatan Dr
Syed," kata Jonson. "Semua jalan sudah disekat," kata Latheefa. "Mungkin ada
perubahan rancangan," katanya.
Telefon Faizal, Ketua Pemuda berbunyi. Selepas bercakap sebentar dan menutup
telefon, Faizal memberitahu: "Mereka suruh kita pergi terus dan berkumpul di
tempat rehat Awan Besar". Sebelum bertolak, telefon Faizal berbunyi sekali
lagi.
"Mereka mahu semua pemimpin berkumpul di rumah Kak Wan dulu." Faizal
menyampaikan panduan barunya. "Semua pemimpin akan pergi dari sana ke Awan
Besar dengan satu konvoi. Ezam dan konvoinya sudah bertolak untuk
memberitahu mereka yang sudah berkumpul di sana supaya menunggu."
Kami turun dari rumah dengan dua buah kereta dan sebuah van. Apabila sampai
di rumah Dr Wan Azizah, beliau telah siap dan Lim Kit Siang sudah sampai
d! engan rombongan DAPnya. Kami menunggu Ustaz Fadzil Noor. Tidak lama
kemudian kami diberitahu Ustaz Fadzil serta rombongan sudah pergi terus ke
Awan Besar.
Tanpa berlengah kami berlepas dari Damansara kira-kira jam 2.30. Mula-mula
ada cadangan supaya Azizah, Kit Siang dan saya berada dalam kenderaan yang
sama. Kemudian kami bersetuju berasingan dalam kenderaan masing-masing.
Hampir 20 buah kereta, kruser dan van dalam konvoi. Kereta di depan bukan
main pecut lagi. Tetapi Ali, yang memandu kereta kami tidak ada masalah
mengikut.
Untungnya tidak ada apa-apa sekatan. Sebelum jam 3.00 petang kami sampai.
Ustaz Fadzil tiba lebih awal. Lebih 500 orang sudah berkumpul di sana.
Mereka menyambut kami dengan tepukan dan laungan takbir serta Reformasi.
Kami mendapat tahu Ezam bertolak dengan konvoinya setengah jam lebih awal
menuju ke Tol Kemuning.
Sidang media diadakan di hadapan tempat rehat Awan Besar itu. Keempat-empat
presiden bercakap ! ringkas. Inti yang dicakapkan hampir serupa, membantah
sekatan polis dan menuntut hak serta kebebasan berkumpul secara aman. Wan
Azizah menegaskan bahawa dua permohonan untuk mengadakan perhimpunan aman di
Stadium Bukit Jalil ditolak tanpa alasan munasabah sungguhpun wang deposit
sudah dibayar.
Dengan penuh semangat kumpulan yang berada di situ dan mengelilingi kami
bersorak menyambut ucapan ringkas tiap-tiap pemimpin. Habis saja sidang
media, konvoi mula bergerak. Mereka disertai banyak lagi kereta yang baru
sampai. Saya tidak dapat mengagak, akan tetapi memang banyak.
Selepas kenderaan berjalan perlahan dua tiga kilometer agaknya, kami
terpaksa mengesot. Jalan jem. Akhirnya kereta tidak boleh bergerak lagi.
Faizal dan Ali mencadangkan kami turun untuk berjalan kaki saja. Setelah
turun saya lihat Kit Siang dan kawan-kawannya pun sudah turun kereta dan
mula berjalan.
Kami berjalan sama, diiringi reformis. Mula-mula tidak begitu rama! i. Melihat
kami berjalan, ramai lagi yang turun dari kereta untuk menyertai. Tidak lama
kemudian Wan Azizah sampai. Dia disorong dengan kereta roda. Kaki sebelah
kanannya berbalut. Beberapa hari sebelum itu beliau terjatuh di rumah dan
tulang tapak kaki retak. Tetapi semangat masih begitu kuat dan itu sebab dia
tidak mahu ketinggalan.
Seketika kemudian, sampai pula Ustaz Fadzil. Kami terus berjalan dan rami
yang mengikut di belakang dan tidak sabar meluru di hadapan. Perjalanan itu
menjadi sebagai perarakan. Sambil berarak mereka sambut-menyambut melaungkan
"Allahu Akbar", "Reformasi", "Hidup Rakyat", "Hidup Anwar" dan "Undur
Mahathir".
Baju saya sudah mulai rambah dengan peluh. Begitu juga saya lihat baju Kit
Siang dan Fadzil Noor sudah basah. Nasib juga kerana cuaca boleh dikatakan
agak redup. Kami berempat di hadapan bersama-sama Fauziah, Ezam, Mahfuz,
Faizal, Azmin dan Ruslan. Semua nampak ceria dan bersemangat sekali.
Bebera! pa orang kawan menasihatkan Ustaz Fadzil menaiki sebuah kereta, yang
terus mengikuti kami, untuk berehat sebentar. Yang lain terus berjalan. Saya
menoleh ke belakang dan melihat perarakan panjang sekali. Kereta penuh sesak
di jalan. Kami menguasai Lebuhraya Kesas sepenuhnya. Ini pasti tidak berlaku
sekiranya pihak polis membenarkan ceramah aman di Jalan Kebun.
Tidak seorang pun polis beruniform kelihatan. Sebenarnya kebanyakan mereka,
yang mula-mula ditugaskan mengepung tempat ceramah dan menyekat semua jalan
menuju tempat itu telah terperangkap. Mereka sebaliknya terkepung dan
tersekat oleh rakyat yang berduyun-duyun sampai dari arah setentang dengan
kami.
Semasa kami berarak itu, pada satu ketika, tercium bau kimia. Melalui
telefon bimbit kami diberitahu polis mulai menembak bom air berkimia dan gas
pemedih mata ke atas rakyat yang berkumpul berdekatan plaza tol Kemuning.
Kereta-kereta yang berhenti di jalan diperintah polis supaya be! rgerak. Yang
tidak mahu bergerak kereta mereka diketuk-ketuk polis. Ada yang kemik dan
ada yang pecah cermin.
Kami dengar juga bahawa ramai yang dipukul dan ditangkap. Kami diberitahu
kamera wartawan Malaysiakini dan juga beberapa akhbar lain dirampas dan
filem diambil atau dibuang oleh pegawai polis. Dilaporkan Mat Sabu telah
dipukul dan ditangkap, tapi dilepaskan apabila beliau dikenali. Sebagai
langkah bersedia, Latheefah memberi saya sehelai sapu tangan basah untuk
menutup hidung, kalau-kalau polis menyerang dengan gas pemedih mata.
Kami mendapat tahu terdapat tiga empat tempat lain di mana rakyat berhimpun.
Akan tetap mereka tidak dapat bergerak untuk bercantum kerana beratus-ratus
pasukan polis dan FRU menyekat, bertindak ganas, menyembur air dan gas, dan
mencekup siapa saja mereka sempat.
Di sebelah kami bergerak masih belum ada apa-apa yang tidak diingini
berlaku. Perarakan semakin panjang. Laungan slogan semakin kuat. Sambu! tan
semakin meriah dari ramai rakyat yang berdiri di tepi jalan atau di atas
pembahagi jalan. Saya lihat jalan sebelah sana pembahagi itu pun sesak
dengan kenderaan yang bergerak perlahan atau berhenti. Mereka bersorak,
melaungkan slogan dan melambai-lambaikan tangan.
Di angkasa dua helikopter berpusing keliling, barangkali memerhatikan betapa
besarnya perhimpunan dan perarakan yang tidak disangka-sangka itu. Mungkin
ada yang mengambil gambar jikalau boleh. Setiap kali helikopter berada di
atas kepala kami, laungan reformasi dan takbir semakin bergema.
Akhirnya kami menghampiri sebuah jambatan. Lebih ramai lagi orang berdiri di
tepi jalan, di atas jambatan, pembahagi jalan dan lerengan tanah curam di
situ. Mereka bertepuk, melaungkan slogan dengan gegak gempita apabila kami
sampai. Alih-alih dua buah motosikal muncul. Rupa-rupanya Ustaz Fadzil
dibawa membonceng untuk menyertai pemimpin yang lain.
Selepas berjalan sebentar, kami berh! enti. Tepukan dan laungan slogan
bertambah kuat. Ustaz Fadzil, Kit Siang dan saya dibantu untuk berdiri di
atas pembahagi jalan. Wan Azizah duduk di atas kerusi rodanya. Sorakan dan
tepukan rakyat reformis yang berhimpun di situ berterusan, semakin gegak
gempita.
Saya rasa sentuhan atas bahu saya. Saya menoleh. Hassan Karim menghulur
tangannya sambil senyum lebar. Beliau serombongan datang dengan sebuah van
dari Johor Bahru dua hari lebih awal. Abdul Rahman, ketua keADILan bersalam
juga. . Dia tepuk-tepuk baju saya sambil berkata, "Hai habis basah ini."
Saya sangat gembira dan tidak berasa penat sedikit pun. Agaknya itulah
perjalanan saya yang paling jauh dalam satu petang. Kira-kira lima
kilometer.
Akhirnya, sampai masa untuk ucapan. Kami tidak dibenarkan berucap di Bukit
Jalil atau Kebun Bunga. Jadi kami berucap dari atas pembahagi jalan itu
saja. Kami tidak bersedia dengan pembesar suara. Cuma ada hailer. Tidak
tahulah sejauh m! ana kami dapat didengar. Tetapi, dengar atau tidak dengar,
beribu-ribu rakyat reformis yang melaut mengelilingi kami menyambut
tiap-tiap penceramah dengan paling hangat sekali.
Mula-mula Saari berucap. Kemudian diturut bergilir oleh saya sendiri, Kit
Siang, Wan Azizah dan Ustaz Fadzil. Kami berucap kira-kira lima minit
seorang. Kemudian perhimpunan meminta Ezam pula tampil. Pengerusi
mengumumkan setiap ketua pemuda akan berucap. Semasa Ezam berucap, orang
ramai mulai gelisah. Rupa-rupanya di belakang kami beberapa orang yang
dipercayai anggota SB diburu, kerana cuba hendak mengapi-apikan para
reformis supaya bertindak liar.
Waktu Mahfuz berucap, kelihatan kenderaan polis mendekati tempat kami
berhimpun. Dua helikopter tadi semakin banyak kali berkeliling di atas.
Pengerusi mengumumkan sepasukan perunding akan menemui polis supaya kami
semua boleh berundur secara aman tanpa sebarang perkara tidak diingini
berlaku. Tetapi belum sempat ! pun mereka menemui polis, bom pemedih mata
ditembak.
Pengerusi Perhimpunan 100,000 sempat melancarkan "Gerakan Nyah Mahathir".
Sekumpulan pengawal Ustaz Fadzil mengiringinya meninggalkan tempat itu.
Apabila gas pemedih mata merebak, orang ramai kelamkabut dan bercempera. Kit
Siang mula beredar dari situ. Saya tidak nampak apa yang berlaku kepada Wan
Azizah. Saya diheret beberapa pemuda PRM untuk meninggalkan tempat itu.
Sewaktu berlari anak menuju ke tempat kereta, saya lihat gas putih naik
berkepul di hadapan saya. Saya tidak dapat bernafas. Dada menjadi sesak.
Mata pedih dan berair. Sapu tangan basah yang saya pegang tidak dapat
membantu. Sambil terbatuk-batuk kami berundur dari situ.
Saya tidak nampak dari mana datangnya bom pemedih mata itu. Kenderaan polis
agak jauh di belakang. Barang kali tembakan dari sana? Atau mungkinkah,
salah satu daripada beberapa yang khabarnya dicampakkan dari helikopter?
Apabila sampai ke kereta, kaw! an-kawan memberitahu mereka menerima panggilan
telefon Wan Azizah dapat diselamatkan dengan mengangkat kerusi rodanya.
Beberapa reformis dipukul dan ditangkap.
Kami tidak dapat beredar terus. Seorang penuntut sekolah dari Johor, yang
datang sekereta dengan kami tidak kelihatan. Kami menunggu sehingga mendapat
khabar dia selamat dibawa pulang oleh Rustam. Apabila kami meninggalkan
tempat itu kira-kira jam 8.00 malam, dua-dua belah jalan masih sesak dengan
kenderaan dan rakyat yang berjalan, barangkali mencari di mana mereka
meninggalkan kereta mereka. Sekumpulan reformis kelihatan di tepi jalan.
Mereka bertepuk dan melaungkan slogan kepada mereka yang pulang dengan
kenderaan atau berjalan kaki.
Fikiran saya melayang. Perhimpunan ini telah berjaya. Beribu-ribu rakyat
berani keluar, walaupun bermacam-macam ugutan, gertakan, kepungan, sekatan,
keganasan dan kekejaman. Tiap kali Mahathir dan jongos-jongosnya dalam
pasukan polis bercakap d! an bertindak dengan cara yang bebal dan liar,
keberanian rakyat semakin meningkat. Begitu juga perpaduan di antara parti
politik, NGO dan rakyat ramai semakin teguh.
Kesedaran politik rakyat bertambah tinggi. Kuasa rakyat meningkat kuat.
untuk reformasi yang tulen semakin lantang. Biarkan Mahathir menggali kubur
sendiri. Saya bersyukur dan gembira kerana dapat menyertai satu detik
bersejarah perjuangan rakyat menuntut keadilan, kebenaran dan demokrasi.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!

Kirim email ke