Date: Wed, 25 Apr 2001 15:04:04 +0800

'Fatwa Mahathir' sedang disiapkan
GUA MUSANG, 24 Apr (Hrkh) - Unit Penyelidikan PAS Pusat sedang mengumpul
kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang mempersendakan Islam untuk dirujuk
kepada Majlis Fatwa.
Setiausaha Agung PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkata, kenyataan itu
sedang dikumpul dan apabila siap kelak akan diberi nama sebagai Amanat Haji
Mahathir.
Menurutnya, antara kenyataan yang dikenalpasti sebelum ini termasuk
mempertikaikan janggut Nabi Muhamad Saw dan pendedahannya tidak pernah
membaca al Quran dalam bahasa Arab oleh Dr Mahathir Mohamad.
"Pengakuan Dr Mahathir tidak pernah membaca al Quran dalam bahasa Arab
didedahnya sendiri ketika dia merasmikan kampus Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia di Gombak, baru-baru ini.
"Entah berapa kali perasmian universiti berkenaan dilakukan," katanya pada
ceramah di Ciku 3, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama Mursyidul Am! , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penyelia
parlimen Gua Musang, Haji Abdul Razak Abbas.
Baru-baru ini, Umno begitu kalut sekali dengan Amanat Haji Hadi dan
menganggap sebagai punca kepada pecah belah orang Melayu sekarang.
Ekoran itu, Umno mahu menubuh panel khas untuk mengumpul maklumat mengenai
amanat tersebut dan menawarkan diri sesiapa yang menjadi saksi.
Ustaz Nasaruddin berkata, apabila Amanat Dr Mahathir disiapkan, ia akan
diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diambil tindakan
selanjutnya.
Sebelum ini, Pusat Kajiselidik dan Strategi, Badan Perhubungan PAS Kelantan
mengeluarkan risalah ringkas mengenai kenyataan yagn mempersendakan syariat.

Antaranya, kenyataan Dr Mahathir di Nilam Puri pada 3 Mac 1994 berbunyi
'Melaksanakan hukum hudud boleh melemahkan orang Islam sehingga menjadi
masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan
ajaran Islam'.
Pada 14 Ogos 1994, Dr Maha! thir juga dipetik sebagai berkata, Al Quran perlu
ditafsir semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.'
Ustaz Nasaruddin berkata, Perdana Menteri juga menyebut ketika merasmikan
kampus UIAM iaitu orang Melayu sekarang lebih berminat untuk menghantar
anak-anak belajar di sekolah agama berbanding sekolah kebangsaan yang
ditubuh kerajaan.
"Ucapan seperti itu tidak jauh beza dengan Kamal Antartuk di Turki yang
mempersendakan Islam," katanya.
Selain itu, beliau mendedahkan sebuah bank yang dimiliki kerajaan
mengarahkan pekerja wanita yang bertudung tidak lagi dibenarkan bekerja di
kaunter.
Ada juga sekolah yang melarang pelajar memakai kopiah dan hanya membenarkan
songkok sahaja.
Beliau juga memberitahu strategi PAS mempertanggungjawab setiap anggota
parlimen PAS bagi menjaga kementerian tertentu memberi kesan kepada
kemantapan barisan pembangkang di parlimen.
Katanya, strategi itu begitu merimaskan sekali Umno ketika berde! pan dengan
anggota-anggota parlimen Barisan Alternatif di Dewan Rakyat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya pihak Majlis Fatwa turut
membuat fatwa bagi menjelaskan kenyataan pemimpin yang mempersendakan Islam.

"Sepatutnya ada orang bertanyakan kepada Majlis Fatwa mengenai kenyataan
yang jelas mempersendakan Islam," tambahnya.
Beliau juga berkata, strategi PAS sekarang sudah berubah dari menyerang
kepada menerang bagi menarik seramai mungkin kepada perjuangan Islam.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices

Kirim email ke