*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
All,

Saya ada beberapa cadangan untuk pihak kerajaan
laksanakan bagi mengelakkan kecelakaan jalanraya :

A. KEADAAN JALANRAYA SENDIRI

1. Bagi jalan kecil, disetiap selekoh adakan
"back-wheel drag zone" dimana tayar belakang boleh
kekal berada atas jalan ketika mengonar tanpa kereta
perlu potong double line.

2. Bagi jalan besar dua hala- adakan zone memotong
disetiap 1 km atau 2km. (Contohnya di Kuantan-Gambang,
jalan ini perlu zone sebegini).

3. Gunakan garisan putih untuk bererti jalan
sehala(single carriageway) dan kuning untuk menandakan
jalan dua hala.

4. Setiap zone had laju perlu di tanda sejelas mungkin
dengan menandakan dengan garisan kuning dipermulaan
zone dan diakhir zon. Signboard yang memberi tahu
kepanjangannya zon had laju juga harus di letakkan di
permulaan zon.{2KM ZON 60 KSJ}

5. "Banking" diselekoh: dimana di sebelah luar tempat
"membuang" ditinggikan dari disebelah dalam selekoh.
(Lihat velodrome basikal sebagai analogi.)

B. UNDANG-UNDANG JALANRAYA

1. Dipermudahkan undang-undang jalanraya sepertimana
di USA dimana ia berasaskan sistem "right of way" ia
itu hak laluan. Siapa yang berhak untuk lalu, dia lalu
dulu. Disini pun mungkin juga begitu, tapi saya rasa
ia tidak diperjelaskan secara "explicit". 

2. Jadikan persimpangan berlampu isyarat boleh
membelok kiri sepanjang masa walaupun lampu merah,
tetapi dengan meghormati "rights of way" tadi.

3. Mudahkan ujian memandu dan mendapatkan
lesen.Titik-beratkan kepada yang fundamental sahaja.
Contohnya  Parking test. Uji untuk parking dari depan
saja; side parking tak perlu uji. Zaman telah berubah.
Sistem parking telah berubah.

4. Ujian dititik-beratkan kepada pemahaman sistem hak
laluan dan penghormatan kepada yang empunya hak
laluan.

5. Ujian semula jika gagal pertama, boleh di buat
semula dalam masa 3 hari dan seterusnya sehingga
berjaya.

6. Jadikan kenderaan lebih besar menjaga keselamatan
yang kecil. Undang-undang perlu digubal supaya
kenderaan lebih besar menjadi pihak bersalah sekira
berlaku kemalangan dengan yang lebih kecil(kecuali
pihak besar dapat mebuktikan segala usaha telah dibuat
untuk mengelakkan kemalangan-"onus probandi" dibahunya
bukan dibahu pihak polis).


Diharap sesiapa yang tahu kemana idea ini dapat di
majukan sila majukan.

Wassalam


IMMI





--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Sekali-sekala tu kena korner sikit ke topik lain.
> Weekend baru lepas ni saya
> sekeluarga balik Johor. Dalam perjalanan dari Shah
> Alam ke JB melalui
> lebuhraya Plus, terdapat 3 kemalangan dan 2
> daripadanya berlaku ketika
> hujan. Bercakap pasal kemalangan jalanraya masa
> hujan ni, kat Federal Hiway
> tu memang common sangat.
> 
> Dengan semangat Malaysia Boleh, Malaysia adalah
> antara negara yang mempunyai
> kematian yang tertinggi bersebabkan kemalangan
> jalanraya berbanding dengan
> negara lain. Kemalangan jalanraya jugak adalah
> statistik tertinggi penyebab
> kematian dalam statistik negara.
> 
> Berikut adalah pengamatan saya antara
> kesilapan-kesilapan pemandu
> dijalanraya yang berpotensi menyebabkan kemalangan
> jalanraya untuk
> dikongsikan dgn warga Hizbi:
> 
> 1) Motorsikal yang lampu belakangnya tidak bernyala
> terutama waktu malam. 
> Kalau driving tu, selalunya bila dah dekat baru lah
> perasaan ada motor kat
> depan kita. Kadang-kadang tu nyaris jugak sebab bila
> laju 90-110, kalau
> lebih apatah lagi...
> Boleh dikatakan 20-40 peratus motosikal yang kita
> jumpa lampu belakang tak
> menyala...
> Tak risau ke depa ni akan keselamatan sendiri??
> Risiko nak kena sondol dari
> belakang amat tinggi...
> Setengah-setengah tu siap bawak anak bini lagi... 
> Hai! Kalau tak sayang diri, atleast pikir lah
> keselamatan anak bini kat
> belakang tu!!!
> 
> 2) Menukar lorong atau memotong dengan tidak memberi
> lampu signal. 
> Tambah-tambah lagi kalau masa kenderaan banyak di
> lebuhraya. Tak terpikir ke
> pemandu akan risiko kemalangan?
> Agaknya depa ingat pemandu lain ni ada 'telepathy'
> kot, boleh baca pemikiran
> depa!!!
> 
> 3) Tak menyalakan lampu ketika hujan atau berkabus. 
> Agaknya pemandu takut bulb lampunya tak tahan lama
> kot, sayang nak spend
> beli bulb baru...
> Apabila hari hujan, 'visibility' adalah agak rendah
> (ditambah lagi kalau
> side mirror dengan side window berkabus) dan dengan
> memasang lampu dapat
> membantu pemandu dalam kenderaan lain untuk 'nampak'
> kehadiran anda.
> Apabila kenderaan lain turut memasang lampu, dengan
> sekali imbas kita dapat
> mengagak kedudukan kenderaan lain...
> 
> 4) Memasang 'hazard light' ketika memandu dalam
> hujan lebat atau pun sebab
> yang tidak diketahui. 
> 'Hazard light' ni kan bertujuan untuk kenderaan yang
> tidak bergerak terutama
> berhenti dibahu jalan kerana bagi kenderaan yang
> bergerak, lampu signal
> tidak berfungsi apabila 'hazard light' digunakan.
> Ini boleh mengelirukan
> pemandu lain apabila pemandu tersebut nak tukar
> lorong, memotong atau pun
> membelok.
> 
> 5) Kenderaan besar sepert lori dan bas yang lampu
> belakangnya kecil dan
> comel (visual deception). 
> Terutamanya pada waktu malam. Setengah kenderaan
> besar ni saiz lampu-nya tak
> ikut ratio saiz kenderaan. Kenderaan besar dan berat
> biasanya bergerak lebih
> perlahan dari kenderaan lain. 
> Apabila kita memandu pada waktu malam, pandangan
> kita secara normal akan
> cuba mengagak jarak kenderaan lain berdasarkan pada
> saiz cahaya. Jadi bagi
> kenderaan besar yang lampu belakangnya kecil dan
> sedikit jumlahnya iaitu
> hanya sepasang, selalunya jarak kenderaan agak
> mengelirukan (kita sering
> sangka kenderaan didepan kita mempunyai jarak yang
> masih jauh lagi) dan kita
> cuma dapat memastikan apabila kenderaan sudah agak
> dekat.
> Oleh itu kenderaan besar ni kenalah pasang lampu
> belakang yang besar dan
> juga mesti lebih dari sepasang. Sebab tu kalau kita
> tengok kebanyakan
> lori-lori kepunyaan syarikat antarabangsa pasang
> lampu atas, bawah, tepi dll
> ditambah lagi dgn pembalik cahaya just in case lampu
> tak nyala...
> 
> 6) Terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan pada
> kelajuan yang tinggi
> (tailgate). 
> Ianya merupakan suatu perbuatan yang sangat
> merbahaya dimana walau sebaik
> mana pun sistem brek kenderaan, apabila berlaku
> emergency braking, boleh
> gerenti 99.9% kenderaan belakang memang tak boleh
> nak elak lagi.
> Di New Jersey yang menggunakan sistem point untuk
> kesalahan trafik,
> "tailgating" merupakan kesalahan trafik yang
> mempunyai point yang paling
> tinggi menunjukkan betapa seriousnya 'offense' ini.
> 
> 7) Tayar pecah terutama kenderaan berat (lori/bas). 
> Tayar pecah lebih kerap dikalangan kenderaan berat
> berbanding dgn kenderaan
> ringan. Kenderaan ringan biasanya tayar pancit dan
> jarang-jarang sampai
> pecah. Kalau diperhatikan tayar pada kenderaan berat
> nampak begitu simple
> tak seperti tayar kereta yang mempunyai macam
> bunga/kualiti/rating.
> Kenderaan berat ini apabila berlaku kemalangan
> dengan kenderaan ringan,
> biasanya kenderaan ringan memang parah...
> Walaupun kenderaan berat (biasanya komersil)
> diwajibkan melalui pemeriksaan
> keselamatan (1 atau 2 kali setahun??), tapi sering
> kita tengok kenderaan
> berat tidak diambil berat oleh pemandu atau
> pemiliknya akan ciri-ciri
> keselamatan spt tayar dah nak koyak, dah botak dsb. 
> Saya pernah diberitahu seorang teman, terdapat
> amalan bagi pemilik kenderaan
> komersil ini menyewa tayar (yang elok) sebelum
> melalui pemeriksaan puspakom.
> Dan selepas lulus pemeriksaan, mereka tukar balik
> kepada tayar lama/buruk.
> Lagi satu tayar kenderaan berat ni tinggi kosnya,
> amalan beli tayar celup
> juga agak biasa.
> Yang menyedihkan mereka-mereka ini lebih
> mementingkan kos melebihi
> keselamatan orang lain dan diri sendiri...
> 
> 8) Ambil lorong kiri untuk membuat belokan ke kanan
> (3 o'clock turn) di
> bulatan.
> Ikut logik akal, dah tau nak belok kanan, apasal
> ambik lorong kiri?? Kan
> menyusahkan kenderaan dari lorong kanan untuk
> membuat 12o'clock turn! Kalau
> tak caya, boleh bukak buku panduan jalanraya...
> 
> Mungkin yg lain-lain boleh tambah...
> 
> 
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Hassan, Haslim"
<[EMAIL PROTECTED]>


=====
Wassalam.

IMMI

                 ====&&&&    Dan adalah orang Islam itu :    &&&=======

1Tidak zalim   2. Tidak membazir 3. Menjaga keselesaan jiran 4.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!
http://calendar.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke