Saat kematian

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita
melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula
kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati,
akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih
jujur,bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia
begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT.
Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan
ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan
sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya:

"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda
Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi
bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan
kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah
hidup-hidup,dahaga yang amat sangat sehingga air lautan didunia ini tidak
mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan
kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat
maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya:- Sebelum tidur:

1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali

2) Selawat ke atas Nabi

3) Membaca tasbih

Amalan harian:

1) Sentiasa membaca Al-Quran

2) Memelihara solat terutama solat fardu

3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan

4) Membaca tasbih

5) Membanyakkan sedekah

6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:

1) Dusta

2) Khianat

3) Mengadu domba

4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air
kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air
kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris A.S
lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian
Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as
mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh
lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut
nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika

Itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia

(Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul

Maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit Dalam keadaan
hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali
sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang
telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku
lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang
telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata:
"Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang
masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati.

Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti Zaman yang awal
dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"

Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua

Rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi
rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari
kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih
seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.

Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?"

Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit

Dari sakaratul maut."

 

Semoga kita dapat amal dan sampaikan. InsyaAllah


  _____  


Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 
satu ayat..."

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]

Bina empayar anda di Internet dengan Netmyne!!
http://www.Netmyne.com/ 

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ 




Kirim email ke