*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

---------- Forwarded message ----------
Date: Thu, 22 Jun 2000 20:06:41 PDT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED]
Subject: Cili Api 114: Lagi Usaha Melindungi Eusoff

Pedas-Pedas Cili Api 114
(23hb Jun 2000)

Lagi Usaha Melindungi Eusoff

Mahkamah Datuk K. Nathan telah membuat keputusan menerima permohonan
seorang peguam dan menyekat Majlis Peguam daripada mengadakan mesyuarat
khas esok (Jumaat). Tujuan mesyuarat itu ialah untuk membincangkan
dakwaan terhadap tingkah laku Ketua Hakim, Tun Eusoff Chin, dan
mencadangkan agar sebuah Tribunal dibentuk oleh Agong untuk menyiasat
perkara ini. Keputusan mahkamah ini melindungi kepentingan Eusoff. 

Kita tahu bahawa desakan supaya dibentuk sebuah tribunal seumpama ini
telah ditolak bulat-bulat oleh PM Dr M @ Cek Det. Cili Api mengulangi
pendapat bahawa Cek Det berbuat demikian untuk melindungi Eusoff. Beliau
memerlukan khidmat Eusoff, yang akan mendengar rayuan kes Anwar Ibrahim.
Jikalau Cek Det bersetuju tribunal dibentuk untuk menyiasat Eusoff, maka
Eusoff perlu melepaskan jawatannya dulu, semasa siasatan berjalan. Oleh
sebab itu, khidmatnya tidak boleh dilanjutkan. 

Cek Det mahu sangat khidmat Eusoff dilanjutkan supaya beliau boleh
membereskan kes Anwar. Dia orang kepercayaan Cek Det. Lagi pula, mudah
saja Cek Det memegang tengkuknya, oleh kerana ada pekung yang hendak
disembunyikan, iaitu percutiannya dengan peguam Datuk Lingam di New
Zealand itu. Dan macam-macam lagi. 

Tetapi kehendak Cek Det saja tidak begitu kuat. Ia mesti diperkuatkan
dengan satu keputusan mahkamah. Maka itulah seorang peguam bernama
Segaran yang diwakili oleh seorang peguam lain bernama D.P. Vijandran
telah membuat permohonan menyekat mesyuarat itu. (Bolehkah sesiapa
tolong beritahu Cili Api: adakah ini Vijandran yang dituduh membuat
filem lucah dulu, dan diselamatkan apabila polis memusnahkan bahan-bahan
bukti?) 

Mengapakah seorang peguam cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk
menyekat Majlis Peguam mengadakan mesyuarat? Sepatutnya, jikalau beliau
tidak bersetuju dengan mesyuarat itu, beliau harus datang dan memberikan
hujah untuk meyakinkan peguam-peguam lain supaya menyokongnya. Dengan
perbuatan pergi kepada mahkamah, beliau telah membantu memburukkan lagi
pandangan umum
   terhadap mahkamah. Telah timbul berbagai-bagai soal. Adakah Segaran
bertindak bagi kepentingan pihak tertentu? Adakah mahkamah telah membuat
keputusan menyebelahinya kerana ada arahan dari pihak atasan? 

Majlis Peguam bukan mempunyai banyak kuasa. Ia tidak boleh mengarahkan
sesiapa, apatah lagi PM dan Agong, untuk menubuhkan tribunal itu. Dan
sudah tentulah ia sendiri tidak berkuasa membentuk tribunal itu. Apa
yang boleh dilalukan hanya mencadangkan supaya tribunal itu diadakan.
Jadi mengapakah Cek Det, Eusoff dan Nathan begitu takut sekali mesyuarat
Majlis Peguam itu diadakan. 

Di samping membuat keputusan menyekat mesyuarat Majlis Peguam ini, Hakim
Nathan telah juga menolak permohonan pihak peguam bela Majlis, bahawa
beliau tidak layak mendengar kes ini kerana mempunyai kepentingan.
Penolakan ini disertai keputusan supaya kos dibayar oleh pihak Majlis
kepada Segaran. Tak tahulah berapa jumlah kos ini. Mungkin besar juga,
agaknya. Adakah ini sebahagian daripada habuan kepadanya sebagai upahan
kerana memohon perintah mahkamah itu? 

Cili Api lihat macam-macam boleh berlaku dalam mahkamah dan dengan hakim
dalam negeri ini. Tidak hairanlah. Bak kata sesetengah orang, “Malaysia
has the best judges that money can buy" (lebih kurang terjemahannya:
Malaysia mempunyai hakim-hakim terbaik yang boleh dibeli dengan wang).
Biarkan!  Biarkan! 

Cili Api

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke