*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
From:                   "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
To:                     [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED]
Date sent:              Mon, 20 Dec 1999 09:58:08 +0800
Priority:               normal
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] ODIT DOSA-DOSA

[ Double-click this line for list subscription options ]

From: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>

From:                   DABZA <[EMAIL PROTECTED]>

ODIT DOSA-DOSA

Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa-dosa. Ia
lambang kekukuhan iman.

"Tidak berzina seorang penzina jika dia beriman. Tidak mencuri seorang pencuri
jika dia beriman. Namun  pintu taubat terbuka luas."
(Tarmizi)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama.

"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi 
orang yang paling kuat beribadah."
(Hadis - Abu Ya'la)

Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Aisyah telah berkata:
"Sesungguhnya kamu melupakan ibadah yang paling utama, 
yaitu wara' (yakni: menjauhi yang haram)."

Abdullah ibn Omar pula memperingatkan:
"Jika kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan berpuasa
sehingga kamu menjadi seperti anak panah kerana kekurusan, tidaklah itu
diterima daripada kamu, melainkan 
dengan wara' (menjauhi haram) yang mendinding."

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata:
"Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."

Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan
larangannya.

Imam Ahmad ibn Hanbal berkata:
"Sesungguhnya larangan itu adalah lebih berat 
daripada perintah suruhan."

Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang berpuasa tetapi masih
bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam perjalanan ke kasino untuk
memuaskan nafsu. Bersembahyang tetapi rajin mengumpat. Sentiasa memegang tasbih
untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang kepada orang lain.

Orang yang mantap kefahamannya tentang agama mengetahui bahawa meninggalkan
kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil, teramat penting dalam usaha
mendekatkan diri kepada Allah.

Abdullah ibn Omar berkata:
"Sesungguhnya memulangkan kembali perkara kecil (sedikit) yang haram adalah
lebih baik daripada membelanjakan 
seratus ribu dinar pada jalan Allah."

Imam Abdullah bin Mubarak pula telah berkata:
"Sesungguhnya menolak sebutir dirham yang syubhat lebih aku sukai daripada
bersedekah seratus ribu sehingga sembilan ratus ribu dirham."

Berzikrullah adalah baik. Tetapi jika sekadar dengan lidah, ianya belum
mencukupi.

Maimun ibn Mahran telah berkata:
"Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati
Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."

Rezeki yang diperolehi dari perbuatan dan pekerjaan yang haram, walaupun
digunakan unutk ketaatan, tidak akan membantu kita ke arah taqarrub kepada
Allah.

Berkata Imam Sufyan at-Thauri:
"Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati Allah, perbuatannya adalah
seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang bernajis dengan menggunakan
air kencing."

Walau bagaimanapun, manusia tidak maksum. Insan ada kelemahannya. Kelemahan ini
bukannya alasan untuk berterusan melakukan dosa, sebaliknya untuk lebih
berhati-hati dan berjaga-jaga. Pintu taubah sentiasa terbuka. Hadis ada
menceritakan tentang seorang dari Bani Israil yang telah membunuh 100 orang,
kemudian insaf dan bertaubat. Allah terima taubatnya.

Muga-muga Ramadan kali meningkatkan kesedaran kita bersama untuk menjauhi semua
yang dilarang agama menuju ketakwaan yang dituntut.

Wassalam.
DD

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat - Ya Allah
Sabtu  - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad   - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin  - La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim  (Tidak ada upaya dan 
kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa - Allahumma shalli 'ala saiyidina Muhammad  (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi 
Muhammad s.a.w)
Rabu   - Astaghfirullahal-'azhim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bihamdih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian 
kepadaNya)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman


Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (Free)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke