*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: "Nor Hayati Abdullah" >----- Original Message -----
>From: nora norais > >From: azarina
> > >Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
> > >http://www.xitmt.org
> > >ex student of ITM Terengganu association
> >
> > >
>Kelakuan suami curang telah banyak disebut di dalam kitab-kitab lama,
>Shaikh Abdus Samad Falembani dalam Sirus Salikin telah menukil suatu
>riwayat tentang balasan suami yang curang.  Ini dinyatakan dalam bab
>kejahatan berzina.
> > >
Diriwayatkan dalam Kitab Sairus Salikin bahawa ada sepasang suami isteri
yang telah berkahwin lebih dari tiga puluh tahun.  Mereka hidup dalam
aman bahagia.
> > >
Si Suami seorang peniaga kain dan emas.  Isteri pula hanyalah surirumah.
Isteri yang taat itu sentiasa menjaga maruah diri dan suaminya.
Tiap tiap hari ada lelaki yang menghantar air ke rumahnya untuk pelbagai
kegunaan mencuci dan minum.  Lelaki itu tidak pernah sekali pun melihat
wajah wanita tersebut.
> > >
Dia hanya menjalankan kewajipan majikan untuk menghantar air ke rumah
pelanggan.  Pada suatu hari tiba-tiba lelaki tukang angkat air itu telah
menemui perempuan tersebut dan memegang tangannya sebagai pegangan orang
yang bernafsu.  Setelah perempuan itu meronta-ronta dan dia terus pergi.
> > >
Apabila suaminya pulang si isteri menceritakan peristiwa yang berlaku.
Kemudian terus bertanya kepada suaminya apakah yang berlaku pada hari itu di 
kedainya.  Mula mula suaminya mengatakan tiada apa apa yang ganjil berlaku.  
Setelah di desak akhirnya si suami menceritakan bahawa pada siang tadi ada 
seorang pelanggan perempuan cantik membeli gelang emas.
> > >
"Aku terpesona melihat kecantikan tangannya.  Aku memegang tangannya
seketika dengan penuh berahi."  Maka dijawab oleh isteri lelaki tersebut. 
'jatuh qisas (balasan) perbuatan abang itu terhadap diri saya.'  Dari kisah 
ni jelas menunjukkan bahawa perbuatan salah seorang dari suami atau isteri 
yang curang akan diterima kesan oleh pihak yang satu lagi.  Kiranya isteri 
berlaku curang, maka suaminya akan menerima kesan.  Dalam ibarat lain, kalau 
suami berbuat jahat dengan perempuan lain, orang lain pun akan berbuat jahat 
dengan isterinya.
> > >
Peliharalah diri dan keluarga kita dari azab api neraka.

> > >Petikan dari Majalah Dakwah Disember 1999.
> > >
> > >
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke