*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum WarahmatuLlah

Kepada netters sekalian, tidak lama dahulu kita digemparkan dengan
serangan bertalu-talu dari Golongan Anti Hadis (GAH) terhadap pelbagai
egroups (kini yahoogroups). Maka berlanjutan dari peristiwa itu maka
moderator egroup mymasjid telah menubuhkan satu egroup khas untuk
perdebatan antara Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan GAH iaitu egroup
ahlus_sunnah_vs_anti_hadeeth

Perebatan yg berlanjutan selama beberapa bulan itu akhirnya berpihak
kepada ASWJ. Ramai Ilmuwan ASWJ seperti Hafiz Firdaus, Abdul Rahman
(Celcom), Hussain, Radzi Salju, Latifah Laabwa, Khairul dan ramai lagi
netters lain talah bertungkus-lumus berhujjah dengan GAH. Mereka yg
terlibat di pihak GAH juga termasuk Othman Ali (pengarang kita
BACAAN)dan rakan-rakan beliau seperti Ehsan, Hadeeth Hassan, Mujahidul
Quraan dll. Syukur AlhamduliLlah rakan-rakan kita dipihak ASWJ berjaya
menangkis hujjah-hujjah GAH ini.

Kini kebayakkan hujjah GAH telah kita ketahui, dan lanjutan dari
perdebatan itu Akhi Hafiz Firdaus yg juga seorang penulis buku-buku
agama bagi penerbitan JAHABERSA, telah mengambil keputusan untuk
menghimpun hujjah-hujjah GAH ini lalu dijawabnya satu persatu dalam
karya terbaru beliau bertajuk "20 Hujjah Golongan Anti Hadis &
Jawapannya".

As-Syaikh Hafiz Firdaus memang seorang Ilmuwan muda yg aktif dalam
beberapa yahoogroups seperti Fikrah, Islah, MSM dll. Beliau sebelum ini
juga telah menulis sejumlah tujuh (8 termasuk buku GAH ini ) buku
dibawah penerbitan Jahabersa yg boleh netters sekalian layari sendiri di
laman web http://www.jahabersa.com.my  Anda boleh membuat Carian/search
atas nama Hafiz Firdaus maka akan tersenarailah kesemua karya Akhi Hafiz
yg sudah diterbitkan. Corak penulisan akhi Hafiz penuh dengan hujjah
yang bernas bersertakan dalil yang lengkap dari Al-Quraan Al-Karim,
As-Sunnah As-Syarif yang sahih lagi mutawatir dan pandangan dari
ulama'-ulama' yang mu'tabar menurut amalan generasi as-salafussalih.

Jadi kepada mereka yg ingin mengenali atau bertukar pendapat dengan Akhi
Hafiz Firdaus bolehlah menghubungi beliau secara terus di alamat
[EMAIL PROTECTED]

Saya menyarankan kepada netters semua supaya mendapatkan senaskah buku
"20 Hujjah Golongan Anti Hadis & Jawapannya" ini kerana isinya padat
dengan maklumat penting tentang penyelewengan Golongan Anti Hadis atau
Ingkar As-Sunnah ini. Buku ini juga boleh dibeli secara online melalui
laman web http://www.jahabersa.com.my

Dibawah ini saya sertakan bersama sepatah dua kata dari penulis sendiri
mengenai buku "20 Hujjah Golongan Anti Hadis & Jawapannya" beliau.
Semoga netter semua akan mendapatkan buku ini secepat mungkin.

Sekian Wassalaam

Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus
___________________________________

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, dengan izin dan pertolongan Allah Azza waJalla, buku saya
yang terbaru berjudul "20 Hujah Golongan Anti Hadis & Jawapannya" yang
diterbitkan oleh Jahabersa, Johor Bahru, telahpun berada di pasaran.

Buku ini terdiri dari 3 bhg utama,

[1] Menghimpun dan menjawab 20 hujah dasar Golongan Anti Hadis.
[2] Menerangkan kedudukan hukum-hukum dan pengajaran agama yang
disampaikan oleh Rasulullah
     sallallahu-alaihi-wasallam yang tidak terkandung sama di dalam
al-Qur'an.
[3] Menerangkan 10 kaedah kajian para orientalis terhadap ilmu hadis dan
kesilapan mereka di
     dalamnya.

Selamat membaca dan berkongsi ilmu. Sebarang maklumbalas, teguran dan
pembetulan dialu-alukan.

Saya tidak mengambil sebarang bentuk bayaran bagi buku ini. Ia setebal
lebih kurang 300 mukasurat dan harga pasarannya ialah RM15.90. Ini
adalah harga yang paling minimum yang dapat diusahakan buat masa ini.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah.





**********************************************************************
This email and any files transmitted with it are confidential and
intended solely for the use of the individual or entity to whom they
are addressed. If you have received this email in error please notify
the system manager.
**********************************************************************


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Yaakub Mohd Yunus" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke