'Sesat lagi menyesatkan'

2000 mahasiswa bantah konsert Bollywood dan Vengaboys


KUALA LUMPUR, 21 Jul (Hrkh)- Kira-kira dua ribu mahasiswa universiti
tempatan mengadakan perhimpunan aman membantah konsert Bollywood dan
Vengaboys yang akan di Stadium Merdeka malam ini dan 25 Julai akan datang
kira-kira jam 2 petang ini.
Mereka berkumpul sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid
ar-Rahman, Universiti Malaya dan kemudiannya berarak ke Jalan Pantai
berhampiran bangunan Telekom sekat sini sambil melaungkan takbir dan "hancur
mungkar".
Mereka juga membawa sepanduk dan poster membantah konsert itu yang
disifatkan menyokong budaya yang merosakkan remaja di negara ini.
Perhimpunan itu bersurai kira-kira setengah jam kemudiaan. Perhimpuan secara
aman itu bagaimanapun terganggu dengan sedikit kekecuhan apabila seorang
pegawai polis cuba menahan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Menurut sumber Harakahdaily.com, seorang pemimpin mahasiswa ditahan
berikutan perhimpunan itu.
Sehingga kini, ! beliau yang dikatakan ditahan di Balai Polis Brickfield masih
belum dibebaskan.
Sebelum ini, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) yang menggabung
beberapa persatuan mahasiswa universiti tempatan menghantar memorandum
bantahan kepada beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badwi tetapi ditolak.
Presidennya, Mohd Huzairi Hussein berkata, kumpulan-kumpulan ini akan
menjadi ikutan dan hakikatnya mereka memiliki ciri-ciri yang amat negatifdan
tidak wajar dicontohi oleh muda-mudi negara ini.
"Penampilan berimej seksi dengan hanya memakai coli seperti dipaparkan dalam
poster-poster konsert serta lirik-lirik lagu kumpulan ini yang berunsur
lucah jelas melangkaui amalan budaya masyarakat Malaysia, tidak langsung
membantu pembinaan jatidiri rakyat Malaysia yang mampu menangani cabaran
wawasan apatah lagi memang benar-benar menyimpang daripada agama Islam yang
menjadi agama rasmi persekutuan," jelasn! ya lagi.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke