*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Buat pertama kalinya mesyuarat UMNO Baru dirasmikan oleh orang MCA.
Adakah kerana Mahathir sudah terlalu desprate kerana majority orang-orang Melayu/Islam 
tidak percaya kepada UMNO Baru lagi ?

Ada kemungkinan Mahathir akan bubarkan semua 14 parti komponen BN yang lain supaya 
mereka semua menjadi ahli UMNO Baru.   Dengan itu tidak hairanlah kalau ahli UMNO Baru 
mencapai jumlah 3 juta pada tahun 2004 kerana mereka adalah bekas ahli-ahli MIC, MCA, 
PPP, IPF dll.

Dengan itu (Tengku celup) Adnan Mansor mengakui bahawa 20 juta rakyat Malaysia yang 
lain dijangka menjadi ahli Barisan Alternatif dalam tahun 2004.

Ayuh Selamatkan Malaysia !!!







--

On Mon, 16 Apr 2001 07:33:32  
 drmahadzir wrote:
>From Laman UMNO T Adnan believes by 2004 there would be 3 million 
>idiots.
>
>Ahli UMNO Minima 3 Juta Pada 2004  Bukti Melayu Yakin UMNO 
>
> Kuala Lumpur  Bilangan ahli UMNO dengan mudah akan mencapai angka 
>paling minima 3 juta orang pada 2004 menjelang pilihanraya umum akan 
>datang, kata Setiausaha Kerja UMNO, Senator Datuk Tengku Adnan Tengku 
>Mansor. 
> 
>Beliau berkata, ketika ini sahaja selepas dilakukan kemaskini 
>keahlian; ahli UMNO didapati sudah mencapai lebih 2.8 juta orang 
>berbanding 2.74 juta orang tahun lalu.  
> 
>Katanya, permohonan bagi penubuhan cawangan baru UMNO juga terus 
>meningkat di mana baru-baru ini 40 cawangan baru telah diluluskan 
>penubuhannya manakala 300 buah lagi sedang dalam proses pendaftaran. 
>Buat masa ini UMNO mempunyai 18,000 cawangan di seluruh negara. 
> 
>"Ini membuktikan UMNO terus mendapat sokongan padu di kalangan orang 
>Melayu biarpun pelbagai usaha puak-puak pembangkang cuba menghasut 
>orang ramai termasuk ahli UMNO untuk membenci parti. 
> 
>"Nampaknya usaha pembangkang adalah sia-sia, malahan ahli UMNO terus 
>bertambah kerana semakin lama rakyat semakin sedar dengan penipuan 
>dan dakyah pembangkang yang jahat itu," katanya di majlis perasmian 
>mesyuarat Pemuda dan Wanita Bahagian Seputeh. 
> 
>Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka 
>Ting yang merupakan sejarah politik tanahair khususnya bagi UMNO 
>kerana sebelum ini hanya pemimpin parti yang merasmikan mesyuarat 
>UMNO. 
> 
>Malah, perasmian mesyuarat itu juga menyaksikan kehadiran barisan 
>pemimpin MCA tempatan. 
> 
>Datuk Tengku Adnan berkata, kehadiran Datuk Seri Ong merasmikan 
>mesyuarat UMNO adalah bukti betapa semua komponen BN bersatu padu dan 
>berfungsi sebagai sebuah keluarga parti yang besar tetapi saling 
>memahami. 
> 
>"Ini adalah satu realiti dalam BN kerana perjuangannya adalah untuk 
>memastikan keharmonian dan kemakmuran demi kepentingan semua kaum 
>sebagai rakyat Malaysia.  
> 
>"Berbeza dengan pembangkang yang suka menabur dakyah dan memberikan 
>janji-janji manis serta membangkitkan isu-isu mengikut sesuatu kaum. 
> 
>"Bagaimanapun adalah penting bagi mewujudkan perpaduan di kalangan 
>orang Melayu terlebih dahulu kerana runtuhnya perpaduan Melayu maka 
>runtuhlah perpaduan Nasionalinilah yang dikehendaki pembangkang. 
>Mereka tahu tanpa BN, parti kita hancur dan negara kita akan hancur," 
>katanya.  
> 
>Datuk Tengku Adnan berkata, perasmian mesyuarat Bahagian Seputeh oleh 
>pemimpin MCA itu hanyalah satu permulaan kecil.  
> 
>Ini kerana pada masa akan datang, UMNO Wilayah Persekutuan bercadang 
>menjemput pemimpin komponen BN merasmikan mesyuarat cawangan mahupun 
>bahagian terutama jika mempunyai calon-calon pilihanraya dari 
>komponen berkenaan. 
> 
>Beliau juga menasihatkan perwakilan Pemuda dan Wanita Bahagian 
>Seputeh supaya bijak memilih pemimpin dari kalangan yang mampu 
>memimpin dan elakkan sikap adu-domba serta irihati yang boleh 
>menjurus kepada kehancuran bangsa. 
> 
>"Jika kita semua bersatu, adalah tidak mustahil kita merampas kembali 
>Seputeh yang memerlukan hanya tiga peratus undi bagi memihak kepada 
>BN.  
> 
>"Sehubungan itu amalan jihad menyingkir pembangkang perlu dilakukan 
>bersama-sama di antara orang Melayu, Cina dan India dalam BN untuk 
>mendapatkan Seputeh," ujarnya. 
>
> 
>
> 


Who needs Cupid?  Matchmaker.com is the place to meet somebody.
FREE Two-week Trial Membership at http://www.matchmaker.com/home?rs=200015

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke