*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
APA MAKNA ? MAKNA APA 
Oleh Jani Bin Yassin 

Tergelak saya bila membaca laporan akhbar tempoh hari
mengenai Tan Sri Khalil Yaacob, Menteri Penerangan
yang Setiausaha Agung Umno. Beliau bercakap mengenai
apa yang disifatkannya "tingkah laku" YB Mahfuz Omar,
Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS.

Laporan itu memetik Khalil sebagai berkata beliau
kecewa dengan tingkah laku Mahfuz ketika berhujah di
Dewan Rakyat 8 November lalu mengenai keganasan polis
pada Perhimpunan Rakyat 5 November.

Menurut Khalil, tingkah laku Mahfuz yang mahu
bertumbuk dengan Ahli Dewan dari Barisan Nasional
"telah menjejaskan usaha menyiarkan sidang parlimen
secara langsung menerusi televisyen". 

Tergelak saya kerana usaha apa yang begitu rumit yang
harus dijalankan untuk mengadakan sesuatu siaran
langsng menerusi televisyen? Biasanya izinkan sahaja
bereslah ia. 

Yang akan 'rungsing' mungkin ialah jurutera dan
juruteknik dalam usaha mereka memastikan semua
berjalan lancar. Yang membimbangkan mereka ialah
masalah teknikal yang mungkin timbul yang boleh
menjejaskan siaran langsung itu. Tetapi sudah beribu
siaran langsung dipancarkan oleh rangkaian televisyen
kita dengan jayanya.

Oleh itu tidak perlu lah Menteri Penerangan bimbang,
apa lagi nak jalankan usaha pula. Tetapi yang membuat
saya tergelak besar ialah Khalil seolah olah sayangkan
Mahfuz kerana menurut beliau tingkah laku Ketua Dewan
Pemuda PAS itu amat memalukan jika ditontoni rakyat
menerusi siaran langsung televisyen. 

Sejak bila Khalil sayangkan Mahfuz sehingga hendak
"menyembunyikan aib" Ahli Parlimen Pokok Sena itu?
Mahfuz orang PAS. Khalil orang Umno. Logiknya Khalil
patut bergembira 'keaiban" Mahfuz didedahkan kepada
rakyat. Biar rakyat dapat lihat betapa buruknya
perangai Mahfuz. 

Biar pengundi Pokok Sena menyesal memilih Mahfuz
sebagai wakil mereka di Parlimen. Dan pada pilihanraya
akan datang bolehlah Barisan Nasional merampas kerusi
itu daripada genggaman PAS. Tetapi itu semua tidak
berlaku. 

Khalil mahu sembunyikan keburukkan Mahfuz. Sebenarnya
apa yang ingin disembunyikan Khalil ialah keberanian
Mahfuz dalam memperjuangkan hak rakyat. Bukan Mahfuz
sahaja. Bahkan semua Ahli Parlimen Barisan Alternatif.


Menyiarkan sidang Parlimen secara langsung menerusi
televsyen bermakna rakyat akan berkata pengundi yang
memilih Ahli Dewan dari BA telah bertindak bijak dan
tepat. Yang menyesal ialah pengundi yang tidak
menyokong BA dulu. 

Namun makna yang lebih besar dalam kenyataan Khalil
itu ialah beliau sebenarnya mahu menutup keaiban dan
kepincangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional. Jika
sidang Parlimen disiarkan secara langsung rakyat akan
dapat menilai yang mana permata yang mana kaca. 

Jika perdebatan mengenai keganasan polis 5 November
lau dijadikan contoh maka rakyat akan dapat melihat
sendiri betapa tidak prihatinnya Ahli Parlimen dari
pada BN terhadap penderitaan rakyat khususnya mangsa
yang cedera dalam insiden itu dan anggota keluarga
mereka. Rakyat akan nampak bagaimana mereka
mempersenda dan memperlecehkan insiden yang
menyaksikan rakyat diganasi polis.

Dakwaan seorang wanita ditelanjangi ketika dalam
tahanan polis begitu melucukan untuk glongan BN ini
yang mendakwa mereka mewakili rakyat. Itu semua yang
nigin Khalil dan kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad
mahu sembunyikan. Lebih besar lagi, yang ingin
ditutupi mereka ialah tahap perdebatan dan hujah Ahli
Parlimen BN. Mereka juga tidak mahu rakyat mengetahui
siapa yag suka tidur di dalam Dewan dan siapa yang
kerap tidak hadir .

Masalah tidak hadir memang diakui sendiri oleh Dr
Mahathir sehingga beliau mengancam Ahli Parlimen BN
yang gemar ponteng tidak akan dipilih sebagai calon
pada pilihanraya umum akan datang. Tetapi beliau
'lupa' beliau lah yang memilih golongan tersebut untuk
menjadi calon BN bertanding pada pilihanraya umum
1999. Tidak lah memeranjat jika mereka tidak suka
hadir kerana ada juga menteri yang melakukan perkara
sama,tetapi atas alasan tugas rasmi diluar Dewan.

Saya tergelak lagi....kerana pada hari pertama sessi
yang berlangsung sekarang yang dipanggil Parlimen
kesepuloh ,penggal kedua mesyuarat ketiga iaitu pada
16 Oktober lalu,Dr Mahathir mengeluarkan amaran
kerasnya kepada Ahli Parlimen BN. Namun pada hari yang
sama, pada sebelah petangnya,kira kira pukul 2, Majlis
Tertinggi Umno bermesyuarat di ibu pejabat parti. 

Mesyuarat dipengerusikan Dr Mahathir dan dihadiri
Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timban Menteri dan
lain lain anggota MT yang turut menjadi Ahli Parlimen.
Maknanya mereka semua termasuk yang memberi amaran
jangan ponteng Parlimen iaitu Dr Mahathir sendiri
telah tidak menghadirkan diri di Dewan Rakyat pada
petang 16 Oktober 2000. Pagi cakap lain petang buat
lain.Tidak ada sebab MT Umno bermesyuarat pada petang
itu kerana ia urusan parti.Urusan kerajaan harus
dimendahului urusan parti. 

Umno sepatutnya mengadakan mesyuaratnya pada sebelah
malam selepas sidang Parlimen pada hari itu
ditanggungkan. Masalah tidak hadir di parlimen perkara
penting. Ponteng bermakna masalah rakyat yang diwakili
tidak diketengahkan pada satu pentas yang dilihast
sebagai yang tertinggi di negara ini.

Dan Dr Mahathir juga tahu tahap atau standard Ahli
Parlimen BN. Berdasarkan beliau mengarahkan sidang
parlimen disiarkan secara langsung ke pejabatnya di
Putrajaya menerusi televisyen litar tutup. Ini katanya
bagi membolehkan beliau menilai prestasi Ahli Parlimen
BN. 

Maknanya Dr Mahathir seorang sahaja yang boleh menilai
prestasi Yang Berhormat. Rakyat tidak dibenarkan
membuat penilaian itu walaupun berhak meneliti
prestasi Yang Berhormat yang mereka pilih untuk
mewakili mereka. Dan siapa pula yang membiayai kos
peralatan dan siaran langsung dari Dewan Rakyat ke
Putrajaya itu ? Rasanya jawapan diketahui semua.
Berbalik kepada Khalil Yaacob tadi.

Tergelak lagi. Ketika Khali bercakap dengan pemberita
mengenai Mahfuz, beliau sebenarnya diaju soalan
mengenai Debat Pemuda PAS-Umno yang sepatutnya
diadakan bulan ini (November). Lalu Khalil pun berkata
tingkah laku Mahfuz juga membuat Umno berfikir semula
mengenai debat itu. Maknanya Umno tidak mahu debat itu
diadakan.

Maknanya Umno tidak yakin dengan kebolehan Ketua
Pemudanya Datuk Hishamuddin Hussein.Maknanya juga Umno
sedang mencari alasan kukuh untuk membatalkan debat
itu atau Umno memang sejak awal lagi tidak pernah
berhasrat mengadan atau menyertai debat berkenaan. 

Namun pada pagi Khalil ditemui pemberita dan bercakap
mengenai Mahfuz dan debat, Ketua Dewan Pemuda PAS itu
sudah pun dalam perjalanan ke Penjara Kajang dimana
beliau yang dikurung selama satu bulan.Alasan kukuh
untuk tidak mengadakan debat PAS-UMNO ?

Mungkin kah itu maknanya?.

Waullahhualam




=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!
http://calendar.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke