Abdullah Badawi perlu buktikan tuduhan

SEJAK akhir-akhir ini, pemimpin Umno, khususnya Abdullah Ahmad Badawi, melancarkan serangan dan tuduhan bertubi-tubi kononnya PAS menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan politiknya.

Menurutnya kuliah di masjid dan surau, termasuk khutbah Jumaat, berunsur politik membenci kerajaan. Lalu beliau, dengan kuasa yang ada padanya mengarahkan Jakim supaya bertindak, menyekat trend ini. Beliau akan bertemu dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk membincangkan cara mana menyekat apa yang dianggapnya kuliah politik di masjid.

Tindakannya ini memang dapat dimengertikan kerana beliau dan pemimpin Umno lainnya merasakan sokongan orang Melayu terhadap Umno begitu merosot sekali. Keputusan pilihan raya umum lalu adalah petanda paling jelas.

Oleh kerana begitu cemas dan gusar atas perubahan sikap orang Melayu ini, pemimpin Umno melakukan pelbagai tindakan untuk menyekat pengaruh pembangkang, khususnya PAS. Antaranya mengawasi kuliah agama yang dianggapnya berunsur politik dari diadakan di masjid dan surau.

Tindakan pemimpin Umno ini dijangka diperhebat memandangkan suhu politik meningkat begitu panas sekali dalam Umno menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu tidak lama lagi. Masing-masing hendak menyalahkan pihak lain atas kemerosotan pengundi Melayu terhadap calon Umno/BN dalam pilihan raya umum lalu.

Di samping itu, masing-masing tokoh hendak menonjolkan diri supaya diketahui umum kononnya sebagai pembela Umno yang setia. Ini juga adalah sebahagian dari kempen tidak secara langsung tokoh ini untuk 'menawan hati' perwakilan Umno nanti dalam pemilihan beberapa bulan lagi.

Kita telah lama mengenali Umno dan peribadi yang mendukung parti sekular itu. Inilah tradisi yang mereka lakukan sejak puluhan tahun yang lalu. Kemerosotan undi Melayu terhadap parti itu menyebabkan mereka hilang pedoman dan bertindak di luar dari kewarasan bagi mereka yang boleh berfikir.

Fitnah mereka yang pa- ling ketara ialah apabila Abdullah Ahmad Badawi menuduh parti pembangkang, khususnya PAS, menyebarkan fatwa serta pandangan yang bercanggah dengan Islam. Ini satu tuduhan yang amat berat di mana Abdullah perlu membuktikan tuduhan itu secara ilmiah.

Seperti kata Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, tuduhan Abdullah ini sangat melampau kerana ia dibuat bukan berdasarkan bukti dan asas yang kukuh untuk membolehkan seseorang itu dituduh menyeleweng daripada akidah Islam.

Kita ingin bertanya bagaimana dengan ucapan para pemimpin Umno yang secara terang-terang menolak pelaksanaan hukum hudud, menghina Sunnah Rasulullah s.a.w. dan menghina para ulama di mana inilah sebenarnya yang bertentangan dengan Islam.

PAS telah berulangkali mengajak pemimpin atau 'ulama Umno' bermuzakarah untuk mencari dan menegakkan kebenaran Islam dalam isu yang berbangkit, termasuk isu penyelewengan akidah. Malangnya pihak Umno, atas sebab yang kita ketahui, sentiasa menolak dengan pelbagai alasan.

Sebenarnya mereka tidak mempunyai hujah yang kukuh menyebabkan mereka mengelak dari berbahas atau bermuzakarah. Mereka bukan golongan yang berlapang dada untuk menerima kebenaran. Sebab itu apabila mereka tidak mempunyai hujah kukuh, mereka lalu menggunakan kuasa, berusaha untuk menutup mulut ulama dari memperkatakan yang benar.

Inilah sebenarnya punca dari segala masalah, bahawa keangkuhan dan kesombongan Umno yang merasa mereka berkuasa menggunakan kuasa itu supaya kebenaran itu tidak dapat dilihat dan didengar. Tetapi mereka lupa umat Islam mempunyai kemampuan yang cukup untuk menilai siapa sebenarnya yang memiliki kebenaran.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke