*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Absurdity" ialah perkataan Inggeris bagi menunjukkan perkara
yang tidak munasabah. Dalam konteks keTuhanan yang dipercayai
oleh Kristian ialah doktrin Triniti ( Tuhan yang Satu terbahagi
kepada 3 Oknum = Bapa,Anak, Ruh Kudus) dan Tuhan Anak menjelma
menjadi seorang manusia yang datang ke bumi. Saya telah huraikan
banyak absurdities dalam ajaran ugama Kristian. Sekarang saya
akan sebut satu lagi yang menjadi bahagian yang dikatakan
sebagai "Prophecies" (Ramalan-Ramalan) dalam Bible. Perhatikan
ayat Bible yang berikut:

"..haruslah genap nas Kitab Suci, yang disampaikan Ruh Kudus
dengan perantaraan Daud tentang *Judas*, pemimpin orang yang
menangkap Jesus itu. Dahulu dia termasuk bilangan kami dan
mengambil bahagian dalam tugas ini.."(Kisah Rasul-Rasul 1:17)

Ayat (Kisah Rasul-Rasul 1:17) adalah salah satu perkara yang
menyentuh tentang ramalan yang terdapat dalam Bible. Dikatakan
bahawa terdapat beberapa ramalan sebelum Jesus datang ke bumi...

Biarlah tempat tinggalnya menjadi sunyi, biarlah tiada orang
di dalamnya (Mazmur 69:26) Biarlah orang lain mengambil alih
tempatnya (Mazmur 109:8) Bahkan *sahabat karibku* yang ku 
*percayai*, yang makan rotiku, telah mengangkat tumitnya
melawan aku (Mazmur 41:9,10)

Perkara yang menarik ialah ayat (Mazmur 41:9,10) yang sering
digunakan oleh pihak Kristian untuk membuktikan bahawa telah
menjadi kenyataan ramalan itu dalam Bible yang disebut SEBELUM
datangnya Jesus ke bumi. Yang dimaksud *sahabat karibku* ialah
pengikut Jesus yang bernama *Judas* yang telah mengkhianati
Jesus yang mana dialah yang membantu musuh-musuh Jesus supaya
Jesus mati dibunuh.(Sila rujuk Lukas 22:47,48).

Maksudnya, Mazmur 69:26, Mazmur 109:8 dan Mazmur 41:9 merupakan
ramalan-ramalan tentang orang yang bernama *Judas* yang menjadi
sahabat pilihan Jesus akan mengkhianatinya. Maka, kata pihak
Kristian, ramalan-ramalan itu tepat dan menjadi kenyataan.

Mari kita timbulkan satu persoalan. Orang Kristian percaya Jesus
adalah Tuhan. Tentu sekali sebagai Tuhan dia sudah tahu bahawa
*Judas* akan mengkhianatinya. SEBELUM Jesus datang ke bumi, dia
memang tahu siapa sebenarnya *Judas* itu yang akan mengkhiantinya
sebagaimana yang disebut of Mazmur 41:9 sebagai contoh. Yang
menghairankan kita, KENAPA Jesus yang tahu *Judas* adalah seorang
yang pembelot memilihnya sebagai *sahabat karib*?? Jesus tahu
bahawa *Judas*lah orang itu mengikut ramalan Mazmur 41:9 dan
bukan orang lain. Kalau begitu, kenapa Jesus sebagai Tuhan tidak
menyelamatkan Judas daripada perbuatan yang akibatnya dia akan
masuk neraka kelak?

Tidakkah sahabat-sahabat Jesus sedar apa yang diramalkan oleh
Mazmur 41:9?? Sepatutnya Jesus sebagai Tuhan Yang Maha Mengetahui
jangan memilih *Judas* sebagai sahabat karibnya yang *dipercayai*
yang bakal membelot. Ini dari segi Jesus adalah Tuhan. Dia wajib
menyelamatkan *Judas* dan menghalang kejahatannya.

Maka, mengikut ajaran Kristian, tugas Jesus datang ke bumi ialah
untuk mati menjadi kurban menebus dosa umat manusia. Jesus mestilah
dibunuh oleh musuhnya. Jika musuhnya berjaya membunuhnya, bererti
tugas Jesus untuk menjadi kurban telah selesai dengan jayanya.
Yang anih, kenapa pula *Judas* dipersalahkan jika dia membantu
musuh-musuh Jesus membunuh "Tuhan"?? Jika Jesus tidak berjaya 
dibunuh dengan kejam di palang salib, tentu ugama Kristian tidak
akan wujud di muka bumi ini !!!!

Apa yang dikatakan sebagai ABSURD di sini ialah Jesus yang sudah
tahu *Judas* yang bakal membunuhnya SENGAJA memilih *Judas* sebagai
sahabat karib dan memanggilnya sebagai "sahabat karibku" orang yang
bakal membunuhnya??? Inilah yang dikatakan ABSURD. Tambahan pula,
Jesus sengaja mahu ramalan dalam Mazmur 41:9 benar-benar menjadi
kenyataan supaya *Judas* mati masuk neraka???????? Inilah yang
dapat digambarkan Tuhan (Jesus) adalah angkuh dan zalim..sekiranya
itulah ramalan yang dipercayai oleh pihak Kristian.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke