Adakah DUGONG TUA ini sudah gila? Hidung tak mancung pipi tersorong2. Tak pernah org tawar diri tak mau tanding. Pi buat amal ibadat kat masjid tanah lagi bagus. Tak dak sapa pun minat DUGONG TUA ini lagi, hatta dalam umno pun.

 

BERITA MALAYSIA


October 02 , 1999 15:05PM

 

GHAFAR TAWAR TIDAK PERTAHAN KERUSI PARLIMEN JASIN

 

JASIN, 2 Okt (Bernama) -- Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba mengumumkan untuk tidak menawarkan diri bagi bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Jasin yang telah disandangnya sejak 1982.

Ghafar, 74 berkata beliau telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum 1995, Ghafar telah menyatakan hasrat yang sama atas alasan ingin bersara tetapi telah dipelawa untuk terus mempertahankan kerusi itu oleh Dr Mahathir.

Ghafar mengumumkan demikian semasa berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Panas di sini, malam semalam. Kerusi itu adalah salah satu daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Jasin.

Ketua Menteri Datuk Seri Abu Zahar Isnin melancarkan jentera pilihan raya BN itu dan dihadiri sama oleh anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Panas, Chong Tam Onn dan Ketua Pemuda Umno negeri Nazari Azim.

Kehadiran bersama Ghafar dan Abu Zahar pada majlis itu adalah yang pertama sejak beliau ditewaskan Abu Zahar dalam perebutan jawatan ketua bahagian Umno Jasin pada 1995.

Ghafar dalam ucapannya bagaimanapun menegaskan kesediaan untuk mambatalkan hasratnya itu jika diminta berbuat demikian sekali lagi oleh Dr Mahathir.

Beliau menyerahkan kepada Dr Mahathir untuk menimbangkan hasrat itu dan akan menghormati sebarang keputusan yang dibuat termasuk jika diminta untuk bertanding lagi.

Ghafar berkata, jika hasratnya untuk tidak bertanding diterima, beliau akan tetap memberikan sumbangan kepada kempen BN bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa kesetiaan kepada Umno tidak berbelah bahagi walaupun selepas terpaksa berundur daripada jawatan Timbalan Presiden pada 1993 untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abu Zahar sementara itu menyatakan kesalnya dengan tindakan pihak tertentu dalam Umno kerana masih cuba melaga-laga beliau dengan Ghafar ekoran perebutan jawatan ketua bahagian itu. -- BERNAMA

 

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke