*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan…….

Kemudian ustaz Asri menceritakan apabila tumbangnya
pemerintahan Islam yang terakhir iaitu kerajaan
Othmaniyyah; muncullah seorang tokoh al-Azhar yang
bernama as-Syeikh Ali Abdul Razikh.Tetapi yang
menyedihkan ialah Syeikh Ali Abdul Razikh ni telah
mengejutkan dunia Islam keseluruhannya apabila beliau
menulis satu buku yang bertajuk ‘al-Islam wal Usulul
Huk’.Yang menggemparkan dunia Islam ialah apabila dia
kata dalam buku itu bahwa Islam tak kena mengena
dengan politik.Dan beliau kata lagi bahwa bilamana
Nabi mai dulu,Tuhan bukan suruh Nabi pi buat negeri ;
yang Dia suruh hanyalah menyampaikan sahaja.Kemudian
dia kemukakan dalil/hujah lagi ikut pandangannya, maka
ini membuatkan para ulama bangkit dengan begitu hebat,
sehinggalah menjadi isu hangat di dada-dada akhbar
ketika itu.Menurut ustaz Asri, sehinggakan apabila Ali
Abdul Razikh memberi ucapan salam ketika masuk ke
majlis ulama-ulama untuk perbincangan ,namun tidak ada
seorang pun ulama yang menyambut salamnya.Ini adalah
kerana para ulama telah mengatakan bahwa Ali Abdul
Razikh telah melakukan jenayah yang sangat besar,
yakni apabila beliau cuba memisahkan Islam yang
sebagai asas untuk membentuk sebuah negara daripada
politik.
Dalam perbincangan itu, Ali Abdul Razikh kemukakan
hujahnya lagi, diantaranya dia mengatakan bahwa memang
wajib lantik Imam tetapi setelah terlantiknya Imam,
tak semestinya Imam itu buat hukum Islam.
[ Tuan-tuan, kita kenalah faham bahwa bila Islam kata
wajib lantik pemimpin, maka pemimpin yang dilantik itu
hendaklah wajib pula melaksanakan undang-undang
Islam.Ok la ni sebagai contohnya; katakanlah apabila
seseorang itu berkahwin atas nama Islam, wajib tak dia
patuh akan undang-undang perkahwinan dalam Islam
setelah dia berkahwin? Seperti bab jaga anak bini, bab
talak dan lain-lain; wajib tak dia patuh?…Mestilah
wajib jawabnya kerana telah menjadi kewajipannya.Jadi,
begitulah juga halnya dalam bab melantik
pemimpin.Yakni setelah Islam wajibkan melantik
pemimpin, adakah wajib pemimpin yang dilantik itu
bertanggungjawab dengan undang-undang Islam?…Tentulah
wajib jawabnya. ]

Kemudian Ali Abdul Razikh mengatakan lagi bahwasanya
sepanjang pengamatannya, yang menjadi punca binasanya
umat Islam ni kerana mereka terlibat dengan isu
khilafah ini.Yakni maksudnya, isu politik Islam inilah
yang memusnahkan umat Islam.Lalu bangkit para ulama
sekali lagi menyanggah pendapat Ali Abdul Razikh ini,
sehinggakan sebahagian besar dikalangan ulama itu
mengatakan kalau Ali Abdul Razikh tidak bertaubat
,maka dia kafir.
Tetapi Alhamdulillah, pada tahun 1951, di dalam
majalah ‘Risalayatul Islam’, Ali Abdul Razikh telah
menyatakan bahwa kalimat-kalimat yang disebutkannya
semasa membahaskan tentang Imam/politik Islam  suatu
masa dulu adalah kalimat syaitan yang dihantar melalui
lidahnya.
[ Nampaknya dia macam bertaubat.Dan kita sebagai orang
Islam, kita kena bersangka baik dengan kenyataan
terakhirnya itu. ]

     Setelah tuan-tuan faham sebab apa ulama-ulama
bangkit mempertahankan juga-juga isu khilafah ini,
maka tak pedulilah kita ni sapa, yang pentingnya kita
sebagai ASWJ hendaklah tanam dalam hati kita orang
Islam yakni wajib menegakkan sistem Islam. 
[ Tak kira lah lagu mana ka atau cara mana ka
tuan-tuan nak buat, tapi usahalah bagi sistem Islam ni
ada. ]

Tetapi kita sebagai ASWJ, janganlah mengelakkan diri
daripada beriktiqad bahwasanya kita orang Islam,wajib
menegakkan pemerintahan yang hendak melaksanakan
syariat ALLAH, dan kepimpinan itu diatas nama
Islam.Tapi mungkinkah kita nak buat Islam dengan
seorang diri?…Tak mungkin.Dan bila jawapan yang diberi
‘tak mungkin’, maka marilah kita bersatu-padu
beramai-ramai berhimpun supaya mewujudkan kekuatan
untuk membentuk kerajaan Islam.Jadi, sebagai orang
Islam, tuan-tuan mesti berusaha untuk membentuk
kerajaan Islam seperti yang difahami oleh ASWJ.Apa
cara tuan-tuan boleh buat, maka ikhtiarlah.Jangan
sampai tak buat langsung, jangan sampai tak beriktiqad
langsung, jangan tak percaya dan membantah tentang
kewajipan ini, dan jangan tidak bekerja untuknya yakni
untuk pembentukan kerajaan berlandaskan sistem
Islam.Bukan kata kita beriktiqad di tempat kita
sahaja, malah mesti beriktiqad wajib di seluruh dunia
dimana adanya orang Islam.Yang ni saja yang kita mau,
iaitu orang berhukum dengan syariat ALLAH SWT. 

Kemudian ustaz Asri cerita lagi perihal adanya pula
penulis-penulis di zaman mutakhir ini yang mengatakan
bahwasanya tidak boleh buatnya Islam pada zaman ini
kerana tidak ada satu pemimpin pun yang layak untuk
menjadi khalifah sepertimana yang disyaratkan oleh
para fuqaha` (i.e. lelaki,mukmin,berilmu,soleh,dll).
[ Menurut ustaz Asri pula; kalau tidak ada orang yang
berciri seperti yang disebut dalam Islam itu, ini
bukan bererti kita ‘berlepas tangan’ tak mau buat
Islam.Kerana waktu dulu semasa para fuqaha` tulis
berkenaan ciri-ciri ini, mereka mengharapkan Imam yang
bakal dilantik itu ‘mujtahid’.Yang kata ‘mujtahid’ ni
ialah orang yang berilmu sampai boleh buat kesimpulan
tentang hukum.Kalau tak dak orang macam ni; adakah tak
wajib kita melaksanakan Islam?…Ustaz Asri kata, “Kalau
tak dak, takpa.Pemimpin yang dilantik itu boleh
membentuk lajnah hukum atau majlis ulama umpamanya,
yang mana daripada mereka-mereka inilah terdapatnya
sumber-sumber rujukan.Yang pentingnya, sesuatu hukuman
yang dikeluarkan tidak menyalahi kitab/sunnah. ]

Contohnya; kalau air tak dak, apakah anta tak wajib
sembahyang ka?…Wajib juga kan,yakni dengan cara
bertayyammun.Begitu jugalah, kalau ada kecacatan
apabila nak bentuk negara Islam,yakni ada saja benda
yang tak sempurna, tapi ini bukan alasan untuk
menangguh pembentukan negara Islam.Kita buatlah
sekadar yang mampu.Bak kata pepatah Melayu, “Mau
seribu daya, tak mau kalau,dia bagi macam-macam
reason.”  

Sekarang kita nak cerita berkenaan orang yang nak
berjuang ke arah kewujudan negara Islam ni pula.Dimana
seluruh dunia Islam,mesti ada orang yang jenis berazam
untuk ke arah ini.Ada dikalangan mereka, dengan
perasaan insaf dan berjuang bersungguh-sungguh dengan
mengikut peraturan-peraturan yang berlandaskan cara
Islam, yakni dari segi ilmu dan kefahamannya, dari
segi usahanya dan dari segi keikhlasannya kepada ALLAH
SWT.Kita berharap agar mudah-mudahan mereka berjaya.
Tapi dengan tak kita nafikan juga, di dalam dunia
orang Islam zaman la ni (i.e. di
Mesir,Saudi,Jordan,dll), ada juga orang Islam berjuang
tanpa mengikut lunas-lunas ilmu.Contohnya; ada
setengah tempat di dunia orang Islam ini yang
terpengaruh dengan syiah di Iran.Maka mereka pun nak
buat negara revolusi  sepertimana Iran buat.Cara ini,
kita tak boleh terima sama sekali tuan-tuan kerana
kita ahlul sunnah yang tarak kena mengena dengan
syiah.Sila rujuk buku karangan Yusof al-Qardawi
bertajuk ‘Fiqhul Daulah’.Negara syiah Iran tak ada
kena mengena dengan kita kerana dia bukan model negara
Islam yang diidamkan oleh ahli sunnah.Dan asas mereka
pun,bukanlah asas kitab ahli sunnah.Mereka ada
pendirian-pendirian mereka sendiri.Ini termasuklah
juga kitab-kitab tafsiran dan cara depa sembahyang
yang agak asing daripada kita.Syiah tidak ada kena
mengena dengan kita kerana perbincangan kita adalah
mengikut kacamata ahli sunnah.
Berikutnya, ada juga dikalangan beberapa tanzim di
negara-negara Arab, yang apabila mereka nak wujudkan
suasana sistem seperti yang mereka kehendaki, mereka
tembak dan bunuh orang-orang Islam yang lain.Bilamana
hanya dengan 2-3 patah perkataan yang mengkritik
mereka, mereka sanggup tembak buang orang yang
mengkritik mereka itu diatas slogan menegakkan
kerajaan Islam.Jadi, kita pun tak bersama dengan
golongan-golongan seperti ini, yang membunuh orang
dengan sewenang-wenangnya.
   Oleh itu,apa yang kita nak bagitau ialah bahwa kita
ingin mewujudkan negara ahli sunnah dengan
batasan-batasan ilmu yang diajar oleh ulama-ulama ahli
sunnah.Seperti disiplin ilmunya, pengetahuannya,
akhlak ahli sunnahnya.Maka oleh kerana itu, kita akan
berjalan diatas landasan ini, samada lambat ataupun
cepat, sehinggakan kita dapat mewujudkan sepertimana
yang diwujudkan oleh para sahabah radiallahu anhum
ajmain.
     Lalu ustaz Asri menasihatkan bahwa apabila kita
berbicara bab ini, hendaklah dengan ilmu,
tuan-tuan.Kalau bukan dengan ilmu,maka kita akan
dihentam oleh musuh.Apa yang kita lihat sekarang,
Alhamdulillah, ramai orang ada semangat nak bercakap
tentang perkara ini.Tetapi kadang-kadang bila tidak
dibimbing oleh ilmu,maka kita tengok pada peribadi dia
tak berapa cantik dalam dia berbicara bab ini.Maka
dengan kerana itu, tuan-tuan hendaklah berbicara bab
ini dengan ilmiah dan dengan semangat yang ikhlas
terhadap cita-cita ini kerana ia sebahagian daripada
pegangan besar ASWJ.Inilah asasnya.
     Kesimpulannya; topik ini adalah terbit daripada
ASWJ.Sebab itu, bila tuan-tuan pi lah mana-mana tempat
pun, semua orang Islam hendakkan kerajaan Islam.Ini
bukanlah daripada hasutan sapa pun, kerana sebenarnya
asas terbitnya bab ini adalah daripada Ahlul Sunnah
Wal Jamaah itu sendiri.

Kemudian ustaz Asri buka pada soalan :
Soalan 1 : Adakah kita semua berdosa bila hukum hakam
syara` tidak dilaksanakan di atas mukabumi ini?
Jawapan : Diantara perkara besar di dalam aqidah ini,
iaitu kita mesti mengikrarkan hakimiyyah ini kepada
ALLAH.Yakni yang layak menetapkan hukum terbaik
hanyalah ALLAH.Lalu ustaz Asri bawa satu
contoh.Katakanlah saya letak satu keputusan A.Tapi
tuan-tuan berpendapat keputusan B lebih baik.Ini
bermakna tuan-tuan berpendapat pandangan saya kurang
tepat.Sekaligus menunjukkan yang ilmu saya dalam
perkara itu tidak berapa betul.Ok la ni, bila ALLAH
SWT kata dalam Quran, hukum Islam sekian-sekian, tapi
‘kita’ pula kata lagu lain.Ini bermakna dalam bentuk
tidak langsung bahwa ‘kita’ berpendapat yang hukum
ALLAH tak berapa tepat dan pengetahuanNya tak berapa
kena.Bukan lagu tu ka tuan-tuan?
Tetapi manusia ni, terbahagi kepada beberapa
kategori.Golongan pertama ni, kalau sekiranya dia
tidak berhukum dengan hukum ALLAH sepertimana yang
ditanya oleh Firkah `Ibadiyah daripada Bani Saddus
kepada Abi Mijlas,“Kalau seseorang itu tidak berhukum
dengan hukum ALLAH, tetapi dia tau yang dia berdosa
kerana tidak menepati apa yang ALLAH suruh.Maka orang
seperti ini dalam Islam, dia masih lagi Islam dan
tidak terkeluar lagi pun daripada Islam.Cumanya, dia
berdosa besar.”…Kes ini,samalah kalau kita katakan
tentang seorang yang tak puasa di bulan Ramadan,“Apa
hang nak jadi ni? Puasa pun hang tak mau!”…Lalu kata
orang tak posa tu,“Ish! Teruk betoi aku ni.Bila laaa
aku nak berubah,aku pun tak tau.”…Daripada
kenyataannya itu, kita tahu yang dia mengaku bersalah
di depan ALLAH dan dia tak komplen pun hukum hakam
ALLAH.Oleh itu, dia berdosa besar kerana meninggalkan
arahan ALLAH, tapi dia masih lagi orang Islam.
Tapi sekiranya dia mengeluarkan kenyataan
seperti,“Hang sapa nak tegur aku.Awat selama ni,aku
dok tengok hang tak untung apa pun bila hang
posa.Daripada kecik sampai besar,hang punya dok
posa,tapi dok lagu tuuu juga.”…Apa hukum bila dia kata
macam tu, yakni mempertikaikan ibadah puasa itu? Bila
dia mempertikaikan puasa, bermakna dia turut
mempertikaikan Tuan yang menurunkan arahan puasa iaitu
ALLAH SWT.Maka dia jatuh kufur.Ataupun kalau dia
kata,“Hang la yang wajib puasa, aku tak wajib.Pasai
hang dok rumah batu,aku dok rumah kayu.Pasai apa aku
nak puasa pulak.”…Lagu tu punya mai pun ada
tuan-tuan.Sedangkan ALLAH kata dia pun termasuk yang
wajib kalau dia tak ada alasan seperti musafir ka apa
ka.Maka dengan kenyataannya itu,terkeluarlah dia
daripada agama.Apatah lagi bila kita test dia,“Hang
mabuk ka? Hang paham ka apa yang hang kata? Hang tau
ka yang ALLAH kata dalam Quran bahwa puasa ni wajib?
Dan Nabi pun suruh?”…Lalu dia kata,“Aku tak mabuk
aih.Dan aku tau apa yang aku cakap.”…Kita tanya
lagi,“Awat dok kata lagu tu?”…Kalau dia kata,“Aku
punya suka la! Memang aku nak kata pun.”…Kalau macam
tu punya dok ada tuan-tuan, maka tak dak ayat dah
untuk ditafsir melainkan kaapirrrrrrr.(Minta
dilindungi ALLAH) 
Tapi sekiranya kita tanya,“Awat hang tak mau buat
hukum ALLAH?”…Kalau dia kata,“Eh,kalau buat juga, saya
rasa tak dak harapan nak naik dah la.Pasai depa nanti
tak bagi dah jawatan ni kat saya.”…Bunyi seperti
kepentingan ‘periok nasi’ saja.Kita tanya lagi,“Awat
hukum ALLAH tak sesuai ka?”…Lalu katanya,“Oooih! Mana
boleh kata tak sesuai.Ini hukum Tuhan.Saya tak berani
nak kata tak sesuai,aih!”…Dengan kenyataannya seperti
ini, maka dia berdosa besar dan wajib dipecat daripada
kepimpinan Islam.Tapi dia tak kafir kerana masih
mengakui akan kebenaran hukum ALLAH.
Tapi sekiranya kalau dia kata,“Awat, besaq sangat ka
hukum yang hangpa nak suruh aku buat tu?”…Lalu selepas
kita test dia macamana doktor test pesakit tu, yakni
selepas kita bagi dalil-dalil/hujah-hujah tapi dia
tolak juga dan didapati dia clear tak putus wire kat
mana pun, maka dia turut jatuh kufur.(Minta dilindungi
ALLAH)
Tapi kalau sekiranya dia kata,“Hangpa yang kata
wajib.Quran tak kata,aih!”…Hah, yang ni lain sikit,
kerana dia agak kesamaran.Oleh itu, kita kena perjelas
balik kat dia.
   Kesimpulannya; kalau orang itu tidak berhukum
dengan hukum ALLAH, malah dihinanya hukum ALLAH
sedangkan dia dalam keadaan sedar; maka dia terkeluar
daripada agama Islam.Tapi kalau dia tak hina agama
ALLAH,maka dia tidak terkeluar daripada agama.Dia
jatuh berdosa besar.Sebahagian ulama kata bahwa orang
jenis ini adalah kufur yang kufur tapi tak terkeluar
daripada agama.Ini adalah pendapat datang daripada Ibn
Abbas r.a.
Namun begitu, yang penting ialah hukum Islam wajib
dilaksanakan.Dan kita sebagai orang Islam,mestilah
bercita-cita ke arah itu.Tapi kalau kita hanya
menyokong saja, balik rumah asyik tidoq saja, tak mau
buat kerja ke arah negara Islam, pun tak boleh nak
kira juga.Oleh itu, semua orang Islam kena berjuang
untuk mewujudkan undang-undang, pentadbiran dan
pemerintah khalifah Islam.

Soalan 2 : Ciri-ciri lagu mana kah yang boleh
dipanggil ASWJ?
Jawapan : Nak jadi ahli kepada as-Sunnah wal Jamaah,
dia tak payah isi borang apa pun.Yang kata as-Sunnah
ni, sunnah sapa?…Sunnah Rasulullah s.a.w.,kan.Yang
kata Jamaah tu, jamaah sapa?…Jamaah para sahabah
radiallahu anhum.Maka dengan itu, ahli sunnah ialah
orang yang berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w..Dia
mungkin daripada mazhab as-Syafi`e, mungkin dia
daripada mazhab Hanafi, mungkin dia daripada mazhab
Maliki, mungkin dia daripada mazhab Hambali, mungkin
dia daripada mazhab Zohiri dan mungkin juga dia
daripada mazhab as-Sauri.Sebenarnya dalam Islam,
banyak lagi mazhab-mazhab.Tapi yang masyhurnya
hanyalah 4.Contohnya; Ibn Hazzim, dia ahli sunnah tapi
dia bukan daripada mazhab yang 4 ni, dia mazhab
Zohiri.Yang sebenarnya, kebanyakan ulama-ulama besar,
depa bukan ada mazhab.Contohnya, Yusof al-Qardawi,
mazhab dia ialah kitab/sunnah.Ulama-ulama besar tidak
perlu pada mazhab kerana mereka dapat menguasai semua
ilmu.Tapi bagi kita orang awam ni, jangan dok berlagak
pula kata tak payah ada mazhab, pasai bukan ada ilmu
pun kita ni.Namun demikian, di atas tawadduknya
mereka, sebahagian para ulama kekal dalam mazhab
masing-masing.Contohnya; Ibn Taimiyyah,dia kekal dalam
mazhab Hambali.Imam Nawawi kekal dengan Syafi`e.Tak
dak masalah apa pun.
Tapi yang nak ikut mazhab, dia mau clear apa yang
mazhab sebut, seperti dalil-dalilnya.Dan yang tidak
mengikut mazhab pula, lagilah dia mesti menguasai ilmu
yakni Quran/sunnah.Orang yang berpegang pada
Quran/sunnah, dia ialah ahli sunnah.Tapi jangan pula
pi beriktiqad dengan iktiqad khawarij, muktazilah atau
murji`i kerana ini semua terkeluar daripada ahli
sunnah.
Bila kita sebut mazhab, ia membabitkan Fekah.Bila kita
menyebut kumpulan ahli sunnah, ia dipanggil
Fira`,yakni jenis puak yang di dalamnya ada Syafi`i,
Maliki, Hambali dan berbagai-bagai lagi mazhab.Yang
pentingnya mereka jangan lari daripada
kitab/sunnah.Kalau lari juga, maka mereka bukan
dikalangan ahli sunnah.Ini termasuklah juga yang tidak
beriktiqad untuk mewujudkan negara Islam, pun mereka
juga bukan ahli sunnah.Sekali pun dia kata,“Ini bukti
saya ahli sunnah kerana ada cop daripada pejabat
agama.”…Inipun tak boleh pakai, kerana ASWJ bukan
jenis isi borang; dia jenis beriktiqad.
Tapi misal kata, ada seorang yang kuat mazhab Syafi`i
nya; bila kita habaq kat dia, hadis kata lagu ni lagu
ni; tapi dia menafikannya kerana dia nak pakai yang
tok syeikh mazhab dia punya juga,walhal yang dari
mazhab itu bukan daripada sunnah umpamanya.Adakah dia
terkeluar daripada ahli sunnah?…Jawabnya, terkeluar
lah tuan-tuan, kerana dia bukan kaedah asal ikut
mazhab, tapi dia kena ikut Quran/sunnah.Yang ni kena
clear tuan-tuan.Sebab itu, bila orang hujah kita
dengan nas/hadis, maka kita kena beri perhatian awal
kepada sunnah dan kemudian baru refer apa mazhab
kata.Fungsinya mazhab hanyalah membantu sebagai
penghurai sahaja.

Soalan 3 : Yang dalam negara kita la ni yang tidak
berhukum dengan hukum ALLAH; apakah dengan hukum
mengkompaun kepada penzina misalnya oleh mahkamah yang
dikatakan ‘mahkamah syariah’ itu boleh menggugurkan
dosa penzina itu di akhirat kelak?
Jawapan : Penzina yang dihukum dengan RM3000/-, tidak
terlepas daripada had (hudud) yang disebut dalam
hadis.Sekiranya penzina itu dijatuhkan hukum had
keatasnya, dan dia pula redha atas hukuman sebat
keatasnya misal kata, maka segala dosanya
terampun.Tetapi sekiranya kalau dia tidak puashati
dengan Tuhan yang menurunkan hukum had keatasnya, ada
ulama kata bahwa dikhuatiri tidak diampun dosanya.Yang
kena bayar dendsa RM3000/- pula, tidak terlepas
daripada undang-undang akhirat kerana dosa tu tak
terampun dengan bayar RM3000/-.Tetapi kalau dia
menyesal akan perbuatannya, dan dia nak clear juga
dosanya dengan ALLAH, maka dia kena bertaubat.
Bolehkah ‘mahkamah syariah’ di negara kita ini la ni
dipanggil ‘mahkamah syariah’?…Kita bimbang sepertimana
firman ALLAH yang bermaksud,“Celakalah orang yang
tulis kitab dengan tangan mereka, dan kemudian
menyatakan ini daripada ALLAH.Celakalah apa yang
mereka tulis dan celakalah apa yang mereka
kerjakan.”…Ini ALLAH sebut kepada orang yahudi, tapi
la ni kita pula amalkannya.(Minta dilindungi ALLAH).

WALLAHU`ALAM.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke