Bush mengesahkan perang sudah bermula keatas Iraq
بوش يؤكد بدء الحرب على العراق


Al-Jazeera.Net - 20-03-2003, waktu Mekah 07:24, waktu GMT 04:24

[Presiden George Bush mengumumkan bermulanya perang keatas Iraq]

Presiden Amerika, George Bush telah mengumumkan bahawa operasi ketenteraan keatas Iraq sudah bermula subuh pagi tadi satu setengah jam tamat tempoh yang diberikan kepada Sadam Hussien untuk turun takta dan keluar dari negaranya.

Bush didalam ucapannya yang disiarkan secara langsung mengatakan bahawa serangan Amerika keatas Baghdad merupakan tahap pertama bermulanya operasi mengeluarkan/menarik senjata-senjata yang bukan tradisional Iraq. Dan tambah beliau bahawa beliau dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan bernulanya operasi dengan menyerang sasaran-sasaran yang dikenal pasti didalam tahap pertama melumpuhkan keupayaan combat Presiden Iraq.

Presiden Amerika itu mengatakan bahawa :

إن حرب العراق قد تكون أطول وأصعب مما توقع البعض، وأشار إلى أن 75 دولة تساند الحرب الأميركية على العراق وأن كل دولة اختارت مهمة لها في هذه الحملة. وأكد سعي بلاده لتفادي وقوع خسائر بين المدنيين قدر الإمكان.

"peperangan di Iraq mungkin lebih panjang dan sukar dari apa yang dijangkakan, dan lebih 75 buah negara telah menyokong perang Amerika keatas Iraq dan setiap negara membuat pilihan yang penting didalam kempen ini. Beliau mengesahkan bahawa negaranya cuba mengelak kehilangan nyawa dari kalangan orang awam sebanyak yang mungkin."

Koresponden Al-Jazeera di Washington mengatakan bahawa ucapan Bush sangatlah ringkas, tidak melebihi 4 minit, dan beliau telah cuba mengelak bertanggung-jawab serangan yang dilancarkan melibatkan keadaan orang awam dengan cara menyalahkan Presiden Iraq menggantikan askar-askar dengan orang-orang awam.

Jurucakap Rumah Putih, Ari Fleischer mengumumkan bahawa telah bermula operasi ketenteraan "menarik keluar senjata-senjata Iraq"(لنزع أسلحة العراق).

Jurucakap tentera British mengatakan bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa arahan melakukan serangan darat British-Amerika di Iraq.

Pengeboman Baghdad


[Gambar kapal terbang pengebom Amerika melintasi langit Selatan Iraq]

Setelah satu setengah jam berakhirnya tempoh Bush mengarahkan Presiden Iraq Sadam Hussein meninggalkan Iraq, beberapa letupan yang dasyat telah kedengaran di bandar Baghdad.

Koresponden Al-Jazeera telah mendengar bunyi letupan yang kuat di Baghdad pada subuh hari Khamis, dimana beberapa kapal terbang telah melintasi ruang udara ibu negara Iraq dan kedengaran letupan berlaku,. Siren amaran perang telah kedengaran dan kedengaran bunyi meriam-meriam anti-kapal terbang.

Asap hitam kelihatan keluar dari tempat-tempat sasaran yang kedengaran meletup 3 atau 4 kali. Kemudian dikejutkan dengan beberapa letupan ditengah-tengah bandar. Diikuti dengar serangan pertama dan beberapa serangan lain yang tidak putus-putus.

Sasaran kepada kepimpinan Iraq

Sumber kerajaan Amerika berkata bahawa serangan yang dilancarkan di Baghdad pada awal pagi Khamis waktu tempatan adalah disasarkan kepada tempat-tempat kepimpinan Iraq yang telah dikenal pasti oleh agen-agen perisikan Amerika.

Sumber itu menjelaskan mengenai identiti sasaran iaitu :

لدى المخابرات الأميركية معلومات تشير إلى أهداف تعد فرصة ثمينة. قد تتضمن عناصر من القيادة العراقية

"Pihak Perisikan Amerika mempunyai maklumat yang menunjukkan sasaran yg dituju itu merupakan peluang yang terbaik. Ia termasuklah unsur-unsur[tempat-tempat] dari kepimpinan Iraq"

Koresponden Al-Jazeera mengatakan bahawa pihak resmi Pentagon menyatakan 40 peluru berpandu telah dilancarkan keatas sasaran yang nyatakan diatas bagi membunuh beberapa pemimpin Iraq dan diantaranya dipercayai ialah Sadam Hussein.

sumber : http://www.al-jazeera.net/news/arabic/2003/3/3-20-6.htm

=========

Berita ANN : Sila klik : http://ann.al-ahkam.com.my/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=35&mode=thread&order=0&thold=0

-wassalam-

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2003

==========
wassalam

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2003



Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!

Kirim email ke