*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERAJAAN HARAP PAS TAK HALALKAN KEGIATAN
      AL-MA'UNAH



      PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir
      Mohamad berharap PAS dan pihak lain tidak akan cuba
      menghalalkan perbuatan kejam dan penyelewangan yang dilakukan
      oleh kumpulan Al-Ma'unah "atas alasan apa sekalipun".

      Perdana Menteri berkata bahawa seluruh rakyat mengecam
      perbuatan kumpulan itu yang telah menyeksa dan membunuh
      dengan kejam dua orang anggota pasukan keselamatan.

      "Bagaimanapun kerajaan percaya akan terdapat usaha di kalangan
      pihak tertentu terutamanya PAS yang akan cuba menghalalkan
      perbuatan kejam kumpulan itu atas alasan mereka cuba
      menegakkan sebuah negara Islam," katanya pada persidangan
      media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno
      di kediamannya di sini.

      Dr Mahathir berkata kerajaan menjangka PAS akan cuba
      menghalalkan kumpulan itu sepertimana ia menghalalkan
      pembunuhan empat orang polis dalam peristiwa Memali dahulu.

      Katanya ada antara pemimpin kumpulan itu merupakan anggota
      badan amal PAS dan sebab itulah parti itu akan berusaha
      mempertahankan kumpulan Al-Ma'unah.

      Dr Mahathir berkata akan ada pendapat untuk menghalalkan
      kegiatan Al-Ma'unah dengan alasan kumpulan itu kecewa kerana
      kerajaan tidak melaksanakan hukum Islam seperti hukum hudud
      dan kerajaan membenarkan arak dijual di Malaysia.

      Perdana Menteri berkata itulah pendapat yang akan disuarakan
      oleh kumpulan yang bersimpati dengan kumpulan Al-Mu'unah
      kerana mereka mempunyai matlamat yang sama kononnya
      memperjuangkan sebuah negara Islam.

      "Mereka mungkin tak setuju dengan cara kumpulan Al-Ma'unah
      bertindak tetapi mereka akan menyarankan rakyat supaya faham
      mengapa kumpulan Al-Ma'unah berbuat demikian," katanya.

      Dr Mahathir berkata kerajaan akan memberi penjelasan kepada
      rakyat mengenai kumpulan itu bagi menentukan tidak akan ada
      pula pihak yang akan bersimpati dengan kumpulan pengganas itu.
      -- BERNAMA
         


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke