*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
text="#000000" bgcolor="#FFFFFF" link="#000099" vlink="#CC33CC" alink="#FF0000" 
background="background.jpg">   
 
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (434) 
Alat Semboyan British Yang Ketinggalan Zaman 
(Army radios are utterly useless, says UK officer)
Oleh: Ken Sengupta 3 November 2001.

http://e-umno.tripod.com/mar_tag434.html

------------------------------------------------------------------------
Angkatan tentera British telah membuat aduan betapa mereka mengahadapi masalah besar 
untuk berkomunikasi sepanjag latihan tentera di Oman, yang dianggap sebagai satu 
latihan raptai untuk serangan darat Perang Afghanistan. 
  
Seorang pegawai mendakwa sekitar 85 unit radio dalam keretakebal dan kereta perisai 
tidak befungsi sepanjang Exercise Saif Sareea II, membuatkan sistem komunikasi itu 
tidak layak digunakan untuk pertempuran. 
  
Major Charles Heyman, seorang penganalis ketenteraan yang merupakan editor Jane’s 
World Armies, menyebut kadar kegagalan itu sebagai “begitu tinggi dan amat 
menakjubkan”. 
  
Mejor Heyman berkata, walaupun serangan darat di Afghanistn berkemungkinan tidak 
memerlukan pasukan kereta kebal, kempen itu berkemungkinan memerlukan penggembelingan 
kereakebal secara besar-besaran apabila berakhirnya musim sejuk. 
  
Kelengkapan radio yang telah digunakan sejak 1960-an dulu, memang patut digantikan 
dengan set Bowan yang bersifat hi-tech, tetapi mengikut Major Heyman, penggantian itu 
sengaja ditangguhkan sehingga akhir tahun depan kerana kerajaan mahu membuat beberapa 
penilitian lagi. (Alahai... kerajaan British pun sedar keretekebal yang masuk 
Afghanistan tidak akan pulang semula seperti kelengkapan Russia dulu...-penterjemah) 
  
Semalam pegawai di kementerian pertahanan membuat pengakuan bahawa sistem komunikasi 
yang baru akan disediakan seandainya operasi darat di Afghanistan bermula. 
  
Sisem Bowman memerlukan 12 tahun untuk dimajukan dengan belanja sekitar 330 juta pound 
sterling, demikian laporan National Audit Office. Sumber pertahanan itu menyebut, 
bahawa kalau pasukan Afghanistan itu dibekalkan kelengkapan itu, bererti pasukan di 
tempat lain akan dinafikan peluang menggunannya. 
  
Seorang pegawai menyebutnya semalam, “Kalulah kita berperang hari ini, kita tidak 
mampu bertahan. Radio yang ada memang tidak berguna. Kadar kepupusan sungguh 
mengejutkan membabitkan 85 unit radio. Kalaualah saya perlu beroperasi dengan 
keretakebal selama seminggu, saya perlu sekurang-kurangnya tiga hingga empat set radio 
dan mungkin jua 10 set untuk meyakinkan diri. 
  
“Radio yang baru itu hanya akan siap satu tahun lagi. Kalaulah kita terpaksa berperang 
tahun ini ataupun tahun depan, tentu banyak masalah yang serius. Memanglah kami akan 
menerima bantuan, tetapi ini bererti terpaksa mengambil set yang lain daripada 
bahagian ketenteraan yang lain.” 
  
Semua radio itu dikatakan boleh berfungsi di barat, tetapi mula meragam apabila kena 
hembusan angin berpasir di Oman. 
  
Set radio buatan Clansman memang digunakan di keretakebal jenis Challenger 2, kereta 
pengangkut APC Warrior, Landrover dan trak CVRT. Hampir semua radio dalam Challengers 
sudah pun jahanam, mengikut laporan pegawai yang turut serta dalam latihan operasi 
itu.  
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke