*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BARISAN BERTINDAK MELAYU  (BBM)  DISEBALIK PARTI 
MELAYU SEMANGAT S 46-MAHATHIR MAKIN DITEKAN PAK LAH
   
   
Oleh : WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI(WRLR)
   
Kuala Lumpur 30  Januari 2001- Laporan saya dua hari lepas melalui sumber-sumber 
dalaman mendapati bahawa wujudnya perjumpaan sulit dimana ianya di dalangi Pak Lah 
untuk menjatuhkan Mahathir. Perjumpaan yang diadakan disebuah rumah persendirian  kini 
diadakan di Kuala Lumpur. Ianya turut dihadiri Oleh Ibrahim Ali, Rahim Thambi Chik, 
Mazlan Harun, dan beberapa lagi teman-teman rapat Semangat 46,walaubagaimana pun bekas 
Presiden Tengku Razaligh tidak terut serta. Ianya mungkin menyediakan sumber kewangan  
dan berperanan dari jauh sebagai “mastermaind”. Sebagaimana yang diketahui  , selain  
beberapa jutawan dan Tengku Razaligh serta  Daim  sendiri yang menyediakan sumber  
kewangan dalam usaha menjatuhkan Sdr Anwar, kini ia mungkin akan terjadi kepada 
Mahathir.

   
  Perhimpunan pada 4 Feb 2001 anjuran Ibrahim Ali dengan penubuhan BBM telah
  dicanangkan sejak isu Suqui bermula, kini ianya didalangi oleh kebanyakkan ahli  S
  46.Ibrahim Ali yang merupakan gurkha semasa kempen menjatuhkan Anwar kini telah
  diketepikan dari arena  politik tempatan. Ibrahim Ali dengan panggilan yang menjadi 
terkenal
  dengan panggilan “Ibrahim Katak” “Al –Kataki” merupakan seorang  ahli politik yang
  sering berubah pendiriannya kepada pihak yang dianggap menguntungkan diri sendiri.Ia 
kini
  telah diketepikan oleh kebinet Mahathir Mohammad.
   
  Bagi Mahathir sendiri sejak menyingkirkan 3 timbalannya, sering mengeluarkan dan 
melantik
  menteri-menteri secara lantikan tidak normal. Beliau melantik menteri-menterinya 
melalui 
  lantikan sebagai Senator. Dengan cara yang demikian., menteri-menteri yang 
dilantiknya
  akan mengikut telunjuknya.
   
  Selain itu dipercayai juga isu Penyatuan Melayu dimainkan bagi mendesak Mahathir
  meletakkan jawatannya.Ini adalah kerana isu Melayu walaupun tidak menjadi sebarang
  masalah serius yang perlu dibincangkan melainkan ianya berkaitan dengan agama, 
politik,
  ekonomi dan sosio budaya, ianya sebenarnya mendesak Mahathir supaya mengundurkan
  diri.Bagi Barisan alternatif yang cepat menerangkan  kepada penyokongnya dianggap 
tepat
  dan difahami, usaha UMNO sebenarnya dilihat sebagai bagi mendesak Mahathir meletakkan
  jawatannya.
   
  Pak Lah menyedari bahawa jika beliau terlalu optimis akan dilantik menjadi Perdana
  Menteri,  telah mengambil langkah-langkah yang lebih kehadapan bagi menjatuhkan
  Mahathir. Ini adalah kerana kebimbangan beliau bahawa jika ianya akan menerima nasib
  seperti 3 timbalan Perdana Menteri sebelum ini. Masalah yang lebih besar ialah 
terpaksa
  mengendalikan kes Sdr Anwar Ibrahim. Menyedari bahawa isu Anwar adalah isu utama,
  maka kini Pak Lah dijangka akan menggerakkan ahli-ahli bekas Semangat 46 bagi
  menjatuhkan Mahathir dalam kempen peringkat bahagian pada bulan Mac nanti. Usaha ini
  sebenarnya adalah mesej jelas kepada Mahathir bahawa beliau sedang menggerakkan
  jentera dan pengaruhnya. Mahathir makin tertekan.

_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari 
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to