Salamun'alaikum~

Habis tunggang langgang dunia ni di porak perandakan oleh media massa kini. Sekejap timur sekejap barat, sekejap ye sekejap tidak, apa ni ? Budaya apa agaknya wartawan dan wartawanita kita gunapakai sekarang ni sebagai contoh isu mengenai Bahasa Inggeris (BI) dalam Sains dan Matematik, tentang pendirian kaum cina serta pemimpin mereka mengenai isu ni. Sekejap kata setuju dengan Kementerian Pendidikan sekejap nak buat perbincangan 13 Parti Komponen BN, dah selesai ke belum ? Konflik dan kronik juge bab BI ni ye ? Yang melayu UMNO entah kemana hilang kejantanannya dalam menyatakan pendirian mereka samada untuk terus angguk dengan kementerian atau menggeleng dibelakang tabir atau akan terus menggeleng dibelakang hari kelak.

Dalam isu BI ni aku setuju dalam tak setuju. Aku setuju kerana inilah satu-satunya inisiatif berani kerajaan BN mencabar kedudukan dan reputasi kaum cina di Malaya ni. Mengajak kaum cina membentuk satu bangsa baru bagi menyahut cabaran globalisasi, kononnya, kearah pembentukkan satu bangsa - Bangsa Malaysia. Tolak tepi budaya dan etika hidup serta berkongsi formula-formula kejayaan kaum cina bersama kaum lain di Malaysia ni kearah negara maju 2020 nanti. Baguss, tahniah kerajaan BN !

Aku tak setuju pula andainya BI dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Sepatutnya, bahasa pengantar yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan latarbelakang bangsa yang menggunakan bahasa tersebut. Bangsa manakah yang termaju dalam bidang Sains ? Aku rasa dalam Malaysia ni, bangsa Inggeris cukup maju kerana banyak ciptaan-ciptaan terkini yang sofistikated dipelopori oleh bangsa kulit kuning tu. Jadi, BI hanya sesuai untuk matapelajaran Sains sahaja. Bangsa Malaysia pun canggih juga otak sains mereka, tu yang banyak putus anggota mencipta 'bom' bila tiba musim raya, cuka getah dalam plastik dan yang terkini roda monorel tanpa skru !!

Matematik pula kita serahkan kepada bangsa cina, sebab putarbelit mereka dalam bidang ilmu hisab ni cukup handal. Bayangkan hanya dengan menggunakan sempoa saja, komputer canggih dapat dikalahkan !! Bukan macam satu bangsa lagi tu, bagi amanah, bagi duit, suruh jaga duit, hilang memanjang.. tak reti-reti kira agaknya ! Jadi, matematik haruslah diajar dalam bahasa mandarin atau kantonis.

Untuk subjek pendidikan jasmani pula, aku mencadangkan agar Bahasa kebangsaan Brazil dijadikan bahasa pengantar serta segala dasar pendidikan jasmani di ceduk 100 % dari negara latin Amerika tu. Mana tau, satu hari nanti, Piala Dunia tersergam berdiri di kemuncak KLCC, tak la nampak sia-sia bangunan tinggi tu ye tak ?

Bagi mata pelajaran Geografi pula kita serahkan kepada kaum peribumi. Err.. mana-mana pun tak per, orang asli ke orang penan ke, Iban ke, Dayak Darat ke, asalkan mereka bersetuju menubuhkan satu resolusi perjanjian damai menggunakan lingua franca peribumi. Bahasa mereka dipilih sebab merekalah antara manusia yang begitu dekat dengan alam semula jadi, cukup mahir dalam selok belok muka bumi ni. Tak la macam bangsa yang ada di Putrajaya tu sekarang, kerja kat opis, pong pang pong pang dalam mesyuarat, tak ambik kisah dengan alam semula jadi, poket tu mesti mau penuh macam semula jadi sudah !!

Dan untuk mana-mana mata pelajaran berkaitan dengan ilmu akhirat, bahasa pengantar yang sesuai ialah dalam bahasa tamil. Sebab apa ? Sebab budaya terkini umat Islam ala bangsa UMNO sering memutarbelitkan hukum-hukam yang telah sedia terang dan jelas. Bukankah Tok Sammy juga berbahasa tamil ketika di Lunas tempohari ? Belit sana belit sini, batang hidung pun tak nampak sampai sekarang ni. Jadi, biar ilmu akhirat disampaikan dalam bahasa tamil, mana tau kot-kot guru tamil tertarik dengan Islam, makin bertambah ramai geng mamak di Malaysia ni, suka Mahathir !

Apa pun, semuanya ini adalah cadangan aku saja. Kalau difikirkan sesuai, laksanakan secepat mungkin. Kalau nak laksana BI saja, nanti marah pulak bangsa lain, kenapa kerajaan tak nak guna bahasa mereka dalam dasar kerajaan. Lagipun, alang-alang dah nak mengajar biar sampai tak faham langsung. Biar bodoh semua rakyat Malaysia ni, senang sikit nak leburkan duit rakyat !

Biar mati rakyat, jangan hilang pangkat ! Ptuiihh !

Sekian~



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke