*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

En. Ibrahim, En Nasir, En Hasbulah Dan EN Faizol, serta para netter …

Perbualan kita melalui telefon berkaitan perkara diatas adalah dirujuk. 
Sehubungan dengan itu disertakan slip cadangan Skim Bantuan Khairat 
Al-Ta'awun beserta keterangan lanjut berkaitan skim ini untuk tindakan tuan 
selanjutnya.

(Sila isikan slip cadangan tersebut dan reply kepada email kami 
[EMAIL PROTECTED])
(Borang rasmi akan diisi oleh saya berpandukan butiran yang tuan berikan)


A ) Maklumat Peserta

(1) Nama :
(2) Alamat :
(3) No. Tel (R) :
(4) No. Tel (P)
(5) No. Tel (H/P)
(6) No. Kad Pengenalan Baru :
(7) No. Kad Pengenalan Lama :
(8) Tarikh Lahir :
(9) Taraf Perkahwinan :
(10) Jenis Pekerjaan :
(11) Nama Dan Alamat Majikan :

B ) Jenis Permohonan (sila nyatakan pilihan anda)
 Plan Keluarga Dan Perlantikan Agen (RM 50.00)
 Plan Individu Dan Perlantikan Agen (RM 37.00)
 Plan Keluarga (RM 25.00)
 Plan Individu (RM 12.00)

C ) Maklumat Waris
(1) Nama :
(2) No. Tel :
(3) Hubungan Dengan Peserta :
(4) Alamat :

D) Maklumat Keluarga (Diisi Bagi Permohonan Plan Keluarga Sahaja)

a) Maklumat Isteri
 Nama :
 No. Kad Pengenalan  :
 Tarikh Lahir :
b) Maklumat anak 1
 Nama :
 No. Kad Pengenalan  :
 Tarikh Lahir :
c) Maklumat anak 2
 Nama :
 No. Kad Pengenalan  :
 Tarikh Lahir :
d) Maklumat anak 3
 Nama :
 No. Kad Pengenalan  :
 Tarikh Lahir :
e) Maklumat anak 4
 Nama :
 No. Kad Pengenalan  :
 Tarikh Lahir :




Ruj. Kami : IWG/Hizbe/Risalah


Assalamualaikum w.b.k.t

Tuan,


Per : Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun - Perlantikan Agen Dan Pengambilan 
Keahlian Baru
Bersama-sama ini disertakan keterangan lengkap berkaitan Skim berkenaan.

2. Objektif utama program ini adalah bagi meringankan beban ahli keluarga 
ketika berlaku kematian disamping memupuk suasana tolong menolong dan bantu 
membantu dikalangan umat Islam. Peserta juga secara tidak langsung terlibat 
dan menyumbang kedalam aktiviti-aktiviti amal jariah yang ditaja oleh 
syarikat kepada badan-badan kebajikan khususnya aktiviti yang memberikan 
kebaikan dan manfaat kepada umat Islam di Malaysia.

3. Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun ini merupakan suatu sistem khairat moden 
dan diuruskan secara profesional. Ianya bukanya suatu skim insuran atau plan 
takaful, oleh yang demikian skop bantuan khairat adalah lebih luas dan 
perlaksanaan skim ini lebih menitik beratkan nilai nilai kemasyarakatan 
dimana ianya boleh disertai oleh semua umat Islam tanpa mengira had umur 
malah proses penyertaan dan proses tuntutan juga telah dipermudahkan. Skim 
ini mendapat sokongan daripada Bank Negara, Majlis Syariah dan sokongan 
peribadi daripada Mufti Negeri Perak, Dato’ Hj Harussani Hj Zakaria.

4. Bagi meluaskan dan menyebarkan skim ini, pihak syarikat telah 
memperkenalkan Sistem Agensi Dan Penajaan dimana setiap peserta dijemput 
untuk menjadi agen kepada syarikat untuk memperkenalkan skim ini kepada 
kenalan mereka yang lain. Melalui sistem ini, secara tidak langsung 
memberikan peluang perniagaan yang halal kepada mereka.

Akhir kata, mungkin sudah sampai masanya pihak tuan perlu menimbangkan 
aktiviti-aktiviti muamalah dan kebajikan seperti Skim Bantuan Khairat 
Al-Ta’awun ini untuk diterapkan kedalam organisasi dan diri  tuan. Amalan 
yang murni ini, disamping memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan 
mengeratkan ikatan ukhwah Islamiah, ianya juga dapat mempelbagaikan sumber 
kewangan tuan.

Maklumat ini merupakan maklumat awal bagi pihak tuan. Sekiranya tuan 
mempunyai sebarang kemyuskilan, sila hubungi pihak penganjur Internet Work 
Group. Semoga dengan peglibatan daripada pihak tuan akan mendapat manfaat 
kepada kedua belah pihak serta diberkati Allah-insyaalah.



Sekian Wassalam





SHAMSUDIN BIN ZAKARIA
Pengajur, Internet Work Group
No. 5 Jalan Pinang
Kampong Melayu Ampang
68000 Ampang
Selangor Darulehsan.
Tel. No. : 03-4572195 @ 013-3321980

Internet Work Group – Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun


KANDUNGAN

 Muqadimah
 Profile Syarikat
 Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun
 Pengenalan
 Majlis Pengawasan Syariah
 Matlamat
 Objektif
 Aktiviti Amal Jariah
 Kategori Penyertaan
 Plan Individu
 Plan Keluarga
 Ciri-ciri Plan
 Proses Penyertaan
 Proses Tuntutan
 Perlantikan Agen
 Kategori Agen
 Kadar Komisen
 Internet Work Group


 MUQADIMAH

Assalamualaikum w.b.k.t
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bersyukur kita 
kehadratNYA kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyempurnakan 
risalah seperti ini. Semoga ianya mendapat manfaat kepada semua pihak serta 
diberkati Allah s.w.t-insyaalah.

Seacara lazimnya tiada insan didunia ini boleh terlepas daripada menghadapi 
risiko didalam kehidupanya melainkan kudrat dan iradat Allah s.w.t. Manusia 
dan harta adalah sentiasa terdedah kepada malapetaka yang disebabkan oleh 
berbagai jenis bencana yang mengakibatkan kerugian, kelenyapan nilai atau 
mungkin kematian seseorang yang dikasihi. Oleh yang demikian seseorang itu 
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. Lebih daripada 
itu, kita dituntut untuk berikhtiar samada secara individu ataupun 
berkumpulan untuk mengusahakan manfaat yang halal  supaya beban risiko yang 
akan menimpa dapat dihadapi dengan berkesan.

“Bertolong tolonglah sesama kamu didalam kebaikan dan
jangan bertolong tolong didalam kejahatan dan permusuhan”
Al-Maidah : ayat 2

Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun adalah suatu kaedah yang tepat untuk 
mencapai maksud tersebut. Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun telah dirancang 
dan direncanakan khas bukan sahaja untuk menepati keperluan fardhu kifayah, 
malah ianya juga merupakan suatu sistem khairat yang moden dan profesional 
serta  menurut hukum syarak yang diluluskan dan disemak oleh Majlis 
Pengawasan Syariah dan mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia. 
Penyertaanya khusus kepada umat Islam sahaja tanpa mengira had umur dan 
bantuan khairat menyeluruh dan meliputi semua jenis kematian.

Melalui Sistem Agensi Dan Penajaan, penglibatan peserta sebagai agen adalah 
sebagai pemangkin dalam usaha untuk memberikan maklumat ini disampaikan dan 
disebarkan bagi faedah dan manfaat kepada semua umat Islam di Malaysia.

Kami merasakan Sistem Agensi Dan Penajaan ini adalah pilihan yang terbaik 
bagi menyebarkan Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun ini memandangkan sistem 
yang seumpama ini sememangnya memberikan peluang perniagaan dan skop 
pemasaran yang luas. Selain daripada plan pemasaran dan stuktur komisen yang 
menarik, produk dan perkhidmatan juga merupakan faktor yang penting. Skim 
Bantuan Khairat Al-Ta'awun ini merupakan suatu perkhidmatan yang tidak ada 
saingan dengan mana-mana syarikat (kecuali Skim Takaful Khairat Kematian), 
walaubagaimanapun, dalam banyak hal skim ini lebih baik daripada skim 
khairat yang lain. Ini termasuklah penyertaanya terbuka kepada semua umat 
Islam tanpa mengira had umur serta kematian disebabkan HIV, lumba haram dan 
sebagainya yang lazimnya tidak dilindungi oleh mana-mana sistem insuran 
tetapi dilindungi oleh skim ini.

Akhir kata, mungkin sudah sampai masanya pihak tuan perlu menimbangkan 
aktiviti-aktiviti muamalah dan kebajikan seperti Skim Bantuan Khairat 
Al-Ta’awun ini untuk diterapkan kedalam organisasi dan diri tuan. Amalan 
yang murni ini, disamping memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan 
mengeratkan ikatan ukhwah Islamiah, ianya juga dapat mempelbagaikan sumber 
kewangan tuan.



WASSALAM




Shamsudin Bin Zakaria
Penganjur, Internet Work Group



 PROFILE SYARIKAT

Nama Syarikat   :       Inaspro Risk Consultants Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran :       484447-T

Tarikh Pendaftaran      :       26 Hb. Mei 1999

Pengarah Urusan :       En. Roslan Bin Harun

Peguam Syarikat :       Zabidi & Co.
                                Advocate & Solicitors
                                Block C-2-13, Level 4
                                No. 85 Jln. Loke Yew
                                55200 Kuala Lumpur

Setiausaha Syarikat     :       MKI Corporate Consultans (M) Sdn. Bhd.
                                46C Jln. Petaling Utama 9
                                7-1/2 Miles Old Klang Road
                                46100 Petaling Jaya

Modal Berbayar  :       RM 25,000.00 Setiap Cawangan.

Modal Dibenarkan        :       RM 100,000.00 Setiap Cawangan.

Pemegang Syer   :       En. Roslan Bin Harun    75%
                                En. Muhammad Bin Shafie 25%

Teras Perniagaan        :       Perkhidmatan Khairat Kematian.

Misi                    :       Memberikan Perkhidmatan Khairat Yang Terbaik Kepada 
Semua Lapisan
Masyarakat Malaysia Yang Beragama Islam.

Visi                    :       Menjadi Warga Korporat Yang Bertanggungjawab Sepanjang 
Masa.

Konsep          :       Ibadah, Nawaitu, Amanah, Sabar, Perlaksanaan, Rasa, Organisasi.

Ibadah                  :       Menjadikan Bidang Yang Diceburi Ini Sebagai Suatu 
Ibadah.

Nawaitu         :       Nawaitu Yang Lurus Serta Kerana Allah Akan Diberikan Nikmat 
Keuntungan Didunia Dan Diakhirat.

Amanah          :       Sifat Yang Wajib Diserap dalam Apa Jua Pekerjaan Lebih Lebih 
Lagi 
Dalam Urusan Syarikat.

Sabar                   :       Sifat Yang Wajib Dipupuk Dalam Menghadapi Kerenah Dari 
Manusia Dan 
Mehnah Daripada Allah s.w.t.

Perlaksanaan            :       Perlaksanaan Yang Mengikut Syariat Membuahkan Natijah 
Yang 
Baik Dan Diberkati Allah s.w.t.

Rasa                    :       Rasa Sesama Bekerjasama, Sikap Saling Bantu Membantu 
Dalam Memberi 
Idea, Bertukar Pandangan Dan Pengalaman Akan Memantapkan Lagi Perpaduan dan 
Ukhwah Islamiah.

Organisasi              :       Matlamat Utama Organisasi Adalah Untuk Melahirkan 
Masyarakat 
Islam Madani Yang Bersikap Prihatin, Bertanggung Jawab Dan Berkasih Sayang 
sesama Mukmin.



 SKIM BANTUAN KHAIRAT AL-TA’AWUN

 PENGENALAN

Inaspro Risk consultans Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik penuh 
bumiputra yang telah di daftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. Inaspro Risk 
consultans Sdn. Bhd. telah memulakan operasinya secara rasmi pada 26 hb. Mei 
1999.

Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun ini diilhamkan oleh En. Roslan Bin Harun 
selaku Pengarah Urusan Syarikat hasil daripada pengamatan serta kajianya 
mengenai masaalah pengurusan jenazah serta didorong oleh rasa prihatin den 
kesedaran untuk memberikan perkhidmatan khairat yang menyeluruh, moden dan 
diuruskan secara profesional.

 MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH

Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada 
Majlis Penasihat Syariah yang terdiri daripada para ulama dan ahli 
profesional yang diamanahkan untuk mengawasi perjalanan Skim Bantuan Khairat 
Al-Ta’awun ini mengikut landasan syariat Islam. Majlis ini terdiri daripada;
 Ustaz Kadir Che Kob (JAWI).
 Ustaz Malik Bin Abdul Rahman (JAIS).
 Ustaz Razak Ahmad (Universiti Islam Antarabangsa).
 Ustaz Ridzuan Tee Abdullah (RTM).

 MATLAMAT

 Mencari rahmat dan keredhaan Allah s.w.t. dan
 Menjadikanya sebagai salah satu daripada cabang ibadah.

 OBJEKTIF

 Menegakkan tuntutan fardhu kifayah.
 Menimbulkan kesedaran dikalangan umat Islam terutamanya persediaan 
yang perlu dibuat untuk  pengurusan kematian masing-masing.
 Menguatkan tali ikatan ukhwah Islamiah dikalangan Umat Islam dalam 
menjaga kepentingan dan kebajikan saudara sesama Islam.
 Memberi kemudahan kepada waris bagi menyegerakan urusan jenazah 
serta menyempurnakan hak-haknya.
 Mengurangkan beban kesedihan dan rasa cemas dalam menghadapi 
musibah kematian.


 AKTIVITI AMAL JARIAH

Selain daripada pembayaran bantuan khairat, dana daripada Skim Bantuan 
Khairat Al-Ta’awun ini disalurkan kedalam beberapa aktiviti-aktiviti amal 
jariah yang ditaja oleh syarikat kepada badan badan kebajikan dan lain-lain 
organisasi khususnya aktiviti yang memberikan manfaat dan kebajikan khusus 
kepada umat Islam. Diantara Projek Amal yang dikendalikan adalah;
 Sumbangan bernilai RM 1,000,000.00 bagi membiayai pengurusan dan 
pembangunan Institusi Pondok Islam Moden di daerah Ulu Yam, Selangor.
 Sumbangan dan bantuan khairat secara percuma kepada golongan fakir 
dan miskin yang disenaraikan oleh Pusat Pungutan Zakat.
 Sumbangan khairat kepada Persatuan Khairat Kematian Dan Kebajikan 
Islam.
Setiap peserta secara otomatik telah menyumbang kepada aktiviti-aktiviti 
amal tersebut.

 KATEGORI PENYERTAAN

Setiap peserta akan diberikan sijil khairat. Peserta boleh menyertai 
kedua-dua jenis plan atau salah satu daripada plan berikut;

 PLAN INDIVIDU

Caruman Khairat
Tahun Pertama : RM 12.00
Tahun Kedua & Seterusnya : RM 10.00

Bantuan Khairat
RM 2,000.00 Berumur 18 hingga 65 Tahun
RM  500.00 Berumur 66 hingga 75 Tahun
RM  250.00 Berumur melebihi 76 Tahun

 PLAN KELUARGA

Caruman Khairat
Tahun Pertama : RM 25.00
Tahun Kedua & Seterusnya : RM 23.00

Bantuan Khairat
*RM 2,000.00 Kepada Suami (ahli)
*RM  1,000.00 Kepada Isteri (Pasangan ahli)
*RM  250.00 Anak sehingga 4 orang anak
* Had Umur Bagi Suami (Ahli) dan Isteri (Pasangan Ahli) diantara 18 hingga 
65 tahun.
* Had Umur Bagi Anak adalah 1 hingga 21 tahun.
Bagi suami, isteri atau anak yang melebihi daripada had umur untuk menerima 
bantuan khairat bagi plan keluarga, mereka disarankan untuk menyertai Plan 
Individu.

 CIRI-CIRI PLAN

 Penyertaan Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun terbuka kepada umat 
Islam sahaja bagi memastikan sumber kewangan dana khairat ini bebas daripada 
sebarang ketidaksucian.
 Skim Bantuan Khairat Al-Ta’awun ini bukanya produk Insuran atau 
Plan Takaful, oleh itu Skim ini mempunyai keistimewaanya yang tersendiri 
seperti tiada had umur bagi penyertaan, perlindungan yang menyeluruh 
termasuk HIV dan apa-apa jenis kematian yang lazimnya tidak dilindungi oleh 
mana-mana sistem Insuran dan Takaful adalah dilindungi oleh Skim ini


 PROSES PENYERTAAN

Untuk menyertai Skim ini, sila lengkapkan slip cadangan diatas dan hantarkan 
kepada [EMAIL PROTECTED]

 PROSES TUNTUTAN

DITUNTUT TERUS OLEH PESERTA, Tuntutan boleh dituntut terus oleh waris atau 
peserta tanpa melalui masjid. Waris akan memaklumkan kepada Syarikat melelui 
pangilan telefon. Bantuan khairat akan dikreditkan kedalam akaun waris serta 
merta. Selepas 14 hari, waris dikehendaki mengemukakan laporan penuh 
kematian dengan mengirimkan laporan polis atau permit perkuburan atau sijil 
kematian simati kepada Syarikat.


 PERLANTIKAN AGEN

 KATEGORI AGEN.

Status "AGEN" adalah status kepada mana-mana ahli atau organisani yang 
memohon menjadi agen.

Status "AGENSI" diberikan kepada agen yang aktif, berjaya melantik 20 agen 
baru dan memperolehi 500 markah kecermelangan . Markah ini dikira seperti 
berikut;
Melantik agen baru : 1 markah
Melantik peserta plan Keluarga : 1 markah
Melantik peserta plan Keluarga : 1 markah

 KADAR KOMISEN

Kadar Komisen bagi Agen adalah seperti berikut;
Melantik agen baru : RM 10
Melantik peserta plan Keluarga : RM 6
Melantik peserta plan Individu : RM 2
peserta plan Keluarga membaharui sijil  : RM 3
peserta plan Individu membaharui sijil : RM 1

Kadar Komisen bagi AGENSI adalah seperti berikut;
Melantik agen baru : RM 10
Melantik peserta plan Keluarga : RM 6
Melantik peserta plan Individu : RM 2
peserta plan Keluarga membaharui sijil  : RM 3
peserta plan Individu membaharui sijil : RM 1

(Jika Penajaan dilakukan oleh agen dalam kumpulanya)
Melantik agen baru : RM 2
Melantik peserta plan Keluarga  : RM 2
Melantik peserta plan Individu: RM 2
peserta plan Keluarga membaharui sijil : RM 1
peserta plan Keluarga membaharui sijil: RM 1

 KETERANGAN LANJUT, sila hubungi pihak penganjur Internet Work Group 
ditalian 03-4572195 atau 013-33219890

Sila lawati halam web berikut untuk maklumat tambahan:

Http://angelfire.com/ab/telekom/1099.html






WAASALAM


























______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Internet Work Group \(IWG\)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke