BINGKISAN SUARA RAKYAT [16]

31 Oktober 2000

 MOBILISASI 20,000 ORANG RAKYAT DARI LUAR

KUALA LUMPUR DAN SELANGOR UNTUK MENGHADIRI

PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT

 

 

 Seluruh rakyat Malaysia pejuang kebenaran dan keadilan yang budiman

 Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi,

 

130.       Jawatankuasa Dasar menetapkan strategi 80/20 bagi memobilisasi penyertaan rakyat dalam Perhimpunan 100,000 Rakyat. Penetapan 80% penyertaan rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor ini adalah suatu yang realistik dan selaras dengan kedudukan logistik di segi jarak dan tuntutan perjalanan.

131.         Jawatankuasa Dasar menetapkan 80/20 adalah 80% dari Kuala Lumpur dan Selangor manakala 20% adalah dari negeri-negeri lain. Ini melibatkan keperluan mobilisasi 20,000 orang rakyat dari luar Kuala Lumpur dan Selangor.

132.        Jika diletakkan sasaran mobilisasi yang sama bagi setiap negeri, ini bermakna setiap negeri iaitu; Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan perlu menghantar sekurang-kurangnya 2,000 orang ke perhimpunan 5 November ini.

133.       Namun jika ditinjau di segi isu, khususnya isu penarikan wang royalti kerajaan Pusat terhadap kerajaan Negeri Terengganu, ditambah pula isu ini bakal diulas oleh Presiden PAS, YB Dato’ Hj. Fadzil Mohd Noor semasa perhimpunan ini, maka kita boleh menjangkakan bilangan rakyat Terengganu yang turun ke Jalan Kebun mungkin mencecah 4,000 orang.

134.       Demikian juga jika ditinjau di segi isu bekalan air dan pinjaman Pusat yang dibekukan kepada kerajaan Negeri Kelantan, sudah pasti inilah masa yang baik bagi rakyat Kelantan turun menyatakan protes mereka kepada Dr. Mahathir bersama-sama rakyat lain negara ini di Jalan Kebun.

135.       Namun persoalan jarak yang jauh seperti Kelantan dan mungkin bilangan rakyat yang kecil (dengan maaf) di Perlis, menjadikan sasaran 2,000 bagi kedua negeri ini suatu yang agak membebankan. Maka di atas dasar ini kita berharap negeri-negeri yang tidak begitu terhalang dengan masalah jarak dan logistik perjalanan seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah sebaik-baiknya berusaha untuk memobilisasi antara 2,500 ke 3,500 orang rakyat bagi setiap negeri untuk tujuan perhimpunan bersejarah ini.

136.       Jawatankuasa Dasar sekali lagi menyeru agar rakan-rakan dalam PAS, keADILan, DAP, PRM, ABIM, JIM, PUM serta NGO-NGO lain bersama-sama para reformis di setiap negeri ini bergabung tenaga untuk mengatur kerja-kerja mobilisasi rakyat di negerti masing-masing. Ingatlah tiada kerja yang berkesan selain yang dilakukan melalui perancangan dan strategi yang teratur. Tiada hasil kerja yang penuh berkat selain dilakukan dengan ikhlas secara muafakat.

 “KEMBALIKAN HAK RAKYAT”

 Hj. Saari Hj. Sungib

Pengerusi,

Jawatankuasa Dasar Perhimpunan 100,000 Rakyat

 AJK:

Dr. Hatta Ramli (PAS), Tian Chua (keADILan), Faizal Sanusi (PRM), Dr. Wong Ang Peng (DAP), Zaharuddin Abdul Rahman (PAS), Raja Petra Kamaruddin (FAC), Syed Ibrahim Syed Noh (JIM), Cynthia Gabriel (SUARAM), Abdul Malek Hussin (Reformis), Khaliah Shaikh Mohamad (Reformis) dan wakil ABIM.

 Emel Sekretariat: [EMAIL PROTECTED]

Emel Pengerusi: [EMAIL PROTECTED]

 31 Oktober 2000

                                                 

 

 

Kirim email ke