*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nilah dia politikus-politikus Umno......yang dok perjuangkan hak Melayulah kononnya. Depa nie tak habis-habis dok sakat sesama sendiri. Macam zaman Hang Tuah pulak "Siapa kuat dialah kudrat". Tak kira sapa salah, sapa betui. Nanti tak heran pulak kalau kelaur buku pasai Matdet pulak. Agak-agaknya depa nak bagi tajuk apa no????????? Kalau Anuar dengan 50 dalilnya. Tun Daim Penyangak wang Negara, Mahathir pulak..................???????? Heran-heran Pak Cik pun heran.......................Lepas nie kita mintak Tun Daim buat Road Show pulak macam Anuar dulu, lepas tu panggil dia join BA baru best!!!!!!! Bersabar ajelah Tun Daim apa nak buat dah nasib badan..........Terima ajelah sebagai dugaan dari Tuhan. KUALA LUMPUR, Isnin 2 Julai - Penulis buku kontroversi "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" Khalid Jafri telah menerbitkan sebuah lagi buku politik - kali ini mengenai bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pula. Buku bertajuk Tun Daim Penyangak Wang Negara setebal 282 halaman itu telah mula dipasarkan di beberapa buah kedai buku sekitar ibukota sejak beberapa hari lalu. Ia dijual pada harga RM30 senaskhah. Buku tersebut mengandungi berbagai kisah mengenai Daim sewaktu menjadi menteri kewangan dan penglibatan keluarga serta rakan-rakan rapatnya dalam perniagaan. Semuanya terdapat 27 bab dalam buku tersebut. Antaranya nama yang dsebut dalam buku itu ialah ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Halim Saad, isteri ketiga Daim, Naimah Abdul Khalid, anak perempuannya Asnida Daim, rakan rapatnya Josephine Premila Suvaratnam dan beberapa orang lagi yang didakwa sebagai nomineenya. Dalam satu bab ia juga mendakwa Setiausaha Politik Daim, Abdul Mutalib Alias berkuasa penuh di Kementerian Kewangan dan boleh menolak permohonan projek. Ia disertakan dengan fotokopi satu salinan surat rasmi penolakan itu. Turut disertakan dalam buku itu ialah iklan sebuah lagi buku sensasi mengenai Daim yang diterbitkan selepas ini. Khalid ketika ditemuramah oleh AgendaDaily hari ini mendakwa beliau menulis buku tersebut atas inisiatifnya sendiri sambil mendakwa "ia dilakukan untuk mendedahkan apa yang terjadi untuk pengetahuan rakyat dan kepentingan negara." Kata beliau, buku itu ditulis hasil kajian mendalam serta maklumat dari berbagai sumber. "Saya mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkannya". Sebagai memenuhi permintaan AgendaDaily beliau turut memberi senaskhah buku berkenaan dan sekeping gambar beliau bersama buku barunya itu. "Saya berpegang kepada apa yang saya tulis. Saya juga berani bertanggungjawab ke atasnya dan sedia disaman dan dibawa ke mahkamah jika apa yang saya tulis dalam buku itu tidak betul," kata Khalid. Bekas Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad itu mengaku beliau sudah dengar ada yang mendakwanya diupah dan sebagainya untuk menulis buku berkenaan. "Apa orang nak kata...itu terpulang pada mereka. Bagi saya, buku ini saya tulis atas inisiatif sendiri untuk mendedahkan kepada orang-ramai mengenai satu hal yang melibatkan kepentingan negara. "Waktu saya tulis buku mengenai Datuk Sri Anwar Ibrahim dulu...itu juga tuduhan orang pada saya," katanya sambil tertawa. Dalam prakata buku itu, Khalid mendakwa selepas kekecewaan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad terhadap Anwar, muncul pula masalah baru iaitu Daim. Beliau juga mendakwa perdana menteri akan dianggap adil dan dihormati sekiranya Daim disiasat dan dibawa ke muka pengadilan sama seperti dakwaan terhadap Anwar. Sejak tersebarnya kisah tentang kemunculan buku baru Khalid ini, AgendaDaily mendapat tahu ramai orang yang tercari-cari di kedai-kedai buku bagi mendapatnya. Beberapa kedai buku sekitar ibukota yang ditinjau juga memberitahu ramai yang datang bertanya mengenai buku itu. Menurut Khalid beliau baru memasarkan sedikit sahaja buku itu di kedai-kedai tertentu setakat ini. Ditanya berapa naskkah buku ini yang dicetaknya, beliau secara spontan menjawab; "itu rahsia." Ini adalah buku terbaru kedua mengenai Daim yang ditulis setakat ini. Sebelum ini seorang lagi pengarang buku politik, Syed Hussein Alattas menulis buku bertajuk DIAM-DIAM DAIM. Ia dipasarkan secara meluas sewaktu Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Jufrihisham Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>