*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pedas-Pedas Cili Api 110
(14hb Jun 2000)

Dr M Takut Tribunal

Baru saja menjejakkan kakinya di lapangan terbang, setelah melawat
Jepun, Dr
M @ Cek Det menyerang Majlis Peguam. Katanya Majlis itu mempunyai agenda

politik untuk melaga-lagakan kerajaan dengan hakim.  Serangan beliau
dibuat
kerana Majlis Peguam bercadang mengadakan mesyuarat agung minggu depan
untuk
menuntut supaya sebuah tribunal dibentuk bagi menyiasat Ketua Hakim Tun
Eusoff Chin.

Cek Det berkata tribunal itu tidak perlu dibentuk. Cili Api berpendapat
sangat perlu. Isunya sekarang sudah melampaui semata-mata gambar yang
menunjukkan Ketua Hakim bersama-sama Datuk Lingam, peguam Vincent Tan,
di
New Zealand pada tahun 1994. Melalui internet MGG Pillai menafikan
dakwaan
Eusoff bahawa beliau terserempak dengan Lingam secara kebetulan. Bahkan
katanya mereka telah menaiki kapal terbang yang sama dari Singapura.
Mengikut keterangan yang sudah menjadi rahsia umum sekarang, Lingam
dikatakan telah membayar lebih RM24 ribu ke dalam akaun Eusoff, mungkin
bagi percutian itu.

Nama Eusoff perlu dibersihkan. Apabila namanya bersih, sekaligus nama
kehakiman juga akan bersih sedikit. Tidak ada sebabnya Cek Det takut
hendak
meminta Agung membentuk tribunal ini. Tujuannya ialah untuk menyiasat
tuduhan jika ada salah laku oleh Ketua Hakim dan sekiranya betul salah
laku
itu berkaitan pula dengan perbuatan yang boleh dianggap sebagai rasuah.
Ini
adalah berlainan dengan tribunal yang menyiasat Tun Salleh Abas selaku
Ketua
Hakim dulu. Beliau tidak dituduh melakukan rasuah. Beliau disiasat dan
kemudian dibuang kerana kononnya mengkritik kerajaan yang dipimpin Cek
Det.

Mengapakah Cek Det takut Eusoff disiasat? Selepas Salleh Abas dibuang
pada
tahun 1988, kehakiman di negeri ini telah hilang kebebasan serta
wibawanya.
Ia dikuasai oleh pihak pemerintah, khususnya Perdana Menteri. Pengganti
Salleh, Tun Hamid Azmi, dan kemudiannya Eusoff yang menggantikan Azmi
sering
saja tunduk kepada kehendak Cek Det. Dalam kes Anwar Ibrahim, terutama
sekali, Ketua Hakim Eusoff menentukan hakim yang mendengar kesnya.

Hakim yang dipilih dipastikan akan menurut perintah dan kehendak pihak
atas.
Ini mudah dilakukan  kerana mereka (misalnya Jaka dan Paul) mempunyai
skandal atau pekung, yang melibatkan wanita atau wang. Hakim lebih bebas
dan
tanpa pekung, yang sepatutnya mendengar kes jikalau mengikut giliran,
diketepikan. Inilah yang telah berlaku kepada Hakim Vohrah. Jadi,
sekiranya
tribunal dibentuk untuk menyiasat, ada kemungkinannya terdedah bahawa
Ketua
Hakim ini tidaklah begitu bersih orangnya. Soalan akan timbul: apakah
ada
peranannya dalam kes konspirasi terhadap Anwar pula?

Selanjutnya, kita tahu bahawa kes bercuti dan bergambar bersama ini
bukan
saja melibatkan  Eusoff. Bahkan ada juga gambar berasingan yang
menunjukkan
Peguam Negara, Tan Seri Mokhtar Abdullah dan isteri, bergambar
bersama-sama
Lingam dan Vincent Tan serta isteri mereka, semasa bercuti di Itali.
Siapakah yang membayar belanja percutian Peguam Negara ini? Hal ini
mungkin
diketahui oleh Cek Det. Boleh jadi Cek Det mengetahui banyak lagi hal
rasuah
yang dikaitkan dengan Mokhtar. Oleh itu mudah saja beliau boleh memaksa
Mokhtar mengikut kata. Jikalau tidak, kes rasuah dan macam-macam lagi
boleh
diambil terhadapnya

Dalam keadaan begini, tidak susah untuk kita memahami mengapa Peguam
Negara
sedia  membersihkan   nama Rahim Tamby Chik. Dan mengapa beliau sedia
membersihkan nama Rafidah Aziz. Dan seterusnya, mengapa beliau
bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam konspirasi menjatuhkan Anwar
dengan mengaibkannya melalui mahkamah.  Sebabnya, semua ini adalah atas
kehendak orang dari atas. Siapa lagi? Tak payahlah Cili Api terangkan,
sebab
semua orang sudah tahu.

Ada orang pernah berkata, “Malaysian judges are the best that money can
buy”
(hakim-hakim di Malaysia ini ialah yang terbaik boleh dibeli dengan
wang).
Nampaknya, di antara pembeli-pembeli besarnya ialah Lingam dan Vincent
Tan.
Bahkan Lingam bukan saja boleh membeli hakim. Bahkan, ada tuduhan yang
dibuat oleh seorang wartawan Asian Wall Street Journal bahawa beliau
telah
membantu seorang hakim, yang terkenal sebagai perasuah, menulis
keputusan
mahkamah. Akan tetapi sehingga sekarang perkara ini tidak disiasat.

Keadaan sistem kehakiman dalam negeri ini sudah terlalu teruk. Rasuah
wang
dan wanita menjalar luas di kalangan sesetengah hakim kanan. Itulah
sebabnya
seorang hakim sendiri telah mendedahkan mengenainya. Apa yang didedahkan

tidak pernah disiasat. Sebaliknya, beliau sendiri yang dilucutkan
jawatan.

Cek Det tahu tentang rasuah di kalangan hakim-hakim. Sama juga seperti
beliau mengetahui tentang Rahim Tamby Chik dan Rafidah Aziz. Tetapi
beliau
tidak hendak mereka disiasat kerana dua sebab. Pertama, jikalau siasatan

terlalu mendalam beliau sendiri akan terpalit. Kedua, mudah bagi beliau
mengawal dan memerintah mereka yang ada skandal itu. Oleh sebab itulah
Cili
Api tahu Cek Det memang sengaja tidak hendak menyiasat Eusoff Chin.

Cili Api hendak ingatkan Cek Det, bangkai gajah tidak boleh ditutup
dengan
nyiru.

Cili Api




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke