*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila perkhidmatan yang tidak sempurna di terima oleh rakyat dan  rakyat 
mengambil tindakkan melalui mahkamah itu dikatakan keterlaluan dan di 
pengaruhi oleh parti pembangkang. Bila kena kat depa, staff airport lambat 
ambil wheelchair….cepat aje, sepak tumbok terajang…..semua cukup.

Saman hospital jejas khidmat sosial percuma

JOHOR BAHRU 1 Jun - Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata, tindakan 
menyaman hospital kerajaan atas faktor kecuaian manusia akan hanya 
menjejaskan amalan perkhidmatan kesihatan sosial yang diberikan secara 
percuma kepada rakyat.
Beliau berkata, tindakan menyaman doktor hospital kerajaan juga boleh 
menyusahkan golongan berpendapatan rendah untuk terus mendapatkan khidmat 
kesihatan sosial secara percuma kepada rakyat.
Oleh itu, beliau meminta rakyat tidak mengamalkan sikap menyaman hospital 
kerajaan dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit kerana kerajaan tidak 
pernah mengenakan bayaran kepada penduduk yang ingin mendapat perkhidmatan 
kesihatan.
Menurutnya, doktor kerajaan telah memberikan perkhidmatan yang terbaik 
kepada para pesakit tetapi kadangkala terdapat kesilapan manusia dilakukan 
oleh mereka yang boleh didakwa ke mahkamah.
''Apabila mereka datang ke hospital kerajaan untuk mendapat perkhidmatan, 
kita memberikan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa,'' katanya kepada 
pemberita selepas merasmikan ulang tahun ke-3 Pusat Perkhidmatan Guaman MCA 
di sini, malam tadi.
Sehubungan itu, Chua menganggap tindakan mana-mana pihak dan individu yang 
ingin menyaman hospital kerajaan melibatkan jumlah tuntutan yang besar 
kerana kesilapan manusia sebagai mahu 'memulas tangan' majoriti rakyat yang 
telah membayar cukai.
Katanya, rakyat perlu berhati-hati jika ada peguam yang mendakwa rakyat 
boleh memperoleh wang beratus juta ringgit melalui saman di atas kesilapan 
manusia di hospital kerajaan.
Chua berkata, ada sesetengah parti pembangkang yang cuba mempengaruh 
penduduk kampung bahawa mereka boleh berjaya memperoleh ganti rugi yang 
tinggi di atas kesilapan manusia yang dilakukan oleh doktor dan 
kakitangannya.
Pada 16 Mei lalu, seorang suri rumah yang menerima darah mengandungi kuman 
HIV semasa menjalani proses pemindahan darah di Hospital Jitra, Kedah pada 
bulan April lepas, telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap kerajaan 
Malaysia, Kementerian Kesihatan dan hospital berkenaan.
Satu lagi kes iaitu seorang peneroka di Raub, juga membayangkan akan 
mengambil tindakan saman ke atas kerajaan berikutan kematian isterinya 
akibat pemindahan darah mengandungi kuman virus HIV manakala anaknya berusia 
enam tahun turut dijangkiti virus tersebut.
Dalam kes yang lain, seorang wanita, Rozita Harun, 28, dari Setapak, Kuala 
Lumpur yang mendapati serpihan jarum tertinggal dalam daging di bahagian 
alat sulitnya, dilaporkan telah mengemukakan saman RM250,000 terhadap 
Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Ketua Pengarah 
Perkhidmatan Perubatan Malaysia.
Sementara itu Chua berkata, kementeriannya akan meneliti untuk 
memperkenalkan skim pelindungan insurans kepada doktor yang bertugas secara 
sukarela di hospital kerajaan sebagai langkah melindungi mereka daripada 
tindakan mahkamah akibat kecuaian.
Katanya, doktor sukarela yang bertugas di hospital kerajaan perlu dilindungi 
seperti doktor yang berkhidmat dalam kerajaan.
''Sekiranya sebarang kecuaian berlaku ketika bertugas, doktor-doktor ini 
perlu dilindungi kerana mereka berkhidmat secara sukarela,'' katanya.
Beliau mengulas langkah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) baru-baru ini 
yang berjanji untuk membantu mengatasi masalah kekurangan doktor di negara 
ini dengan membekalkan khidmat doktor sukarela di hospital kerajaan.
Oleh: MIR AZRI SHAHARUDIN

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala 
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke