*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti mana diketahui bahawa Prof Dr Yusuf Qaradawi
adalah salah seorang ulama semasa yang berkemampuan
mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas
tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun
negara. Beliau adalah anggota dalam beberapa lembaga
dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah
Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah
dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan
dan juga Markaz Pusat Kajian Islam di Oxford dan
begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam
Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum,
Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank
Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar
dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di
Eropah.

Ada permintaan Fatawa mengenai pendapat syarak tentang
tuduhan-tuduhan yang ditujukan oleh perdana Menteri
Malaysia Dr. Mahathir Mohamed terhadap En Anwar
Ibrahim. Dr. Yusuf Qaradawi telah menjawab persoalan
ini.
                                   
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

           Soalan Pertama:
           Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak
ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian
           bersih dan salih sepanjang hidupnya,
tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji
seperti
           berzina, melakukan perbuatan kaum luth,
membunub dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan
           dengan orang yang menuduh dan yang menuduh
dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di
           tuduh wajib membela diri? Dan apakah
kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?

           Jawapan:
           Menuduh orang-orang yang bersih dengan
tohmahan-tohmahan, terutame tohmahan-tohmahan yang
           besar seperti berzina, liwat dan membunuh
merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas
           oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam
dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan
Allah
           dan azab-Nya. Sebab tohmahan-tohmahan
seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri
           orang-orang yang beriman sama ada lelaki
atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang
           ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala
orang-orang yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara
           sedemikian juga menyebabkan tersebamya
kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh
iru,
           al-Quran mengacam keras perilaku seperti
ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya
           dengan seksaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t.:
           Terjemahan: Dan orang-orang yang menyakiti
orang-orang yang mukmin dan mukminah tanpa
           kesalahan yang mereka perbuat, maka
sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa
           yang nyata.
           (Surah al-Ahzab 33:58)

           Firman Allah s.w.t.:
           Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang
menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah
           (tidak pemah terlintas untuk melakukan
perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan
zina),
           mereka terkena laknat di dunia dan di
akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari
(ketika)
           lidah, tangan dan kaki mereka minjadi saksi
atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
           Di hari itu, Allah akan memberi mereka
balasan yang setimpal menurur semestinya dan tahulah
           mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi
yang menjelaskan (segala sesuaru menurut bakikat yang
           sebenarnya).
           (Surah an-Nur 24: 23-25)

           Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan
bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang
           melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin
adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap
           mereka yang melemparkannya ke atas wanita
mukminah. Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini
           (menggunakan perkataan mukminat) karana
ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan
           terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah
Binti Abu Bakar As-Siddiq Beliau merupakan salah
           seorang isteri yang paling dicintai oleh
rasulullah s.a.w. selepas khadijah, Peribadi yang suci
ini
           terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang
keji. Orang-orang munafik menyabarkan khabar angin
           tentangnya dan meleparkan tohmahan bahawa
beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang
           sahabat rasulullah s.a.w. yang tidak pernah
diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik
           benar-benar telah menggunakan peluang ini
dengan mengobarkan api fitnah. Demikianlah kisah
'Hadith
           al-Ifki' yang telah mempermalukan dan
meresahkan rumah nabi s.a.w., rumah Abu Bakar
as-Siddiq
           serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya
turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang
tujuh, bagi
           menerangkan perkara tersebut judg secara
jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti
           sedikala. Ayat tersebut juga telah
membiskan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan
kembali
           nama Aishah yang jujur dan suci daripada
segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat
tursebut,
           kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah
terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

           Bacalah firman Allah s.w.t. pada surah
an-Nur:
           Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang
membawa berita bohong itu adalah daripada golongan
           kamu juga. Janganlah kamu mengira babawa
berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang
           dari mereka mendapat balasan dari dosa yang
dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang
           mengambil bahagian yang terbesar dalam
penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
           Mengapa di waktu kamu mendengar berita
bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak
           berbaik sangka terhadap diri mereka
sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah
suatu berita
           bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang
menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi
           atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka
tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada
           sisi Allah orang-orang yang dusta.
           (Surah an-Nur 24:11-13)

           Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang
menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji
           seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan
tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi
           yang adil cacat kepetibadinnya. Kesemua
saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang
           melakukan perbuaran zina dengan perempuan
secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri.
           Demikianlah sebagaimana yang telah di
terangkan secara kiasan dalam undang-undang shariah:
           seperti: besi celak dimasukkan ke dalam
bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam ootol
           dakwat. Jika orang yang menuduh tidak
berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang
           ditrangkan di atas, maka dia dianggap
sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah
menegaskan
           bahawa si pendusta ini mesti dikenakan
hukuman shariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman
yang
           tertera al-Quran al-Karim, iaitu pada
firman Allah s.w.t.:
           Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh
wanita-wanita yang baik-baik (Berbuat zina) mereka
tidak
           mendatangkan empat orang saksi, maka
sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan,
dan
           janganlah kamu terima kesaksian mereka buat
selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang
           fasik.
           (Surah an-Nur 24:4, 5)

           Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan
tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu:
           Pertama: Hukuman fizikal, iaitu disebat
sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan
           tubuh badannya itu merupakan balasan
terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang
yang
           baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu
juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang
           dituduh beserta kaum keluarganya.

           Kedua: Hukuman moral dan sosial, iaitu
dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan
sosial
           orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam
urusan kewangan, civil, sosial, politik tidak boleh
diterima
           pakai. Perkataan 'kesaksian' dalam ayat di
atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan
berbentuk
           penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh
jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib
           digugurkan haknya untuk mengundi dalam
pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

           Ketiga: Hukuman agama, iaitu dengan
menggelarinya sebagai orang yang fasik dan
memasukkannya
           ke dalam golongan 'Fasiqun'. Al-Quran
menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan.
           Firman Allah s.w.t.:
           Terjemahan: Maka adakah orang-orang yang
beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak
           sa ma. Adapun orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal salih, maka bagi mereka
           syurga-syurga tempat kediaman, sebagai
pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun
           orang-orang yang fasik, maka tempat mereka
ialah nerak..
           (as-Sajdah 32: 18-20)

           Al-Quran juga telah melekatkan gelaran
fasiq ini kepada Iblis, makhluk paling durjana. Firman
Allah
           s.w.t.:
           Terjemahan: Dia adalah daripada golongan
jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap
perintah
           Tuhannya.
           (Surah al-Kahfi 18:50)

           Walau bagaimana pun, dengan rahmat dan
kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi
           mereka yang ingin mensucikan dan
membersihkan diri. Firman-Nya:
           Terjemahan: Kecuali orang-orang yang
bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka
           sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
           (Surah an-Nur 24: 5)

           Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat
hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman
           terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai
fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya
           kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara
'gugurnya kesaksian' dalam ayat di atas disifatkan
Allah
           sebagai kekal. "Dan janganlah kamu terima
kesaksian mereka buat selama-lamanya"

           Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh
menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali
oleh
           khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah
dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik
           dan tidak pernah menyaksikan sebarang
kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai
           merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian
yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian
           orang-orang yang salih dan baik. Sebab
mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi,
           sepertimana yang digambarkan oleh salah
satu hadith rasulullah s.a.w.

           Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga
maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat
           tegas dan keras. Islam tidak membenarkan
seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya
           sesama Muslim dengan perkataan menghina,
sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Firman
           Allah:
           Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman,
jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya
           sebahagian daripada syak wasangka itu
adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
           orang lain dan janganlah sebahagian kamu
mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang
           di antara kamu memakan daging saudaranya
yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
           kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha
           Penyayang.
           (Surah al-Hujurat 48: 12)

           Dalam satu hadith sahih, rasulullah s.a.w.
bersabda:
           Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk
mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya
           sesama Muslim.

           Jika Islam tidak menentukan sikap yang
tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di
antara
           selurah manusia, manakala kemuliaan serta
maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah
           seluruh hak dan kebebasan.

           Bertolak atas kesedaran ini pula Islam
memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang
lain
           demi menjaga maruah dan peribadinya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang
           menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina
sehingga dijatuhkan hukuman rejam: "Jika engkau
tutupinya
           dengan bajumu tentu lebih baik untukmu".
Rasulullah juga bersabda: "Seluruh umatku akan
           memperolehi pengampunan, kecuali
orang-orang yang suka meyebarkan aib orang lain." Dan
baginda
           bersabda: "Seslapa yang menutupi kesalahan
seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi
           (kesalahannya) di dunia dan akhirat."

           Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran
al-Karim:
           Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang
ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu
tersiar di
           kalangan orang-orang yang beriman, bagi
mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.
           (Surah an-Nur 24: 19)

                                                      
                           Top

           Soalan Kedua:
           Adakan orang yang dituduh berhak untuk
membela diri? Bolehkan ia dicegah dari melakukan hal
itu?
           Apakah kewajipan masyarakat Muslim di
sekelilingnya? Bolehkah mereka berdiam diri dan
           membiarkan perkara tersebut berlalu begitu
sahaja?

           Jawapan:
           Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan
melibatkan agama, maruah serta moral ialah:
           Membela diri dari tuduhan orang yang telah
menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam
           menyuarakan kebenaran. Bahkan dalam satu
ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa
           untuk melindungi kchormatan dan maruah
dirinya. Firman Allah:
           Terjemahan: Allah tidak menyukai
ucapan-ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus
terang kecuali
           oleh orang-orang yang dianiaya. Allah
adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
           (Surah an-Nisa' 4: 148)

           Tidak boleh sesiapapun mencegah atau
melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya.
Ia
           merupakan hak yang biasa dan sah di sisi
hukuman shariah. Allah telah memberikan peluang kepada
           Iblis yang dilaknat untuk berdebar
mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan scluruh alam.
Iblis
           dengan petahnya mempertahankan
kesombongannya dengan mengatkan, "Saya lebih baik
daripada
           Adam." Bahkan pada hari kiamat. Allah juga
memberi peluang kepada setiap diri untuk
           mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.

           Oleh itu masyarakat Muslim mesti memberikan
peluang kepada orang yang dituduh dan melinaungi
           hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam
proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela
           dirinya secara lisan, menulis di
surat-surat kabar dan berucap di radio dan televisyen.
Terutama jika
           pandangan umum akan memberi kesan yang
cukup beras dalam kes tersebut.

           Secara shariah, dia tidak boleh diserahkan
kepada taring-taring para lawannya yang mencarik-carik
           kredibilitinya siang dan malam dan
membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton
tanpa
           mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun
tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia
tidak
           mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang
kelengkapan sedangkan para musuhnya memiliki
           seluruh jenis senjata. Mereka telah
melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan
lebih dari
           itu, mereka juga telah mengajak orang ramai
untuk ikut serta dalam 'angkatan dusta' dengan
           menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang
tidak pernah diingkari. Firman Allah:
           Terjemahan: Kamu katakan dengan mulutmu apa
yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu
           menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan
sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
           (Surah an-Nur 24: 15)

           Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat
yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung
           jawab antara satu sama lain. Ia tidak akan
membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah
menjadi
           korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi
dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat
           Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan
perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri
           terhadap kebenaran serupa dengan syaitan
bisu. Allah s.w.t. berfirman:
           Terjemahan: Mengapa di waktu kamu mendengar
berita bohong itu orang-orang mukminin dan
           mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri
mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini
adalah
           satu berita bohong yang nyata."
           (Surah an-Nur 24: 12)

           Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin
yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah
           berfirman:
           Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah)
           menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
           (Surah at-Taubah 9: 71)

           Rasulullah s.a.w. bersatda:
           Maksudnya: Seorang Muslim itu menupakan
saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak
           boleh menzalimi atau membiarkannya
terlantar.
           (Muttafaqun 'alaihi)

           Pengertian 'tidak membiarkannya' dalam
hadith di atas ialah tidak melepaskannya atau
           meninggalkannya begitu sahaja dalam
menghadapi kesukaran. Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

           Maksudnya: Tolonglah saudaramu sama ada dia
zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya, "Wahai
           rasulullah, tentu kami akan menolongnya
jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami
menolongnya jika
           dia sendiri berlaku zalim? Rasulullah
bersabda: "Deangan mencegahnya dari melakukan
kezaliman.
           Begitulah menolongnya."
           (Muttafaqun 'alaihi)

           Islam mewajibkan masyarakat Muslim untuk
menolong orang yang dizalimi dari terus dianiaya oleh
           orang yang zalim tanpa mengira berapa
tinggi darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith nabi
           menjelaskan:

           Maksudnya: Jika kamu melihat umatku telah
takut untuk mengatakan kepada si zalim wahai zalim,
           mereka telah ditinggalkan (Allah)

           Setiap Muslim yang mengenal kebaikan
peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar
           saudaranya itu dibertakan secara buruk.
Satu hadith menyebutkan:
           Maksudnya: Sesiapa yang membantah
untu(melind) maruah saudaranya, nescaya Allah akan
menolak
           api neraka daripada wajahnya pada hari
kiamat.
           (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

                                                      
                           Top

           Soalan Ketiga:
           Bagaimana caranya mewujudkan satu
perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil. Tidak
dipengaruhi
           oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan
shariah sebagai landasan hukum yang sah. Juga
           direstui oleh orang ramai sebagai hakim
dalam memutuskan perselisihan dan pertelingkahan?

           Jawapan:
           Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina
(al-Maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu
           dibicarakan. Sebaliknya yang perlu
dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah
           melemparkan tuduhan 'qazaf' (melemparkan
tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti
           yang kukuh. Kaedah shariah berkenaan hal
ini ialah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti
           dan orang yang dituduh wajib mengucapkan
sumpah.

           Walau bagaimana pun, dalam kes seperti ini,
orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah.
           Sebab pada dasarnya setiap manusia itu
bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara
           hukum asalnya setiap Muslim meati berbaik
sangka dan memandang dengan pandangan yang baik
           sesama mereka.

           Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan
tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang
           menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah
shariah yang adil. Manakala kewajipan seorang Qadhi
           Muslim yang menangani kes ini dengan cara
yang diredhai Allah dan hukum shariah-Nya ialah:
           menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti
berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi
           sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran.
Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah
           dakwaannya. Qadhi wajib menegakkan hukuman
Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya
           sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya
dalam memberi kesaksian, dan mengecapnya sebagai
           faslk melainkan jika ia bertaubat.

           Pengecualian untuk hukum tersebut hanya
pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam
           al-Quran, iaitu jika seorang suami menuduh
isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah
           ketentuan fardhu Allah terhadap mereka
berdua yang dikenali dengan istilah "al-Li'an". Dalam
hal ini,
           suami tidak dituntut untuk mengemukakan
empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang
dilakukan
           oleh isterinya sendiri dan dilihatnya
dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga tidak
diwajibkan
           untukterus bersekedudukan bersama isterinya
yang didakwa atau diyakini berkelakuan buruk itu.
Itulah
           sebabnya Allah menentukan satu prosedur
hukum yang berakhir dengan perceraian abadi antara
           kedua-duanya. Firman Allah s.w.t.:
           Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh
isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak ada
           mempunyai saksi-saksi selain diri mereka
sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali
           bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya
dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan
           (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah
atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.
           Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman
oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah,
           sesungguhnya itu benar-benar termasuk
orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima:
bahawa
           laknat Allah atasnya jika suaminya itu
termasuk orang-orang yang benar.

                                                      
                           Top

           Soalan Keempat:
           Jika seorang pemimpin negara di beberapa
kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya
mengenai
           isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan
lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan
           tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka
apakan cara shariah untuk menyelesaikan
           pertelingkahan di antara kedua-duanya?

           Jawapan:
           Cara yang terbaik berkenaan dengan perkara
ini ialah melantik pihak berkecuali ini tidak boleh
           dipengaruhi oleh pujukan atau ugutan
daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada
           permerintah. Dia mesti melihat kepada
perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan
           mementingkan maslahat umat, sambil berusaha
sedaya upaya untuk mencari taufik daripada Allah
           dalam memutuskan perkara tersebut.
Sesungguhnya tengan Allah itu sentiasa berada bersama
           jamaah, berstu padu itu akan sentiasa
mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah
punca
           segala keburukan.

           Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul
Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah.
Sebelum itu
           para sahabat yang berada bersamanya atau
bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara yang
           sama, kaum Khawarij menentang kebijaksnaan
tersebut scraya melaungkan slogan: "tidak ada hukum
           kecuali hukum Allah. Tetapi Abdullah bin
Abbas r.a berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah
           yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan
bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim
justeru
           diperbolehkan oleh Allah dalam
perkara-perkara yang jauh lebih remeh seperti
perselisihan dalam
           keluarga antara suami isteri. Jika ia
dibolehkan dalam perkara-perkara besar yang melibatkan
           perselisihan faham berkaitan dengan umat.
Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman
           Allah berikut dihadapan mereka:
           Terjemahan: Dan jika kau khuatir akan
berlakunya persengketaan di antara kedua-dua (suami
isteri),
           maka kirimlah seorang hakam (juru pendamai)
daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada
           keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang
hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya
           Allah memberi taufik kepada suami isteri
itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha
           Mengenal.
           (Surah an-Nisa' 4:35) 

           Saya berpendapat bahawa satu jawatan kuasa
yang terdiri daripada para cendekiawan Muslim yang
           bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan,
Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili
perselisihan
           ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah
tunjukkan kepada mereka diiringi niat salih, keazaman
           yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh.
Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan,
terbukalah
           jalan dan berlakulah kesepakatan (taufik)
sepertimana pesanan Allah s.w.t berkenaan juru
pendamai.

           Terjemahan: Jika kedua orang hakam (juru
pendamai) itu bermaksud mengadakan perbaikan nescaya
           Allah memberi taufik kepada mereka suami
isteri itu.
           (Surah an-Nisa' 4:35)

           Amat besar harapan saya terhadap
saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar
mereka
           berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api
fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan
           ketahanan bangsa, demi menghadapi
pakatan-pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa
besar
           bagi menghancurkan mereka secara khas dan
kaum mislimin secara umum. Dan itulah cara termudah
           bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah
negara sedangkan umat dalam kealpaan dan
           bercakaran sesama sendiri.

           Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya
rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang
berlaku
           terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan
mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk
           manusia, tetapi sayangnya mereka saling
melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan antara satu
sama
           lain. Akhirnya yang rugi tentulah negara
dan bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperolehi
           keuntungan daripada perselisihan tersebut
ialah Israel, Amerika dan kausa-kuasa lain yang
menanti
           peluang untuk menyerang kaum Muslimin.
Merekalah yang melaga-lagakan untuk memetik hasil
           daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang
berlaku. Mereka menikmati hasil yang maksima
           daripada pergaduhan antara dua kelompok.
Wala hawla Wala Quwata Illa Billah.

           Saya mengingatkan saudara-saudara saya akan
firman Allah s.w.t 
           Terjemahan: Dan berpegang teguhlah kamu
semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
           bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah
kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka
           Allah menjinakkan antara hatimu, lalu
jadilah kau kerana nikmat Allah orang-orang yang
bersaudara.
           Dan kamu telah berada di tepi jurang
neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
           Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat
kepadamu, agar kamu memperolehi petunjuk.
           (Surah Ali Imran 3:103)

                                    Al-Faqir Ila-lah
Ta'ala
                                    Yusuf al-Qaradawi
                                    10 September 1998
                                    18 Jamadil Awal 1419
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Yusri Mohd <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke