*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fyi,
 
-----Original Message-----
From: Yatim, Ahmad-Kamel (GEAE, Malaysia) 
Sent: 02-Oct-2000 3:06 PM
To: Zahidi, Adasir (GEAE, Malaysia)
Subject: FW: KENAPA TELEKOM DISERBU DAN STAFF SERTA PEGAWAI KAMI DITAHAN
PIHAK POLIS ?


FYI.  Tolong sebarkan....
 
-----Original Message-----
From: Yahana Yahaya [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Monday, October 02, 2000 11:59 AM
To: Tini; Sha (Man); Nazri; Man (Sha); K.Ani; K. Intan; Ita Machap; Firdaus
(MBf); Faez Fauzi; Affandi b. Abdullah
Subject: Fw: KENAPA TELEKOM DISERBU DAN STAFF SERTA PEGAWAI KAMI DITAHAN
PIHAK POLIS ?


 
Subject: KENAPA TELEKOM DISERBU DAN STAFF SERTA PEGAWAI KAMI DITAHAN PIHAK
POLIS ?

Tolong Forwardkan Kepada Seluruh Rakyat Malaysia.

KENAPA TELEKOM DISERBU DAN STAFF SERTA PEGAWAI KAMI DITAHAN PIHAK POLIS ?

Pada 30hb September jam 9.30 pagi sepasukan polis cawangan khas telah
menyerbu masuk ke salah sebuah pejabat kawalan Telekom di Kuala Lumpur
Pejabat tersebut digeledah dan beberapa orang pegawai dan telefonis telah
disoal siasat dan ditahan. Kini kesabaran kami sudah sampai tahap maksimum.
Kami ingin menyatakan bahawa kami bukannya lembu yang boleh dicucuk hidung.
Apakah dengan bocornya rakaman telefon di antara Dr.Mahathir dengan IGP Tan
Sri Rahim Noor maka kami terus diugut dan ditakut-takutkan? Kami adalah
manusia, ada hati, ada perasaan dan adapendirian. Kami tidak akan gentar
dengan ancaman pihak polis atau sesiapa sahaja. 
 
Tuan-tuan jika di mana-mana sahaja surat ini tuan-tuan baca, maka kami
pekerja TELKOM Malaysia ingin menegaskan bahawa kami adalah pekerja yang ada
maruah dan harga diri. Kami menulis dan membongkar rahsia dan arahan ini
demi keadilan dan kebenaran.   Memang kami sering menerima arahan dari
semasa ke semasa untuk melakukan intipan dan merakam (tab) perbualan
orang-orang tertentu khususnya VIP dan VVP. Selepas merakamnya, maka kami
diarah menyerahkan kepada pegawai dan seterusnya kepada pihak polis Bukit
Aman. Ini bukan perkara baru dan bukan rahsia lagi. Kami telah merakam
perbualan sesiapa sahaja yang membuat panggilan masuk ke rumah Dato' Seri
Anwar Ibrahim sejak 3 tahun dulu dan lebih intensif lagi sejak 1 tahun
kebelakangan ini atas arahan pegawaiatasan. Namun kami bukannya dungu dan
bodoh seperti lembu dicucuk hidung. Dalam masa yang sama kami juga secara
sukarela membuat rakaman telefon terhadap panggilan keluar masuk pembesar
lain seperti Dr Maha.thir sendiri,Ketua Polis Negara dan beberapa orang
besar Bukit Aman Dato' Megat Junid,D.ato' Sanusi Junid, Dato' Sri Mohd
Najib, Tun Daim Zainuddin,Abdullah Badawi dan ramai lagi termasuk Men teri
Besar Negeri Sembilan,Isa Samad serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Perlu
diingat, tidak ketinggalan juga rakaman untuk Peguam Negara dan anak-anak
buahnya yang sedang mengendalikan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Tuan-tuan,Kami ingin memberi ingatan kepada Dato' Seri Dr.Mahathir bahawa
kami akan lepaskan satu persatu rakaman perbualan itu apabila tiba masa yang
sesuai.
 
 Kami harap rakaman perbualan itu nanti akan dapat membantu penyiasatan dan
perbicaraaan demi untuk kebenaran dan keadilan. Tuan-tuan,Dr Mahathir harus
faham bahawa bukan sahaja kami yang bersimpati kepada  Dato' Seri Anwar
Ibrahim malah melalui rakaman-rakaman yang dibuat ternyata 90% Pegawai Kanan
Kerajaan,ahli korporat, Pegawai Tinggi Polis, tentera malah orang-orang di
Bhg. Penyelidikan JPM dan MKN juga turut bersimpati. Malah dalam pejabat YAB
Dato' Seri sendiri pun ramai yang tidak memihak kepada Da.to' Seri YAB Dato'
Seri, semua ini tidak akan kami bongkar sekiranya tidak ada pegawai-pegawai
polis yang bodoh lagi tolol yang membuat serbuan sedemikian rupa. Mereka
ini langsung tidak tahu psikologi manusia seperti kami. Fahamlah sikit kerja
macam kami ini, setiap saat melayan kerenah pelanggan, kerja ikut
shift,sering dipermainkan, masalah tekanan hidup di K.L dan berbagai lagi.
Oleh itu fikirlah masalah kami sama. Jangan nak ikut kepala biul polis
sahaja. Sudahlah orang berkumpul dan tak buat apa-apa keganasan pun polis
pukul dan ketuk. Macamlah mereka itu anjing gila, takkan kami yang selama
ini ikut sahaja perintah pun polis lanyak semacam sahaja...mana boleh. Kami
pun tahu penyokong DS Anwar amat ramai, cuma mereka itu tidak berani cakap
sekarang. Sampai masa mereka akan tentukan siapa. Kami pun sama juga, kami
pun dapat fikir siapa yang benar dan siapa yang mendapat sokongan. Kami
yakin sokongan kami pada D.S An.war sebagai tindakan tepat dan diredhai.
Kepada DS Anwar, Kak Wan dan keluarga dan pendukung reformasi, jangan
bimbang, urusan Telekom kami jaga. Yang lain-lain,kawan-kawan kita akan jaga
sampai masa kami tah u apa kami akan buat. Yang pastinya Reformasi pasti
kami dan kita akan jayakan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zahidi, Adasir (GEAE, Malaysia)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke