*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> -----Original Message-----
> From: Rudina Zainuddin [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Wednesday, April 17, 2002 2:02 p.m.
> To:   [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; Azlin Omar; Yati
> Haslina Mohd Lazim; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      pedoman dan ingatan...
> 
> 
> 
> 
> 
>             Sepanjang perjalanan  ISRAK  Rasulullah dari Mekah
>             ke Baitul Maqdis, baginda diperlihatkan watak-watak
>                  kehidupan manusia, di antara lain ialah,
> 
>               Baginda melalui satu kaum yang bercucuk tanam,
>            kemudian setelah hasilnya dipetik lalu tumbuh semula.
> 
>                Inilah gambaran orang yang mengorbankan harta
>               benda pada jalan Allah s.w.t. bertepatan dengan
>                        firman Allah yang bermaksud:
> 
>                "Perbandingan orang yang membelanjakan harta
>               mereka di jalan Allah seperti benih yang tumbuh
>             mengeluarkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai
>                  mengeluarkan seratus biji benih dan Allah
>            akan menambah lagi kepada sesiapa yang dikehendakinya
>                  dan Allah Maha luas dan Maha mengetahui.
>                                                  (Surah al-Baqarah:261)"
> 
>                     Baginda juga melalui satu kaum yang
>                     menghempapkan kepalanya dengan batu
>                    yang besar, kepalanya pecah berkecai,
>               kemudian tumbuh semula, lalu dihempapkan lagi,
>                   tumbuh semula dan begitulah seterusnya.
> 
>                Demikianlah gambaran orang yang meninggalkan
>                      SOLAT LIMA WAKTU yang diwajibkan.
> 
>                Seterusnya Rasulullah dipersaksikan satu kaum
>                    yang sedang memegang daging yang baru
>                    sahaja dimasak dan lazat pula rasanya
>                  dan satu lagi memegang daging yang mentah
>                 dan busuk baunya, tetapi ia memilih daging
>                           yang busuk dan mentah.
> 
>                Inilah gambaran seorang lelaki yang mempunyai
>                     isteri yang sah tetapi menumpahkan
>                          nafsunya kepada pelacur.
> 
>             Diperlihatkan juga seorang lelaki yang mengumpulkan
>              seberkas kayu untuk dipikulnya, dia tidak berdaya
>                   memikul kemudian ditambah lagi kayu itu.
> 
>                Inilah bandingan orang yang menerima amanah,
>                    ia tidak boleh menunaikan amanah itu,
>                  etapi masih lagi menerimanya kerana tamak
>               dan halobanya kepada harta, pangkat dan kuasa.
> 
>               Diperlihatkan juga suatu kaum yang menggunting
>                   lidah dan bibirnya dengan gunting besi,
>                      setelah digunting tumbuh semula,
>                lalu digunting lagi, demikianlah seterusnya.
> 
>               Inilah gambaran orang yang suka membuat fitnah
>                memecah belahkan masyarakat dengan lidahnya.
> 
>                      Diperlihatkan juga satu kaum yang
>                    memakai kain yang kecil  (perca kain)
>                     untuk menutup aurat mereka di depan
>               dan di belakang, lalu mereka dihalau ke padang
>                     seperti binatang masuk ke kandang,
>                apabila sampai di padang mereka terus sahaja
>                       memakan buah ZAKUM , iaitu bara
>                        daripada api neraka Jahanam.
> 
>                  Inilah gambaran orang yang tidak membayar
>                    Zakat yang wajib ke atas diri mereka.
> 
>               Baginda diperlihatkan satu kaum yang mempunyai
>                  kuku yang panjang dari tembaga lalu mereka
>                    mengaru muka dan dada mereka sehingga
>                  terkeluar kulit dan daging mereka selepas
>                 itu pulih semula seperti biasa lalu digaru
>                    lagi seterusnya tidak berhenti-henti.
> 
>                 Inilah gambaran mereka yang suka MENGUMPAT
>                          dan MENGHINA orang lain.
> 
>                     Baginda diperlihakan satu kaum yang
>                   berenang dilautan Darah dan dilontarkan
>           ke dalam mulut mereka batu-batu panas dari api neraka.
> 
>                     Inilah gambaran mereka yang memakan
>                         RIBA atau HARTA YANG HARAM
> 
>                Baginda juga diperlihatkan ramainya penghuni
>                        api neraka adalah dikalangan
>                      kaum wanita daripada kaum lelaki.
> 
>                         Inilah gambaran kaum wanita
>                yang suka melanggar perentah Allah s.w.t. dan
>                      RasulNya. Contohnya dalam masalah
>                              AURAT dan LISAN.
> 
>                                Wallahua'lam
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke