*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message ----- 
From: Mahiran Mutalib <[EMAIL PROTECTED]>
To: Dakwah (E-mail) <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, June 11, 2001 10:30 AM
Subject: [Dakwah] FW: sebuah kehidupan....


> > > >
> > > >************************
> > > >        Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi.
> > > >Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.
> > > >Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku
> > > >belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi
> > > >wajahnya...Kau cantik sayang.., bisikku perlahan.
> > > >Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah
> > > >tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan
> > > >cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. "Ya Allah
> > > >kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma
> > > >seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada
> > > >Ilahi dalam setiap sujudku.
> > > >        Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami
> > > >berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami
> > > >usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua
> > > >thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang
> > > >diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah.
> > > >mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."Apakah
> > > >hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku
> > > >yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk ku ketahui
> > > >suatu ketika kelak....Pasti! "Huda....bangun.,...jom
> > > >kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia
> > > >menggeliat.... Aku tersenyum melihat wajahnya yg
> > > >keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah
> > > >pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan
> > > >Kanak-Kanak.    Tentu dia penat melayan karenah
> > > >'anak-anak'nya....Ahh.aku sayang padamu Huda..Akhirnya
> > > >,aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku
> > > >yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa
> > > >memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al
> > > >A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau
> > > >memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk
> > > >orang-orang yg bersyukur.. Jam berbunyi empat kali.
> > > >        Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua
> > > >ku dapati Huda dah berada dibelakangku.. Wajahnya
> > > >masam,..merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak
> > > >lucu." Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam
> > > >nada separuh berbisik... Semakin menjadilah rajuknya.
> > > >"Kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya...Aku
> > > >tersenyum  cuma. "Dah, abang tengok cik adik letih
> > > >sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak
> > > >sedar.." Akhirnya Huda mengalah, tapi
> > > >bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat
> > > >malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang menurut
> > > >perintah." Usikku lagi.Huda tersenyum lebar mendengar
> > > >usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil
> > > >bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya
> > > >berlalu dengan wajah yang melucukan.
> > > >        Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda
> > > >memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan:
> > > >"Abang.....nikah jelah satu lagi"  Dengan nada yang
> > > >bersahaja..Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan
> > > >keturunan, kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..!
> > > >Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan
> > > >cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah
> > > >menghalang poligami  apatah lagi dengan keadaan yang
> > > >kami alami sekarang ini,sanggupkah aku memikul bebanan
> > > >ini ....?
> > > >        "Hai tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.
> > > >"Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..
> > > >takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada
> > > >Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin
> > > >satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari
> > > >isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan
> > > >tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang
> > > >niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam
> > > >mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh
> > > >melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu
> > > >lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.
> > > >"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda
> > > >dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda ! Jangan
> > > >merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa
> > > >ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa
> > > >Yahya.."        Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah
> > > >kepadanya.. Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg
> > > >membasahi dadaku..Hari ini ulang tahun perkahwinan
> > > >kami yang ke tujuh...umurku sudah
> > > >merangkak 33 tahun...Uban di kepalaku sudah meningkat
> > > >bilanganya...Berbanding ketika awal pernikahan
> > > >bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu
> > > >Huda kepadaku.. Sehingga ke saat ini Allah belum
> > > >kurniakan kami rezeki,seorang anak. Tapi cintaku pada
> > > >Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar.
> > > >        Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ....Ada
> > > >bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik
> > > >lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..
> > > >:"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita
> > > >.."Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke
> > > >telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas
> > > >meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal
> > > >di ibu kota.
> > > >        Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda
> > > >dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat
> > > >yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda
> > > >separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa
> > > >ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.."
> > > >Bismillahir rahmanir rahimm..ku potong kek istimewa
> > > >itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku
> > > >mengambil sampul surat dari tangannya tadi..
> > > >"Subhanallah..Maha suci Allah,.. Tuhan sekelian
> > > >alam..!! "Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian
> > > >lama penantian ini.!            Seketika aku tersungkur sujud.
> > > >Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda
> > > >seerat-eratnya.
> > > >Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti
> > > >tika ini,..tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doctor tak
> > > >bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau
> > > >beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda
> > > >selamba..Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2
> > > >ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang
> > > >selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan
> > > >cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn
> > > >kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.
> > > >Aku benar2 lupa
> > > >membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa
> > > >bersalah..
> > > >        Sejak berita itu diterima. kesihatan dan aktiviti
> > > >Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya
> > > >kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan
> > > >bercadang mengupah driver utk kemudahannya.Aku minta
> > > >supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda
> > > >tak bersetuju..         Katanya, janganlah terlalu manjakan
> > > >dia..Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang
> > > >akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ketika aku ttp
> > > >meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah
> > > >panjang. "Abang sayangg...abang kata nak jadi seperti
> > > >zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak bayi ini menjadi
> > > >mujahid atau mujahidah,.. Abang..,..kalau kita
> > > >bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid
> > > >atau mujahidah,. kita kena latih dia sejak dalam
> > > >kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya.. Kalau
> > > >dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal
> > > >lahir ini bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah
> > > >atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,..kesenangan
> > > >dan kemewahan bukan modal yang baik untuk
> > > >anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati
> > > >kesenangan di syurga.
> > > >        Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus
> > > >meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham
> > > >dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam
> > > >Islam..aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang
> > > >jadi terlalu cerewet..! Pagi itu selepas sarapan aku
> > > >melihat Huda tidak seperti biasa,.. Peluh mengalir
> > > >laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Ku rasa
> > > >badannya,.. panas.! Seingat aku Huda hanya akan
> > > >melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,..Aku
> > > >panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan
> > > >seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap
> > > >ayah dan ibuku segera datang utk menambah
> > > >ketenanganku.
> > > >        Aku mundar mandir..Ya Allah!!! selamatkanlah isteri
> > > >dan anakku..bisikku berulang kali.. "Encik
> > > >Saifuddin..?".. Dr Khadijah,.. pakar sakit puan
> > > >rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor!!" sahutku
> > > >cepat. Ku hampiri DrKhadijah. "Boleh kita berbincang
> > > >sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik
> > > >rundingan,.."Saya harap Encik saifudin
> > > >bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit
> > > >masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan
> > > >degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan
> > > >Huda perlu dibedah
> > > >segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya
> > > >doktor.. Tapi isteri saya bagaimana doktor..?" Tanyaku
> > > >dgn nada separuh ketar dan bimbang. "saya akan cuba
> > > >sedaya upaya,..utk menyelamatkan
> > > >kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada
> > > >Allah. Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi
> > > >yakin lahir dari doktor Khadijah..
> > > >        Ya Allah!! selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan
> > > >Kau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku
> > > >yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri
> > > >dan anakku.. Aku memohon limpah kasih sayang Allah
> > > >kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku
> > > >cari ketenangan dalam solatku,.. tiba2 ayahku
> > > >memanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik
> > > >pembedahan..
> > > >        Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdengar suara
> > > >tangisan bayi,,.. alangkah lunaknya. Encik
> > > >saifudin..?" "Ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik
> > > >telahpun melahirkan bayi  perempuan yang sihat,.2.9 kg
> > > >dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,..
> > > >"Alhamdulillah.... isteri saya bagaimana doktor.?" Dr,
> > > >Khadijah terdiam .. tiba2 perasaan tidak sedap
> > > >menjalar keseluruh tubuhku,.. Ku tenung wajah Doktor
> > > >dengan tatapan penuh tanda tanya,...
> > > >        Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil
> > > >tertunduk..Mulutku ternganga seketika,.. "Maaf,.saya
> > > >telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih
> > > >menyayangi Huda,.. "Deraian air panas bercucuran tanpa
> > > >boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke
> > > >ruang bilik pembedahan.. Ku rasa seperti seretan kaki
> > > >ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di
> > > >tutup dgn kain putih terbaring,.. Perlahan aku membuka
> > > >kain penutup..
> > > >Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn.. DariNya kita
> > > >datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Huda
> > > >pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis
> > > >sekali,..tanpa disedari ku dakap Huda seerat
> > > >eratnya.. tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!
> > > >"Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengar suara
> > > >doktor Khadijah cuba menenangkan aku,..
> > > >"Nurse,..tolong bawakan anak encik Saifudin.." katanya
> > > >lagi,..
> > > >        Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan
> > > >dihadapanku,...perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,.
> > > >Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka
> > > >amat mirip.! Matanya,..hidungnya,.. mulutnya,..
> > > >Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak.. tangisanku
> > > >semakin
> > > >menjadi-jadi,..
> > > >        Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan
> > > >berkata,.." Iqamahkan anakmu Saifuddin,.. sambutlah
> > > >yang hadir,.. doakanlah yang kembali..".  Huda!!
> > > >rupanya inilah hikmah Allah,.. Maha Kuasa dan Maha
> > > >mengetahuinya Allah swt,.. Dia memberi kesempatan
> > > >kepadaku menemanimu ,
> > > >mengasihimu, hampir selama lapan tahun,.. utk akhirnya
> > > >memanggilmu setelah dikurniakn gantinya.
> > > >Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,..
> > > >Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu
> > > >membawa kematian Huda,.. Tidak,..Tidak, itu semuanya
> > > >ketentuanMu Ya Rabb.... Tuhan yang Maha Mengetahui,..
> > > >Lagi Maha Pengasih,... Selamat tinggal Huda.....
> > > >
> > > >*************************
> > > >Ketetapan adalah tetap ketetapan ALlah. Manusia dengan
> > > >ikhtiarnya. Inilah tarbiyah ALlah buat orang-orang
> > > >yang menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada
> > > >ALlah. Kita berdoa. Kita merayu agar
> > > >disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat. Harus
> > > >juga kita ingat akan doa Nabi, "Janganlah Ya ALlah Kau
> > > >berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas
> > > >kasihan dan simpatiMu sedangkan ia hanya membawa
> > > >kerugian kepada diriku." Berdoalah. berdoa dengan
> > > >mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
> > > >dan redhalah... redha dengan setiap pemberian dan
> > > >anugerahNya ..redha ketika diuji itulah sabar namanya.
> > > >dan sahabat... bertajahud lah lagi di malam hari dan
> > > >berdampinglah dengan AL-Quran .. InsyaALlah itulah
> > > >ubat mengistiqamahkan iman ...Hakikat Sebuah
> > > >Kehidupan..betapa penting kesabaran dan ketenangan
> > > >menghadapi sesuatu musibah yg melanda..."was bir ma
> > > >asobak"..Bersabarlah kamu dengan apa yg ditimpakan
> > > >kepada kamu"..Betapa besar peranan antara suami isteri
> > > >dan sifat sayang menyanyangi disamping menjadikan
> > > >Quran dan SUnnah sebagai amalan Harian...Kepada
> > > >Muslimat.. amat besar nilainya andai Muslimah Sanggup
> > > >mengorbankan kebahagiaannya demi
> > > >suaminya..Subhanallah...Semoga sama2 kita dapat
> > > >mengambil istifadah dari ini semua..
> > > >
> > > >Sekian Wassalam..
> > > >ikhlas dari,
> > > >Fiqh-Usul IIUM Gombak...
> > > >****************************
> 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SUSI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke