----- Original Message -----
Sent: Wednesday, June 27, 2001 3:29
AM
Subject: [falak-net] Gerhana Separa Bulan
- 5 Julai 2001
Assalamualaikum wbt.
Buat makluman semua, minggu hadapan ( 5 Julai
2001 ) akan berlaku gerhana separa bulan dan akan dpat dilihat di
Malaysia keseluruhan fasanya.
Gerhana Separa Bulan merupakan suatu
fenomena di mana sebahagian Bulan akan dilindungi bayang-bayang bumi. Tidak
seperi gerhana bulan Penuh yang berlaku bulan Januari lepas, dijangkakan kali
ini hanya separuh daripada bulan akan menjadi gelap hasil.
Nota: Bayang-bayang bumi dibahagikan kepada 2 kawasan.
Kawasan penumbra ialah kawasan bayang-bayang yang kurang
gelap, manakala kawasan umbra ialah kawasan yang lebih
gelap.
Fasa penumbral, fasa di mana bulan mula
memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, akan bermula sekitar pukul
8.10 malam, tetapi kebanyakan orang tidak akan dapat melihat
sebarang perubahan kecerahan bulan buat setengah jam yang pertama.
Fenomena gerhana separa secara rasminya bermula apabila
bulan memasuki fasa umbra, yakni memasuki kawasan
bayang-bayang umbra pada pukul 9.35 malam.
2 jam 40 minit kemudian, gerhana separa
bulan akan berakhir di mana bulan akan keluar dari kawasan umbra, lebih kurang
pukul 12.15 tgh malam. Dan walaupun tidak dapat atau sukar
untuk dilihat dengan mata kasar, fenomena gerhana separa ini secara
teknikalnya akan berakhir pada pukul 1.39 pagi.
Gerhana separa ini mungkin kurang mendapat liputan orang
ramai, kerana mungkin ia tidaklah begitu menarik untuk dicerap, tetapi kita
kena ingat bahawa kejadian gerhana yang berlaku ini merupakan petanda yang
jelas terhadap kekuasaan Allah SWT. Mudah-mudahan kita akan
mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya.
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai
gerhana ini, buat masa ini boleh hantar email ke
falak-net.
Laman Falak-net sekarang berada di dalam
keadaan 'idle' kerana saya sedang dalam proses untuk
megemaskininya. Saya memohon ampun dan maaf jika lambat mengemaskini laman web
tersebut. InsyaAllah , beberapa hari lagi, saya akan sertakan maklumat yang
lebih terperinci mengenai gerhana separa ini di laman tsbt.
Wallahualam
Shahrin