----- Original Message -----
Sent: Friday, July 06, 2001 3:37 AM
Subject: Re: Jonah Kena ISA
http://www.malaysiakini.com/News/2001/07/2001070501.php3
Aktivis pelajar
ditahan ISA, seorang lagi rumah digeledah
12:35pm, Thu: Seorang aktivis pelajar Institut Kemahiran Mara
(IKM) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ditahan di bawah seksyen 73 (1) Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Beliau pada awalnya ditangkap di depan balai
polis Dang Wangi, Kuala Lumpur jam 9.30 pagi ketika mengiringi enam aktivis
pelajar melaporkan diri di balai itu berhubung siasatan kes perhimpunan aman di
Masjid Negara pada 8 Jun lalu.
Polis menyerbu
kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur dan merampas beberapa bahan bercetak dan
video cakera padat (VCD).
Beberapa wartawan
daripada akhbar bebas, termasuk Malaysiakini.com, berada di tempat
kejadian ketika pelajar itu dibawa untuk tahanan ISA.
Tujuh orang, termasuk enam pelajar, yang ke balai pagi ini, diarahkan
melaporkan diri semula pada 19 Julai. Malaysiakini difahamkan mereka
"perlu menyediakan wang ikat jamin" pada hari itu.
Enam aktivis itu ditangkap di Masjid Negara dalam perhimpunan bagi
menggesa pemansuhan ISA. Gabungan 12 persatuan pelajar itu dikenali Gerakan
Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI). Mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas
ditahan di balai yang sama hampir 24 jam.
Sementara itu, rumah seorang bekas aktivis pelajar Universiti Malaya
di Bangi diserbu polis tengahari semalam.
Lapan
orang anggota polis berpakaian biasa, diketuai oleh seorang pegawai yang
dikenali sebagai ASP Lee, daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menyerbu
rumah itu kira-kira jam 2.30 petang.
Malaysiakini dimaklumkan isteri bekas aktivis pelajar itu,
ketika itu berada di rumah, memberitahu polis menggeledah dan memeriksa bilik
tidur, dapur, tandas dan sekeliling rumah itu kira-kira 45 minit.
Polis juga memeriksa komputer milik suaminya,
sekarang pensyarah di sebuah kolej swasta, mencetak dan merampas beberapa
artikel.
Bekas aktivis itu dikatakan diserbu
bagi siasatan berhubung majalah Varsiti 2001.
Dalam perkembangan berkaitan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
memberitahu tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa dipanggil semalam untuk
memberikan keterangan kepada pihak pentadbiran universiti itu berhubung satu
majlis pelancaran kempen 'Mansuhkan ISA' yang diadakan di kampus itu Mei lalu.
Malaysiakini gagal melaporkan lebih awal
kerana pelayan (server) mengalami masalah teknikal.
[Laporan penuh selepas ini]
----- Original Message -----
Sent: Thursday, July 05, 2001 11:43
AM
Subject: Jonah Kena
ISA
Secara ringkas sebab maklumat detail tiada.
Jonah telah ditahan di Balai Polis Jalan Stadium jam 10
pagi tadi ketika mengiringi 7 pelajar yang ditahan di Masjid Negara beberapa
minggu lalu melaporkan diri. Dilaporkan beliau sah dikenakan tahanan bawah
ISA. Status 7 pelajar belum diketahui lagi.
Keadaan nampaknya tidak berubah. GMI kena gerak lebih
aktif lagi.
Salam Reformasi.
|