Antara Dua Mahligai Bekas Ahli Parlimen
Pendang
Pengundi di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit
diminta menilai semula kehidupan pemimpin-pemimpin Umno bila mereka menjadi
wakil rakyat. Gambar diatas menunjukkan dengan jelas dua buah rumah bekas Ahli
Parlimen Pendang, Dato’ Othman Abdul yang kini menjadi calon Barisan Nasional
dan kediaman Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor yang terletak di belakang Kolej
Muassasah Darul Ulum.
Rumah Almarhum Ustaz Fadzil
|
Mahligai Othman
Abdul
|
Di dalam gambar diatas dengan jelas menunjukkan apakah yang dilakukan oleh
orang-orang Umno bila mereka mendapat kuasa, iaitu membina mahligai mewah,
membeli kereta-kereta mewah, dan sebagainya.
Sedangkan rakyat
bawahan hidup dengan kemiskinan. Itu baru rumah milik bekas Setiausaha Parlimen,
bagaimana pula mahligai-mahligai yang dimiliki oleh Timbalan-Timbalan Menteri,
Menteri-Menteri apalagi rumah milik Perdana Menteri. lihat sahaja mahligai Dato’
Abd Kadir Sheikh Fadzil, mahligai milik Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri
Wan Mokhtar Ahmad, dan lain-lain pemimpin Umno.
Adakah pengundi-pengundi
di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit mahu pemimpin seperti Othman Abdul dan
Zakaria Said menjadi wakil mereka?, sedangkan mereka hidup mereka dalam keadaan
yang dhaif. RTM sering menemuramah pemimpin-pemimpin Umno dan mereka
mempertikaikan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang kononnya gagal membawa
pembangunan.
Cuba kita tanya semula Othman Abdul Khususnya selama dia
menjadi Ahli Parlimen Pendang selama beberapa penggal, pembangunan apa yang
dibawa untuk penduduk pendang?, sedangkan Ustaz Fadzil Noor baru menjadi Ahli
Parlimen Pendang pada tahun 1999, itupun peruntukannya sebagai Ahli parlimen
sebanyak RM500,000 setahun dinafikan oleh kerajaan pusat.
Diharap
pengundi-pengundi di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit jangan termakan dengan
janji-janji manis Umno, ingatlah itu semua hanya untuk memancing undi sahaja.
untuk akhirnya ingatlah pesanan dari Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik
Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
“Bagi Duit
AMBIL!, Bagi Gula, KACAU!, Bagi Kain, PAKAI!, Bagi Apa Pun TERIMA!, Bila
Mengundi PANGKAH PAS!. Ikan tenggiri Ikan Gelama, Mari dimasak diasam pedas, Apa
diberi sila terima, Kalau Mengundi Pangkahlah PAS!.
Undilah Calon
PAS P11 Pendang, Dr Haji Mohamad Hayati Othman N15 Anak Bukit, Ir.
Haji Aminuddin Hamzah
Perdana V6
|
<<attachment: ustfadzil.jpg>>
<<attachment: othmanmahligai.jpg>>