>
>
>>From: [EMAIL PROTECTED]
>>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>CC: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: [abimlink] Megah Di Atas Kekuatan  Orang Lain
>>Date: Sun, 05 Dec 1999 04:51:22 -0800
>>
>>MEGAH DENGAN KEKUATAN ORANG LAIN
>>
>>Retorika dan simbolisme cuma mempunyai kesahihan yang
>>terbatas. Di dalam pertembungan politik dan perebutan
>>mengaut pengaruh, retorika dilambung-lambung untuk
>>menonjolkan kehebatan dan kemampuan masing-masing. Akhirnya
>>kesahihan sesebuah retorika akan terbukti dengan kehendak
>>dan kecenderungan ummat di medan pilihanraya.
>>
>>Pilihanraya terakhir di alaf ini memuatkan pengajaran yang
>>paling berguna untuk semua. Sekali lagi sejak Alam Melayu
>>digesitkan (intensified) dengan proses pengislaman pada
>>abad ke-13 lalu, lebih 700 tahun yang lampau, ummat Melayu
>>kembali menegaskan syarat kesetiaannya terhadap pemerintah.
>>Tanggungjawab keimanan dan dinamika dalaman yang memang
>>terbina di dalam budaya pemikiran Melayu-Islam telah
>>dimanifestasikan di dalam pernyataan yang tidak berbelah
>>bagi. Syarat kesetiaan inilah yang semakin dilupai oleh
>>khalayak politik yang begitu terhimbau dengan kemilau
>>pengaruh dan kuasa. Dan, adalah tidak keterlaluan jika
>>dikatakan bahawa berdasarkan kepada senario yang ada,
>>syarat kesetiaan ini akan terus diperingatkan berkali-kali
>>sebagai penentu kepimpinan ummat masa hadapan.
>>
>>Di antara syarat penting kesetiaan ummat Melayu di dalam
>>budaya Islamnya terhadap pemerintah ialah memastikan
>>pemerintah tidak melewati perenggan, batas dan sempadan
>>adab serta kesopanan terhadap rakyat yang diperintah. Kuasa
>>bukan alasan kukuh untuk memperbodoh dan meremehkan rakyat.
>>Rakyat tidak boleh dihina dan diaibkan. Rakyat menuntut
>>kebenaran itu ditegak dan dipertahankan dengan penuh rasa
>>cemburu. Rakyat mengharapkan agar dengan kebenaran itu,
>>pemerintah dapat memperjuangkan keadilan. Kesemuanya ini
>>terangkum padat di dalam ungkapan keramat, "raja adil raja
>>disembah, raja zalim raja disanggah". Tegasnya, kemuliaan
>>manusia (karamah insaniyyah) tidak boleh dipermain-mainkan.
>>
>>Di antara isu penting pilihanraya kali ini ialah sejauh
>>mana kepimpinan negara dinilai dari syarat kesetiaan ummat
>>yang dipimpininya. Apakah kepimpinan negara masih mewakili
>>aspirasi dan impian golongan terbanyak dari masyarakat yang
>>dikatakan pernah memilihnya? Pilihanraya kali ini juga
>>menilai urutan keutamaan (priority) syarat kepimpinan ummat
>>yang ingin dibentuk untuk generasi yang akan datang. Haluan
>>kepimpinan generasi masa hadapan juga turut diisyaratkan
>>menerusi pilihanraya kali ini. Setiap isyarat dan maklumat
>>yang terluah dan yang dihujahkan menerusi keputusan
>>pilihanraya ini akan hanya diterima oleh mereka yang
>>berjiwa merdeka. Namun mereka yang berjiwa hamba akan
>>terus-terusan terikat dengan pemikiran lama yang sudah
>>tiada sisa lagi di hati generasi akan datang. Mereka yang
>>berjiwa hamba akan hanya mampu mengutip maklumat dangkal
>>dengan analisa picisan kerana mereka cuba menafikan
>>kebenaran gejolak dan semarak rasa ummat yang menanti untuk
>>disantuni. Sedangkan mereka yang berjiwa merdeka akan
>>menangkap isyarat dari lapisan makna yang berlapis-lapis.
>>
>>Selama ini secara tradisi, Perdana Menteri dipilih dari
>>parti yang mewakili komposisi kaum terbesar di antara
>>parti-parti komponen yang memenangi pilihanraya. Lazimnya
>>sejak Merdeka, parti yang mewakili komposisi kaum terbesar
>>ialah UMNO. Namun, telah tersurat bahawa pilihanraya kali
>>ini memutuskan bahawa hanya segelintir ummat Melayu yang
>>merestui rentak dan irama perjuangan UMNO yang sudah jauh
>>terpisah dari aspirasi ummat Melayu. Tegasnya UMNO sudah
>>tidak boleh diharap untuk mempertahankan syarat kesetiaan
>>ummat terhadap pemerintah. Dan tradisi yang dipegang UMNO
>>bahawa lantaran mereka mewakili komposisi kaum terbesar di
>>tanahair semakin diragui. Sebaik sahaja UMNO meremehkan
>>syarat kesetiaan keramat ini, ummat sudah tidak berada di
>>dalam keadaan yang serba salah lagi untuk mengetepikan UMNO.
>>
>>Maka sebarang usaha untuk mengembalikan kepercayaan ummat
>>kepada UMNO mesti mengambilkira syarat kesetiaan ini.
>>Analisa dan "post-mortem" yang dilakukan UMNO tidak boleh
>>mengetepikan syarat ini. Tiada belanjawan yang boleh
>>diperuntukkan untuk mengadakan majlis ikrar kesetiaan ummat
>>ini. Tiada program mega dan raksasa yang boleh diusahakan
>>untuk menarik minat ummat kepada UMNO tanpa difikirkan ruh
>>perjuangan ummat menegakkan kebenaran ini. Inilah yang
>>perlu difikirkan oleh mereka yang masih mempunyai nurani
>>ikhlas di dalam UMNO dan mereka yang masih mempunyai
>>kredibiliti keilmuan di dalam UMNO. Tidak mungkin mereka
>>yang merupakan discredited politicians di dalam UMNO dapat
>>menerima hakikat syarat kesetiaan ini. Menerusi
>>pandangan-pandangan terbuka mereka, kita masih melihat
>>betapa mereka cuba menafikan kebenaran syarat ini.
>>
>>Namun, sebagai panglima perang yang sudah kelesuan hujah
>>(exhausted admirals), mereka mengutip alasan-alasan remeh
>>untuk melindungi hakikat bahawa mereka sudah tidak
>>dipercayai ummat untuk menyalurkan aspirasi golongan
>>terbanyak. Soalnya, susah sangatkah mereka menerima
>>keputusan yang cuba dinafikan ini?
>>
>>Memenangi pilihanraya di atas kehebatan dan kekuatan orang
>>lain adalah suatu yang lumrah di dalam mana-mana sistem
>>demokrasi. Namun terus merasa hebat dalam kekurangan ini
>>tanpa sedikitpun rasa bersalah adalah satu kenyataan yang
>>memalukan. Kalaulah pilihanraya ini berlangsung secara adil
>>dan telus, apakah mereka yang masih merasa gagah ini akan
>>terus berdiri di atas kehebatan yang asasnya begitu rapuh
>>(brittle) dan rawan (tender)? Kehebatan inilah yang akan
>>dihujahkan nanti sebagai sebuah kerajaan yang kuat dengan
>>majoriti yang besar. Sedangkan "bargaining position" yang
>>ada sudah terhakis oleh kehebatan palsu yang cuba digagahi.
>>
>>Di dalam sejarah, pemerintah tidak pernah dipandang hina
>>sekiranya mereka menerima hakikat kehendak ummat terbanyak.
>>Jiwa besar yang dipunyai oleh Muawiyah ibn Abi Sufyan telah
>>membuatkan beliau menarik balik peruntukan terhadap
>>golongan miskin yang cuba dikurangkannya ketika menjawat
>>jawatan gabenor. Kisah sejarah ini tidak pernah dipandang
>>remeh. Sebaliknya dijadikan inspirasi kepada angkatan
>>pemimpin muda yang bermunculan di mana sahaja.
>>
>>Kemelut kepimpinan ini sudah sepatutnya berakhir. Namun,
>>ramai yang sedang menduga di mana titik kesudahannya.
>>Kredibiliti kepimpinan mesti dikembalikan. Dan pengembalian
>>ini hanya mampu dilakukan oleh mereka yang sememangnya
>>mempunyai kredibiliti. Bukannya oleh mereka yang cuba
>>bersusah-payah menonjolkan kredibiliti yang tidak pernah
>>ada! Dan mereka yang mempunyai kredibiliti ini adalah
>>mereka yang sedang dipinggirkan jauh di suatu sudut; namun
>>terlalu hampir dengan denyut dan nadi ummat!
>>
>>Kerinduan ummat terhadap nilai keadilan terlalu tinggi
>>untuk dikesampingkan. Ummat sanggup berkorban demi
>>mengembalikan nilai yang sedang dinafikan ini. Maruah ummat
>>tercabar dengan penafian seperangkat nilai-nilai luhur yang
>>sedang dikaburi oleh mereka yang sudah tidak lagi merasai
>>pahit getir perjuangan ummat mencari dan menegakkan
>>kebenaran.
>>
>>Dan untuk mengakhiri kehebatan yang rawan dan kemelut
>>kepimpinan ini, kita nyatakan semula ramuannya: jiwa besar
>>lagi merdeka; syarat kesetiaan ummat; keadilan; kebenaran;
>>dan kredibiliti. Lakukanlah untuk kesejahteraan generasi
>>masa hadapan!
>>
>>----------------------
>>Khairil Anuar RAMLI
>>[EMAIL PROTECTED]

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

ISU_1.doc

Kirim email ke