*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA > SIARAN MEDIA > 27 November 1999 > > > SELAMAT MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA 1999: > BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT DEMI MASA DEPAN YANG > GEMILANG > > >Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru rakyat Malaysia >supaya keluar beramai-ramai pada 29 November 1999 bagi >menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara untuk memilih >calon-calon yang bertanding bagi mewakili kawasan masing- >masing dalam pilihanraya kali ini. Tindakan dan keputusan anda >amat penting kerana apa yang anda pilih akan menentukan masa >depan kita, maruah dan martabat umat di Malaysia pada alaf baru. > >Seperti yang kita maklum, negara kita sedang >mengalami pergolakan yang amat getir dari segi politik, >ekonomi dan sosial. Hampir-hampir tidak ada siapa >yang terlepas dari tekanan keresahan akibat pelbagai >perkara yang berlaku, sama ada mereka warga kota >maupun penduduk desa, kelompok korporat maupun >birokrat, para pelajar serta mahasiswa maupun kaum >pekerja. Keadaan ini berpunca dari krisis >kepemimpinan politik paling serius yang pernah >melanda negara. Ini telah menjerumuskan rakyat jelata >ke dalam kemelut yang menggoncang institusi-institusi >awam dan swasta ke tahap yang paling mencabar >dalam sejarah tanahair. Krisis ini juga telah >menghumban kita ke jurang kegelisahan dan >kesengsaraan mental serta fizikal yang belum pernah >kita alami sebelum ini. > >Sebagai rakyat yang mencintai keamanan dan >kesejahteraan, kita bertanggungjawab untuk tampil bagi >menghentikan semua gejala buruk ini dari terus >berkembang dan memusnahkan kekuatan umat dan >negara. Sumbangan berkesan boleh diberi oleh rakyat >untuk keluar dari kemelut ini dengan memilih parti yang >membariskan para pemimpin yang jujur dan benar- >benar berhati rakyat dan berjuang untuk rakyat serta >sedia mengorbankan kepentingan-kepentingan diri >demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat terbanyak. >Sebaliknya calon-calon yang ternyata rendah pekertinya, >miskin akal budinya, tandus ilmunya, mengkhianati >amanah dan sering menabur fitnah, tidak ada pilihan >lain untuk kita kecuali menolak mereka sama sekali. >Gunakanlah akal budi dan nurani anda untuk >menentukan antara kaca dan permata; antara madu dan >hempedu; antara padi dan lalang. > >Pilihan bijaksana yang anda buat itu, akan menentukan >kemampuan kita untuk bangun pada fajar alaf baru dengan >kekuatan dan keberanian yang meyakinkan bagi membawa umat >negara ini ke tahap kecemerlangan. Ini akan hanya menjadi >kenyataan sekiranya kita dipimpin oleh barisan qiyadah yang >penuh wibawa, amanah dan berakhlak, bersemangat tinggi serta >berpegang teguh kepada nilai-nilai murni sejagat. Diharapkan juga >pilihan waras yang anda buat akan menjadikan sosio politik negara >kita bebas daripada amalan korupsi dan pembaziran, kronisme dan >kolusi serta amalan fitnah-memfitnah. > >Nyatakan pilihan bijaksana anda itu dengan penuh yakin di atas kertas undi. > Inilah masanya untuk kita sama-sama menyatakan pendapat yang amat berharga dan >nilainya ialah maruah bangsa, negara serta agama. Selamat mengundi. > > > > >AHMAD AZAM ABDL RAHMAN >Presiden ____________________________________________________________________ Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at http://webmail.netscape.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Abdullah Zubair <[EMAIL PROTECTED]>