Note: forwarded message attached.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com




   
29 October 99 
 
   
--------------------------------------------------------------------------------



Topik: Perkahwinan Mengikut Syariat Islam 

Saudara-saudara Sidang Jumaat Rahimakumullah 


Setiap kali apabila tiba hari Jumaat, kita akan
diperingatkan agar bertaqwa kepada Allah. Bertaqwa
kepada Allah bukan sahaja bermakna kita meninggalkan
segala laranganNya dan mengerjakan segala perintahNya,
bahkan bertaqwa kepada Allah adalah lebih dari itu.
Bertaqwa kepada Allah juga bermaksud agar kita
memastikan anak isteri kita, adik beradik kita dan
sekelian ahli keluarga kita agar tidak melanggar
perintah Allah, agar mereka mejadi orang Islam yang
baik. 


Sidang Jumaat sekelian, 


Antara perkara yang perlu kita beri perhatian adalah
hidup berkeluarga yang bermula dengan perkahwinan.
Dengan perkahwinan kita akan dapat melahirkan zuriat,
anak-anak yang kita harap dapat menjadi orang Islam
yang berguna untuk masyarakat dan negara. 


Oleh kerana itu, Islam amat menitik-beratkan tentang
perkahwinan ini. Islam telah menggariskan
panduan-panduan agar kita umat Islam dapat
mempraktikannya. Agar kita dapat mencapai kejayaan
dunia dan akhirat. Agar kita dapat hidup bahagia dunia
dan akhirat. 


Perkara pertama yang ditekankan oleh Islam adalah
pemilihan calon suami atau isteri. Rasulullah s.a.w.
bersabda: 


"Wanita itu dinikahi kerana empat sebab: kerana
hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya
dan kerana ugamanya. Maka pilihlah yang berugama
nescaya kamu akan selamat." 


(Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi) 


Sidang Jumaat sekelian, 


Lihatlah, bagaimana Rasulullah s.a.w menekankan agar
kita memilih wanita yang berugama, wanita yang
solehah. Ini akan membantu kita membentuk keluarga
yang bahagia dan anak-anak yang mengikut suruhan
agama. Mereka akan menjadi pendinding kita dari
melakukan maksiat. Dan mereka akan menjadi pendorong
kita untuk melakukan ibadat. 


Selain dari memilih isteri yang baik, kita juga harus
memastikan bahawa perkahwinan kita mengikut syara' dan
lunas-lunas Islam. Perkahwinan kita mestilah tidak
melanggar tatasusila dan peraturan Islam. 


Antara perkara yang mesti diberi perhatian adalah
memastikan bahawa pasangan kita itu berugama Islam.
Ini diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya
yang berbunyi: 



Maksudnya : Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita
musyrikah sehingga mereka beriman. Sesungguhnya
seorang hamba yang mukminah adalah lebih baik daripada
wanita musyrikah walaupun ia menarik hati mu. Dan
janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan
wanita-wanita mukminah sehingga orang-orang musyrik
itu beriman. Sesungguhnya hamba lelaki yang beriman
adalah lebih baik dari orang yang tidak beriman
walaupun dia menarik hati mu. Orang-orang yang tidak
beriman itu mengajak kamu ke Neraka, sedangkan Allah
mengajak kamu ke syurga dan maghfirah dengan izinNya.
Dan Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepada manusia
supaya mereka mengambil pelajaran. 


Saudara-saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah 


Ayat yang dibacakan tadi jelas menerangkan bahawa
pasangan kita mestilah yang beriman, bukan dari
kalangan mereka yang kafir. Akan tetapi kita lihat
kebelakangan ini, masih terdapat dari kalangan
masyarakat Islam kita yang memilih pasangan hidup yang
bukan beragama Islam. Mereka memilih untuk berkahwin
secara sivil. Mereka mendaftarkan perkahwinan mereka
di pejabat pernikahan sivil, tanpa melakukan
pernikahan yang sah menurut Islam. Ini adalah salah
satu masalah yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Perkahwinan sedemikian tidak diakui oleh agama Islam.
Hukumnya adalah bathil dan haram. Jika seseorang itu
berkahwin secara sivil, sesungguhnya dia telah
melakukan suatu dosa besar, kerana dia akan
mengerjakan perbuatan zina terus menerus, bukan hanya
sekali tetapi berkali-kali. Mereka akan melahirkan
anak di luar nikah. Mereka dikhuatiri akan mati dalam
keadaan su'ul khatimah. Iaitu mati dalam keadaan buruk
disebabkan terus-terusan melakukan perbuatan dosa
besar. Adakah kita redha masyarakat Islam kita semakin
hari ini semakin longgar ikatan keugamaan mereka? 


Kita juga dapati sebahagian besar dari kalangan mereka
yang berkahwin secara sivil dengan pasangan yang bukan
beragama Islam adalah dari kalangan wanita. Mengapa?
Mengapa kita sebagai bapa, sebagai datuk, sebagai
abang, tidak berdaya untuk menghalang mereka dari
berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam? Dimanakah
silapnya? 


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 


Umumnya mereka yang berkahwin secara sivil mempunyai
pendidikan rendah. Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu
memainkan peranan dalam membentuk persepsi dan
pandangan seseorang. Orang yang berpendidikan tinggi
akan dapat melihat keburukan dan bahaya perkahwin
sivil. Mereka akan dapat lihat apakah akan terjadi
kepada anak-anak mereka yang akan kebingungan, mana
satukah ugama yang patut mereka anuti. Orang-orang
yang berpendidikan tinggi juga akan dapat melihat
bahawa perkahwinan bukan setakat atas dasar cinta.
Tetapi perkahwinan merupakan perkongsian hidup
sehingga akhir hayat. Adakah kita redha berkongsi
hidup dengan mereka yang tidak mempercayai Allah ? 


Apabila seseorang itu membuat keputusan untuk
berkahwin secara sivil, ini bereti beliau telah
membuat keputusan untuk diletakkan dibawah undang -
undang sivil dalam urusan kekeluargaan, ini
termasuklah apabila mereka mati kelak, pasangan mereka
yang bukan beragama Islam berkemungkinan
menyelenggarakan jenazahnya menurut cara yang tidak
beragama Islam . Ini ialah keranan menurut undang -
undang sivil suami atau isteri berhak untuk menuntut
mayat Orang-orang yang berpendidikan mengetahui bahawa
sekiranya mereka berkahwin secara sivil, apabila
mereka mati kelak, pasangan mereka yang bukan beragama
Islam berhak untuk menuntut mayat pasangannya. Kita
tidak mahu orang Islam ditanam di perkuburan orang
kafir. Kita tidak rela melihat mayat orang Islam
dibakar. Maka kita mesti memainkan peranan. Kita mesti
memastikan bahawa anak-anak kita, adik beradik kita
tidak berkahwin secara sivil. 


Pendidikan bermula dari kecil. Tanamkan aqidah dan
pendidikan agama didalam jiwa anak-anak kita dari
kecil. Tanamkan semangat cinta kepada Islam.
Pendidikan Islam harus diteruskan apabila mereka
meningkat remaja. Ajaklah mereka belajar ugama di
masjid-masjid. Janganlah kita setakat menyuruh mereka
belajar ugama sedangkan diri kita sendiri tidak
melakukannya. Agama adalah pendinding. Kuatkan
pendinding tersebut dengan ilmu Islam dan amal yang
soleh. Nescaya kita akan menjadi orang yang berjaya di
dunia dan akhirat. 


Baarakallah... 



--------------------------------------------------------------------------------


 
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

------------------------------------------------------------------------
To Post a message, send it to:   [EMAIL PROTECTED]
To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]

------------------------------------------------------------------------
Play Games, Have Fun, Win a Trip – at pogo.com! What’s the best game
you have ever played? Chances are it’s at pogo.com. Visit today and 
enter our $25,000 Games for Everyone sweepstakes! Refer your friends 
& earn extra entries!
http://click.egroups.com/1/1470/0/_/369883/_/950665898/


eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/bujang_club
http://www.egroups.com - Simplifying group communications






Kirim email ke