*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Begin forwarded message:

Gelombang perubahan kian terasa
arus kesedaran mula menampakkan alirannya
percikan semangat jihad mula menyinar
rakyat mula bangkit inginkan perubahan
perubahan dalam pemerintahan
bukan masanya lagi untuk berpeluk tubuh
kali ini rakyat bukan main-main
kerana sudah terlalu lama rakyat dipermainkan

Tradisi membela rakyat
laungan dan slogan yang tampak disepanjang jalan
dijadikan motto kepala surat
yang hanya didengari apabila hampir pilihanraya
setelah selesai segalanya
slogan itu hilang bak debu ditiup angin
dan kini sekali lagi ia muncul
terbit dari mulut-mulut yang hanya pandai
berjanji palsu bermanis muka

Apabila para alim ulama' cendikiawan Islam
bangkit mempertahankan agama
yang telah dihina oleh individu 
yang celupar mulutnya
masihkah kita boleh berdiam diri?
Salahkah mereka bangkit memperjuangkan
agama yang amat dikasihi dan dihormati
dimedan politik?
Islam itu politik
Islam tidak boleh dipisahkan dari politik
Islam tidak boleh berkembang tanpa politik

Penghinaan yang paling utama
dan yang paling agung ialah apabila
Al-Quran dan As-Sunnah tidak dijadikan sumber rujukan
sedangkan negara ini secara rasminya 
ialah negara Islam
Al-Quran tertolak dengan secara automatis
apabila hukum-hukumnya bercanggah dengan
undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan
yang ada sekarang
Begitu rendahnya mereka meletakkan nilai 
Al-Quran dan As-Sunnah
Undang-undang ciptaan manusia lebih berkuasa
hebat dibandingkan undang-undang Allah
Nau'zubillah...

Rakyat marhain inginkan perubahan
golongan terbanyak yang rata-ratanya
miskin dan serba kekurangan
sedangkan golongan minoriti
dapat mengaut keuntungan dan segala kemewahan
yang sepatutnya diagihkan kepada semua rakyat
Dimanakah hak mereka dibumi ini?
hak untuk tempat tinggal
hak untuk menikmati kemudahan api dan air
hak untuk menuntut ilmu

Adakah hina menjadi orang miskin?
mengapakah mereka diketepikan dalam 
negara mereka sendiri umpama melukut ditepian gantang?
Rasullullah s.a.w. juga seorang hamba Allah yang miskin
Hinakah Kekasih Allah ini?
TIDAK!
Yang hina ialah jiwa-jiwa yang miskin
dengan iman dan akhlak
kemiskinan yang boleh menjurus ke lembah kehancuran
baik untuk individu, kumpulan dan negara

Dan sekali lagi hak rakyat dirampas
kelayakan untuk mengundi telah dinafikan
seramai lebih setengah juta mengalami kekecewaan
Dimanakah keadilan?
selama ini rakyat diwarwarkan
dengan kecanggihan era IT @ teknologi maklumat
impian untuk menyaingi Lembah Silikon
Berjayakah impian ini sekiranya usaha untuk
mengemaskini data para pemilih tidak dapat diatasi?
Rakyat tidak memerlukan alasan yang dhaif seperti ini
kerana rakyat kini celik IT

Apabila ada golongan yang menentang ideologi pemerintahan
mereka dijenamakan 'pembangkang'
yang sejak dari dulu lagi dicapkan 
dengan imej yang buruk dan negatif
Ketahuilah kini bahawa ideologi yang direncanakan
oleh pemerintah untuk rakyat
hanyalah untuk mengaut keuntungan
Istilah 'wang' 'duit' 'fulus' menjadi kiblat perjuangan
apabila hilang istilah itu dalam kehidupan mereka
maka hilanglah bau hangit perjuangan yang dilaungkan
sedangkan jenama 'pembangkang' lebih tetap
iltizam mereka dalam perjuangan
walaupun mempunyai kemudahan yang terhad
Dasar perjuangan untuk menegakkan keadilan
dan menentang kezaliman masih utuh
sejak zaman berzaman

Kini hari yang dinantikan akan menjelang tiba
hari yang bersejarah bagi negara dan rakyat
Malaysia Boleh!
Ya, sememangnya Malaysia Boleh!
Boleh membuat perubahan
Boleh memenuhi aspirasi rakyat
Boleh memilih pemerintahan baru
kerana tiada yang mustahil jika rakyat
bersatu dan bersemangat jitu
Pada hari itu rakyat adalah hakim
rakyat berhak membuat pilihan yang terbaik
berhak untuk memilih kerajaan yang mereka suka
yang sealiran dan sejiwa dengan mereka
tanpa paksaan
kerana itu adalah sistem demokrasi

Pemerintah sekarang perlu bersikap 'gentleman'
hujah lawan hujah
undi lawan undi
masing-masing ingin memenangi hati rakyat
pastikan ketelusannya
hindarkan dari kekotoran
yang boleh merosakkan seluruh institusi

Rakyat sedang membilang hari
untuk membuang undi
rakyat juga sedang mengira hari
untuk memasuki bulan Ramadhan
begitu juga untuk menuju ke alaf baru
Oleh itu, perubahan perlu dibuat
lawan tetap lawan

"Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang
bantulah hamba-hambamu yang ikhlas berjuang menegakkan agamamu,
janganlah dibalik-balikkan hati ini serta tetapkan iman
hamba-hambamu dan hijrahkanlah diri ini"

Manusia merancang
Allah juga merancang
tetapi ingatlah
perancangan Allah tidak pernah gagal


Wannor
16 Nov 1999


 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke