*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> KUALA TERENGGANU, 14 Feb. (Hrkh) - Timbalan Presiden
> PAS, Dato' Seri Tuan
> Guru Abdul Hadi Awang berkata, sepatutnya pihak
> kerajaan membenarkan ceramah
> politik dan mereka boleh merakamkan ceramah-ceramah
> yang diadakan itu.
> 
> Ini, katanya pernah dilakukan di masa darurat pada
> masa Tengku Abdul Rahman
> Putra menjadi Perdana Menteri.
> Menurutnya, pada masa itu walaupun keadaan darurat
> akibat pemberontakan oleh
> komunis dan berlaku huru hara tetapi Tengku
> membenarkan rapat umum dan
> diberikan permit.
> 
> "Kemudian polis merakamkan ucapan-ucapan di majlis
> itu dan dikaji dari segi
> undang-undang. Sekarang negara kita sudah tidak ada
> komunis, dikatakan aman,
> tiba-tiba diharamkan ceramah," ujarnya.
> 
> Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata,
> apa yang dilakukan oleh
> kerajaan pada hari ini adalah satu tindakan untuk
> menyelamatkan Umno yang
> berada dalam ketakutan kerana ceramah-ceramah mereka
> tidak dihadiri oleh
> orang ramai.
> 
> "Malangnya, mereka (pemimpin Umno) memaksa polis
> supaya bertindak di luar
> daripada amalan demokrasi, akhlak demokrasi dan
> mereka mahu supaya
> penyokong-penyokong PAS bertempur dengan polis.
> Inilah adalah satu cara yang
> tidak patut dan tidak wajar," ujarnya selepas
> mesyuarat Exco di sini,
> semalam.
> 
> Beliau menambah, sepatutnya para pemimpin Umno
> mestilah bersifat terbuka dan
> demokratik kerana tindakan yang diambil itu
> memberikan kesan yang sangat
> negatif kepada demokrasi di Malaysia dan imej
> Malaysia di luar negara.
> 
> "Di mana pada hari ini kita mahu membersihkan negara
> kita daripada
> keganasan, dalam masa yang sama kita melakukan
> perkara-perkara yang
> menonjolkan keganasan.
> 
> "Ini menunjukkan seolah-olah keganasan itu ada dan
> ini membuka peluang
> kepada campur tangan asing, kesan negatif kepada
> campur tangan politik
> termasuk juga ekonomi, tidak menggalakkan
> pelabur-pelabur datang, nak
> ceramah pun tak boleh, bagaimana nak berniaga. Kalau
> tak boleh berceramah,
> nak berniaga tentu lebih teruk lagi," katanya.
> 
> Menurutnya, tindakan mengharamkan ceramah juga boleh
> menjejaskan kedatangan
> pelabur-pelabur asing di mana langkah yang diambil
> oleh kerajaan itu adalah
> satu langkah yang tidak bijak, pengecut dan tidak
> demokratik.
> 
> Sepatutnya, kata beliau kerajaan hendaklah bersikap
> terbuka dan memberi
> peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih
> kerajaan.
> 
> Bagaimanapun, katanya ternyata kerajaan tidak boleh
> menerima hakikat
> keputusan pilihan raya yang mereka mengambil kira
> menang satu parti sahaja
> iaitu Barisan Nasional (BN) dan menganggap BN tidak
> boleh dikalahkan.
> 
> "Ini bukan demokrasi, seolah-olah kita mahu kepada
> pemerintahan satu parti
> sahaja, bukan pemerintah berbagai parti sebagaimana
> amalan demokrasi.
> 
> "Dan ini ternyata apabila kita menang di Terengganu
> dan Kelantan, mereka
> buat macam-macam, mereka tak boleh terima hakikat
> kekalahan mereka di
> Kelantan dan Terengganu, dan begitulah juga mereka
> tidak boleh menerima
> hakikat kekalahan di Pusat. Ini satu fikiran yang
> bercanggah dengan
> demokrasi yang diamalkan dalam dunia," ujarnya.
> 
> Sehubungan itu, beliau mengharapkan demokrasi
> disuburkan di Malaysia dan
> pemimpin Umno jangan bertindak secara tidak rasional
> yang berdasarkan kepada
> kepentingan Umno semata-mata, bukan berdasarkan
> kepada demokrasi,
> kepentingan dan kebebasan rakyat untuk bersuara.
> 
> Tambah beliau lagi, sepatutnya kebebasan rakyat
> untuk bersuara dan
> menyampaikan pendapat adalah satu perkara yang
> digalakkan oleh Islam dalam
> negara Islam dan demokrasi.
> 
> Justeru itu, katanya apa yang berlaku pada hari ini
> dengan pengharaman
> ceramah adalah bercanggah dengan negara Islam dan
> demokrasi secara umum.
> 
> "Mereka (pemimpin Umno) mahu membodohkan rakyat
> dengan satu media, satu
> pihak melalui tv. Mereka menyerang kita dalam tv
> dengan berita-berita palsu,
> berita-berita bohong," katanya.
> 
> Beliau mengambil contoh pembohongan yang disiarkan
> itu mengenai kemasukan
> beribu-ribu rakyat Terengganu ke dalam Umno,
> sedangkan ahli PAS tidak
> mencapai angka yang disebutkan itu.
> 
> "Sebagai contohnya, 2,000 ahli PAS di kawasan Bukit
> Tunggal masuk Umno,
> sedangkan ahli PAS di Bukit Tunggal 200 orang
> sahaja, bagaimana 2,000 masuk
> Umno.
> 
> "Jadi rakyat nak dibodohkan dengan satu siaran yang
> begitu rupa di mana
> siaran ini lebih ditujukan kepada rakyat-rakyat
> tidak berpendidikan, yang
> tinggal di kawasan pedalaman yang hanya sampai
> siaran tv, pekerja kilang
> yang tak ada masa untuk baca akhbar dan belajar,"
> katanya.
> 
> Bagaimanapun, katanya di kalangan pelajar-pelajar
> dan mereka yang
> berpendidikan, mereka boleh menilai perkara itu.
> 
> Semasa menjawab pertanyaan mengenai jemputan
> berceramah, beliau berkata:
> "Kita menghadiri di mana sahaja tempat kita dijemput
> berceramah kerana
> urusan permohonan adalah urusan di tempat berkenaan,
> bukan urusan kita.
> Urusan kita ialah menghadiri jemputan.
> 
> "Apabila kita dijemput, kita hadir di mana sahaja di
> seluruh negara, sama
> ada dapat kebenaran ataupun tidak, itu terpulang
> kepada negeri
> masing-masing."
> 
> Mengenai provokasi pihak tertentu jika ceramah
> diteruskan, beliau berkata:
> "Itu kita mengharapkan kebijaksanaan pemimpin
> Barisan Nasional, mereka
> bertindak secara bijaksana, bukan secara bijak sini.
> 
> "Apa yang berlaku ialah bijak sini, untuk sini
> sahaja, untuk Barisan
> Nasional sahaja, bukan bijaksana dengan cara yang
> menyeluruh. Ini satu hal
> yang perlu dibuat pertimbangan yang adil.
> 
> "Sebenarnya apa yang berlaku bukan menjejaskan kami
> sahaja tetapi
> menjejaskan imej kerajaan dalam negeri dan luar
> negara."
> 
> Beliau juga berkata, kepemimpinan PAS tidak
> menghalang setiap organisasi
> parti untuk mengadakan ceramah kerana perjuangan PAS
> berlandaskan kepada
> perlembagaan dan demokrasi yang menjadi dasar
> negara.
> 
> "Kita menganggap apa yang berlaku ini (mengharamkan
> ceramah) adalah satu
> penyelewengan daripada prinsip demokrasi dan kita
> mahu mempertahankan
> demokrasi," ujarnya.
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE Valentine eCards with Yahoo! Greetings!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke